Translate

01/02/2013

TAHNIAH DAN SYABAS USTAS KARPAL SINGH DILANTIK KETUA MAJLIS SYURA ULAMA PAS YANG BARU

Dengan pemecatan ini, Majlis Syura secara tidak langsung menolak idea perpaduan yang diperjuangkan oleh Nasha. Suka atau tidak, ahlul PAS perlu akui bahawa tiada istilah perpaduan Islam yang menjadi dasar parti itu.
Mungkin penulis pernah beranggapan, bahawa fotonya bersama Perdana Menteri di Palestin adalah titik tolak pemecatannya  di dalam Majlis Syura PAS. Namun, foto-foto sebelum ini di Mekah, ditambah pula dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri di hari persandingan anaknya sudah cukup untuk PAS berbuat demikian.
Apa sebenarnya motif pemecatan ini?
Pertama, mungkin tegurannya yang bersifat radikal terhadap kepimpinan PAS menyebabkan PAS rimas. Apatah lagi dengan kedudukannya di dalam Majlis Syura, sebagai orang dalam, tentunya beliau lebih arif dan berhak untuk melontarkan pendapatnya waima bertentangan dengan kemahuan parti itu pada masa kini. Sesungguhnya PAS tidak mahu Ustaz Nasha berada di dalam Majlis tersebut agar pendapat-pendapat pro Anwar dan Karpal boleh ditelan bulat-bulat.
nasharuddin mat sia
Kedua, PAS tidak mahu bibit-bibit idea perpaduan terus mekar di kalangan ahlul PAS. PAS menganggap ianya seperti barah, yang mampu membunuh cita-cita parti itu untuk terus berkuasa bersama Pakatan Rakyat sungguhpun kuasa yang ada padanya ibarat mencurah air di daun keladi. Hairan, sudah jelas lagi bersuluh, bahawa ukhwah atau perpaduan ummah yang menjadi perjuangan Rasullullah ditolak mentah-mentah oleh PAS. Al-marhum Ustaz Fadhil Noor mungkin akan kecewa sekiranya arwah melalui saat ini.  Perpaduan mahu dikuburkan, pertama-tamanya, talkinkan dahulu pejuangnya.
Ketiga, mungkin ramai yang terlupa bahawa Karpal Singh mahu menyaman Ustaz Nasha, atas isu hudud sebelum ini. PAS mengambil langkah “damage control”. PAS tidak mampu Ustaz Nasha disaman atas kapasiti sebagai salah seorang ahli Majlis Syura. Tentu sekali perkara ini akan mengakibatkan badan tersebut tercalar imejnya dengan teruk di mata ahlul PAS. Oleh itu, PAS berharap sekiranya Karpal Singh meneruskan niat untuk menyaman Nasha, maka Nasha hanyalah sekadar ahli biasa di dalam PAS.
Keempat, PAS ingin memastikan bahawa mereka terus dapat menumpang nasib dan kasih di dalam Pakatan. Terdapat kekhuatiran yang tinggi di kalangan kepimpinan PAS terutamanya terhadap sokongan Melayu dan Islam kepada mereka yang semakin merudum pada waktu ini. Jadi, mereka terpaksa berpaut di dahan yang rapuh; pengundi Cina, milik si PKR dan DAP. PAS tidak mampu untuk berdiri di kaki mereka pada waktu ini. Dan tentunya PAS tidak mahu menjadi hampas. Maka, ditariklah hidung ke sana ke mari. Hata, pekikan Karpal sahaja sudah cukup membuatkan “pejuang Islam” PAS terketar lutut. PAS bacul.
Apakah pemecatan ini demi kelangsungan politik PAS, dan “samikna wa atokna” terhadap lolongan Karpal Singh?
Tepuk dada, tanya iman.
Sumber:selangordialy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...