Translate

04/05/2013

Analisis #PRU13: Menjelang Hari Mengundi, Gelombang Perubahan Mula Dirasai


Senario semasa dan laporan mutakhir perkembangan minggu ke-2 kempen PRU-13 jelas menunjukkan BN akan terus kekal menerajui Kerajaan Pusat dengan jangkaan kemenangan yang jauh lebih baik berbanding PRU 12 2008 dan tidak bermasalah untuk merangkul kembali 2/3 kerusi Parlimen.

Sementara itu di peringkat negeri, BN diyakini akan mengekalkan semua negeri yang dimenanginya dulu di masa yang sama memiliki peluang cerah untuk menguasai kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan PR terutama sekali Kelantan dan Kedah.

Kedah dan Kelantan yang dimenangi PAS pada PRU 12 dulu, kini jelas menyaksikan kebangkitan rakyatnya apabila gelombang perubahan yang melanda negeri itu semakin memuncak di minggu terakhir kempen PRU-13 ini menandakan khalayak sudah tidak sabar untuk menobatkan kembali BN sebagai Kerajaan Negeri.

PAS selaku pemerintah di negeri-negeri tersebut kelihatan sering sesak nafas berikutan asakan demi asakan oleh kempen BN ditambah pula dengan kepincangan yang melanda jentera pilihan raya mereka, ia lagi memudahkan usaha BN untuk menawan kembali Kedah dan Kelantan.

Di Kedah umpamanya, jentera PAS bukan sahaja tidak tersusun disebabkan pertelingkahan dalaman sesama pemimpin dan masalah calon yang tidak digemari akar umbi, tetapi mereka  juga agak gerun menyaksikan program anjuran BN yang berterusan mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan. CEPAT BEB KLIK SINI


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...