Translate

02/01/2013

Pembangkang mahu menukar REJIM di Malaysia disokong oleh Amerika Syarikat

lynasdd513
Sudah terang  yang sebenarnya dimahukan oleh puak-puak yang kononnya memperjuangkan alam sekitar ini adalah 'regime change'. Ini diakui sendiri oleh mereka selepas gagal dengan isu Lynas mengancam kesihatan, sehingga mahu menukar fokus kepada jatuhkan kerajaan atau 'regime change' pulak.

Patutnya umum dari awal lagi, biar terang, bahawa perjuangan mereka adalah hendak jatuhkan kerajaan BN, tidak payah perbodohkan rakyat dengan berselindung disebalik kempen-kempen pro alam sekitar sepetri kes Lynas di Kuantan dan Rapid di Pengerang.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu tulisan mendakwa Amerika Syarikat mahu melakukan penukaran regim di Malaysia yang apabila berjaya ketua pembangkang Datuk Seri  Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Kata Dr Mahathir, jika itu terjadi sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

"Memang pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat," tulis Dr Mahathir di dalam blognya Febuari lalu.

Regime change dalam konteks Barat difahami adalah menukar kerajaan yang biasanya membabitkan kekerasan antara pihak berkuasa dan golongan penentang.

Semalam, Wong Tack memberitahu sebuah portal berita pro pembangkang semalam bahawa perjuangan mereka kini mula beralih untuk “menjatuhkan rejim” bermula tahun hadapan. (esok)

“Lynas bukan lagi fokus utama kami selepas ini. Tetapi untuk menghancurkan ancaman, kami perlu menghentikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Kumpulan ini disebalik perarakan  13 hari dari Kuantan ke Dataran Merdeka beberapa bulan lalu dan kini giat melancarkan kempen penentangkan melalui mogok lapar 100 jam di Dataran Merdeka sejak dua tiga hari lepas.

“Kami akan berusaha menjatuhkan rejim ini ... kami akan menjatuhkan kerajaan,” kata Wong.

Himpunan Hijau seperti juga kumpulan Bersih digerakkan oleh aktivis-aktivis pembangkang untuk menarik sokongan rakyat melalui berbagai aktiviti termasuk yang paling kerap adalah demonstrasi jalanan.

Sementara itu, Presiden Suara Anak Muda 1 Malaysia Armand Azha Abu Hanifah (gambar) berkata pihaknya mahu bertemu dengan bos Himpunan Hijau Wong Tack bagi mendapat penjelasan lanjut mengenai kenyataan beliau sebelum ini.

Menurut Armand, pertubuhannya dari awal lagi menegaskan isu Lynas yang diperjuangkan oleh puak Himpunan Hijau hanyalah ombong kosong sahaja.

"Mereka ada agenda lain, Lynas macam kita tahu, telah dinyatakan selamat oleh pakar-pakar nuklear seluruh dunia, tidak berbahaya kepada rakyat.

"Kini bagi menutup kemaluan mereka, puak anti Lynas mengubah agenda kepada 'regime change' dengan alasan kerajaan Barisan Nasional rasuah dan sebagainya..."ujar beliau kepada Agendadaily.

Armand turut menyoal apa komen Wong Tack dengan rasuah dan penyelewengan kuasa oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti yang didedahkan baru-baru ini.

"Soal tanah balak kepada pemimpin DAP, isu pembalakan di Kedah, yang terang-terangan merosakakan alam sekitar... mana dia kumpulan ini?" kata Armand.

Media hari ini mendedahkan di sebalik kebimbangan banyak pihak terhadap kerakusan aktiviti pembalakan di kedah, Kerajaan Pas merancang meneroka sekurang-kurangnya lebih 1,000 hektar lagi hutan bagi tujuan pembangunan tanah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Kedah telah memaklumkan kepadanya bahawa mereka sedang mengenal pasti kawasan yang terlibat di sekitar negeri ini.

Sebelum ini, pemimpin DAP Perak mengambil alih syarikat yang mempunyai konsesi balak beribu hektar di Gua Musang Kelantan.-31/12/2012

Sumber:agendadaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...