Translate

01/01/2013

PANAS !!! PEGAWAI DAERAH DUNGUN MAIN BANGSAT ANIAYA MANGSA BANJIR!!!

Kalau sudah kemaruk dengan politik, apa-apa sahaja pun boleh dijadikan sebagai isu politik untuk menyokong parti yang menjadi kecenderungan individu tertentu. Dan biarpun perbuatan berkenaan menyusahkan orang lain, terutama yang menjadi mangsa, mereka tidak akan peduli, bahkan menganggap ianya sebagai satu kelebihan dalam meraih undi, sokongan dan pengaruh.

Itu yang berlaku di Dungun.

Pegawai Daerah Dungun merupakan besan kepada ADUN Ladang. Nama Pegawai Daerah Dungun adalah Haji Mohd Akil bin Haji Mat. Besannya, ADUN Ladang adalah Tengku Hassan Tengku Omar yang mewakili PAS.

Banjir besar gelombang pertama yang telah melanda Terengganu, telah melanda Dungun pada 24 Disember 2012. Lebih 1000 orang telah menjadi mangsa banjir di 7 kawasan di sekitar Dungun. Sehingga artikel ini ditulis, seramai 6 orang telah terbunuh dalam musibah banjir itu.


Walaupun kelibat atau peranan Pegawai Daerah seringkali dilindungi oleh peranan serta fungsi wakil rakyat, Pegawai Daerah merupakan orang yang paling berkuasa di sesuatu daerah, manakala ADUN dan Ahli Parlimen pula sekadar pencium kepala lutut mereka untuk sebarang hal termasuklah dalam hal meminta bantuan akibat malapetaka.

Artikel selanjutnya sila KLIK DISINI


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...