Translate

15/01/2013

Nik Aziz memang kaki putar-belit mengenai isu KALIMAH ALLAH


Haji Hadi pula menunggu Neraka Jahanam???

Baca dulu statement kat bawah ni:

Saya mengalu-alukan keputusan Majlis Syura' PAS yang membuat pendirian kalimah ALLAH hanya boleh diguna oleh umat Islam.

Cuma yang peliknya mengapa Majlis Syura berbincang dan membuat keputusan selepas persetujuan sudahpun dibuat oleh kepimpinan ekskutif PAS bersama DAP & PKR bersetuju kristian menggunakan kalimah ALLAH?

Dan mengapa Majlis Syura berbincang & membuat keputusan hanya setelah umat Melayu-Islam bangkit menyatakan kemarahan & protes terhadap pendirian kepimpinan PAS bersetuju dengan DAP & PKR untuk kristian menggunakan kalimah ALLAH!

Adakah ini sekadar mahu mengambil hati umat Melayu-Islam? Adakah ini untuk memastikan umat Melayu-Islam mengundi PAS dalam PRU nanti?

Adalah jelas ini membuktikan kepimpinan eksekutif PAS telah membelakangkan Majlis Syura' dalam membuat keputusan bersetuju dengan pendirian Lim Guan Eng & DAP untuk kristian menggunakan kalimah ALLAH.

Ini juga membuktikan bahawa slogan 'kepimpinan ulama' yang dilaungkan PAS adalah sekadar retorik politik semata-mata!

Saya mencabar DS Hadi Awang supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan yang dibuat oleh PAS bersama DAP & PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH.

Jika tidak, ini adalah satu penghinaan kepada Majlis Syura' sebagai badan tertinggi dalam PAS & satu penghinaan kepada slogan 'Kepimpinan Ulama' yang dilaungkan oleh PAS.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

Zulnoordin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...