Jumaat, 25 Januari 2013

Gempar !!! Gambar Hadi Awang mengamok nak 'shoot' DAP Dan PKR Kecut Teloq

hadigiler
Kalau gaya macam ni punya rupa pastinya pemimpin-pemimpin PKR dan DAP yang hendak mempergunakan Hadi Awang akan kecut teloq lari lintang pukang kerana takutkan senapang yang di pegang Hadi Awang berbanding ketakutan pemimpin PKR dan DAP kepada diri Hadi Awang.

Tapi sayang Senapang tu, Hadi Awang hanya mampu gunakan di kawasan yang di benarkan saja dan tidak boleh di gunakan untuk menakut-nakutkan pemimpin PKR dan DAP yang mempergunakan PAS sebagai keuntungan politik Pakatan Haram di PRU 13.

Sebab itu dalam Pakatan Haram, pemimpin PKR dan DAP tidak pernah merasa takut kepada Hadi Awang selaku presiden parti PAS yang hanya tunjuk berani apabila dengan senapang sahaja seperti yang di tunjukan dalam gambar di atas.

Sebenarnya Hadi Awang tak perlu tunjuk berani dengan ada senapang sahaja. Hadi Awang perlu ingat tanpa senapang, dia pun boleh membuat pemimpin dalam PKR dan DAP kecut teloq dengan menggunakan kekuatan yang mereka miliki dalam parti PAS.

Parti PAS bukannya satu parti yang kecil-kecil anak dalam Pakatan Haram berbanding parti PKR dan DAP, parti PAS mempunyai jentera akar umbi yang agak kuat berbanding PKR dan DAP yang begitu lemah untuk berhadapan dengan PRU.

PAS perlu bijak mempergunakan kekuatan mereka dalam Paktan Haram untuk menunjukan mereka merupakan parti yang mempunyai kekuatan yang dominan dalam Pakatan Haram dan bukannya menjadi parti pencacai seperti mana yang berlaku sekarang ini.

Ramai yang beranggapan PAS perlu kembali pada landasan perjuangan sepertimana zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang tidak tunduk kemana-mana parti demi memperjuangan dasar-dasar parti.

Apa yang terjadi sekarang ini, selepas zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor berlalu, PAS di lihat sebagai satu parti pencacai yang sanggup tunduk kepada parti lain dalam Pakatan Haram sehinggakan sanggup mengadaikan dasar-dasar parti yang di perjuangkan pemimpin-pemimpin terdahulu PAS.

Ahli-ahli PAS akar umbi yang sayangkan PAS perlulah memberi kesedaran kepada kepimpinan PAS sekarang ini yang banyak tunduk kepada PKR dan DAP. 

Sumber:mpp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...