Sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin. Dulu ketika baru dilantik, dia bagaikan “singa betina” garang tak kena tempat. Tapi selepas dia dikatakan telah “dibalun” oleh “team” Anwar dan Azmin, dia seolah-olah hilang taringnya.
Namun baru-baru ini dia kembali bersuara. Dia bercakap mengenai masalah air di Selangor di mana dengan bangganya Faekah memberi tahu tentang TUJUH buah lori yang disediakan “boss”nya untuk mengatasi masalah bekalan air di Kuala Lumpur dan seluruh Selangor.