Translate

23/04/2013

PAKATAN RAKYAT BERCERAI TALAK 3 ?????????


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan palsu pembangkang boleh disifatkan seperti 'perkahwinan politik' secara kontrak atau perkahwinan mutaah yang boleh bercerai pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara diam-diam turut memaki hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati dirinya terjerat dengan strategi pembangkang untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah yang dikatakan bakal menjadi 'kubur' kerjaya politiknya.

"Perkahwinan politik dalam kalangan parti-parti komponen BN (Barisan Nasional) pula merupakan perkahwinan jangka panjang. Talak kita adalah talak raj'i (boleh rujuk) manakala talak mereka pula adalah talak bain, iaitu talak yang tidak boleh rujuk lagi.

"Sebab itu mereka bertelagah dan bertanding sesama sendiri di kerusi sama. PAS lawan PKR, PKR lawan DAP. Itu maknanya mereka telah mula merungkai perkahwinan mutaah tersebut," katanya. KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...