Translate

15/03/2013

WIKILEAKS MENGESAHKAN ANWAR TERLIBAT PERANCANGAN PENCEROBOHAN DILAHAD DATU

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Pendedahan WikiLeaks berhubung pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah seperti yang didedahkan pihak media perlu diberi perhatian serius kerana membabitkan keselamatan negara.
Exco Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim mengesa pihak berkuasa menjalankan penyiasatan segera terhadap pendedahan itu dan perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terbabit dan tidak boleh dipandang remeh.
“Sudah pasti mereka tidak akan mengaku terhadap apa yang didedahkan itu, namun kita perlu menjalankan siasatan, perkara ini bukan dilakukan oleh media tempatan, ia dilaporkan media luar yang tidak ada kena mengena dengan kita di sini.
“Perkara ini membabitkan keselamatan negara, pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan buat siasatan terperinci, jangan biar perkara itu mengugat kestabilan dan kesejahteraan rakyat terutama dalam suasana untuk menghadapi pilihan raya,” katanya kepada UMNO-online ketika diminta mengulas laporan media berhubung pendedahan WikiLeaks yang membabitkan Anwar.
Baru-baru ini, portal WikiLeaks memdedahkan ketua pembangkang dari Malaysia mengadakan pertemuan dengan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menuntut pembebasan Sabah dari Malaysia dan pertemuan itu telah menimbulkan pelbagai persoalan sama ada pertemuan terbabit mempunyai hubung kait dengan apa yang berlaku di Lahad Datu.
Norliza berkata apa yang berlaku itu telah menimbulkan banyak persoalan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan rakyat dengan lapaoran daripada pihak media tempatan dan luar negara.
Beliau juga berharap tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan peribadi atau politik mana-mana pihak. –MediaUMNO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...