Translate

24/01/2013

Lawatan Gaza: Anwar Kecil Hati Najib Tak Ajak?

najibhaniyehpalestine0123c
“SIAPA Nasharudin Mat Isa dibanding dengan aku?”

Itulah soalan yang bermain-main di minda ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sejak berita lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke wilayah bergolak Gaza ini menjadi viral di Internet dan media masa semalam, kalah Listen, Listen, Listen!!

Anwar bukan nak sangat pergi ke Gaza tu, dia pun takut mati, walaupun sebelah Gaza itu adalah Israel, negara sekutu rapat dimana dia telah memberi janji untuk melindungi keselamatannya awal tahun sudah.

Bukan peluru Israel itu kenal sekutu atau tidak, asal ada melintas, dibomnya sahajalah.

Kalau marah nyamuk janganlah bakar kelambu...

Anwar tahu itu, sebab itu dia tidak pernah ada effort untuk ke Gaza, walaupun dalam negara ini dia juga yang nombor satu jual nama Hamas.  Hamas itu, Hamas ini, sampaikan bila kantoi melindungi keselamatan Israel pun, Anwar jual nama Hamas juga!!

keadilan_anwar_jual_hamas
Konon Hamas menyokong pandangannya dalam soal all effort to protect Israel security.  

Nasib baik berita ini sampai ke telinga Hamas dan penafian pun cepat-cepat diberikanTimbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzook yang menegaskan Hamas tidak pernah mengiktiraf kewujudan Israel, apatah lagi memberi komitmen untuk melindungi keselamatannya.

Tapi bila Najib bawa Ahli Majlis Syura PAS, Nasharudin untuk mengiringinya ke Gaza, sudah tentu Anwar kecil hati.  Walaupun dia tidak pergi tapi sekurang-kurangnya ajaklah, ini berbunyi pun tidak, tahu-tahu Najib sudah berada di bumi Gaza dengan Nasha disebelah.

Fikir Anwar, “rendah benar maruah aku sebagai tokoh hebat (muntah) pejuang Islam di seantero dunia bila Najib tidak ajak”.

Maka itu Anwar kerah blogger-blogger upahannya untuk discredit lawatan Najib ke Gaza dengan pelbagai momokan yang memualkan sesiapa yang membaca.  Ada kata Najib minta bantuan Israel untuk lindungi keselamatannya di Gaza, ada kata lawatan Najib akan sebabkan sekatan ekonomi kerana menyokong pengganas dan sebagainya.

Semua ini cerita-cerita buruk yang diarahkan Anwar kepada blogger upahannya untuk disebar-sebarkan di facebook, Twitter dan sebagainya.  Nasib baik bukan semua orang ini yang hati busuk macam Anwar, ada juga yang letak kepentingan Islam di atas dan memilih untuk menyokong lawatan Najib, walaupun tidak sepenuh hati.

Apa pun penulis ingin ucap tahniah kepada Perdana Menteri di atas keberanian beliau.  Penulis harap dimasa depan akan ada lebih banyak pemimpin politik dari Malaysia, tak kisahlah latar belakang politik apa, berkunjung ke Gaza melihat sendiri penderitaan masyarakat Palestin.

Kalau lepas itu balik dan cakap besar pun tak apa, penulis tidak akan kutuk.  Ini harap berani demo depan kedutaan Amerika sahaja, itupun dah heboh sana sini dipanggil hero, hero apa najis macam itu!!

Ikut contoh keberanian Perdana Menteri, kata orang kepimpinan melalui tauladan.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...