Translate

29/05/2013

"ANWAR SPRING" TIDAK BERTAMADUN, BIADAP DAN SIALAN


"ANWAR SPRING" ADALAH PENGKHIANAT NEGARA....

Kuala Lumpur: Siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan termasuk membantah keputusan PRU-13 hanya untuk menonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia lebih sesuai digelar ‘Anwar Spring’ dan pembangkang tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan mendakwa ia mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. 

Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP mengakui dan terima kekalahan pada PRU-13 lalu, namun hanya Anwar yang tidak mahu menerima kenyataan sehingga menghasut rakyat mengadakan demonstrasi jalanan.


Sanggup hasut rakyat

“Cukuplah (berdemonstrasi), Barisan Nasional (BN) juga sedih kerana tidak mampu memperoleh kemenangan dua pertiga (Parlimen), namun ada yang lebih sedih kerana gagal membentuk kerajaan baru iaitu Anwar Ibrahim. Sebab itulah pelbagai cara yang dilakukan sehingga sanggup menghasut rakyat mengadakan perhimpunan.

“Malah, tujuan utama mereka mengadakan demonstrasi kerana sengaja mahu melakukan provokasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pada masa sama mendapatkan perhatian dari media asing, seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara huru-hara,” katanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...