Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinasihatkan tidak "melintasi sempadan" apabila menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, walaupun ada dalil-dalil yang membenarkan atau harus kepada bukan Islam menggunakan ALLAH, namun situasi semasa di negara ini amat tidak sesuai sekali.