Translate

14/12/2012

Ustaza Mee Segera hampir kepenghujung 'GILA'

afhlin

Abby Abadi Patut Malu Pada Afdlin Shauki


Kalaulah “ustazah segera” PAS, Abby Abadi dengar apa yang dikatakan selebriti dan pelakon serba boleh terkenal, Afdlin Shauki, sudah tentu dia akan meroyan lagi di laman sosial twitternya sebagaimana selalu.

Bukan apa, Abby sebelum ini mempertikaikan tindakan beberapa artis dan selebriti tanahair yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, termasuk Afdlin Shauki sendiri serta mengaitkan misi tersebut dengan sentimen politik.

Abby turut mempersoalkan niat misi tersebut sama ada untuk “berjalan-jalan” seolah-olah makan angin di wilayah bergolak itu, sekadar mengibarkan bendera dan mempertikaikan peserta misi yang menyokong UMNO.

PAS Cemar Islam Dengan Peraturan Yang Zalim

KB01_111212_GERAKAN
Ekoran tidak cukup ilmu dan zalim, PAS sanggup mencemar keadilan hukum yang diturunkan Allah melalui Al-Quran sehingga ramai golongan bukan Islam yang tampil menunjukkan protes mereka terhadap peraturan yang dikuatkuasakan Nik Aziz di Kelantan.

Kononnya, kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS itu fikir bahawa peraturan yang mereka laksanakan berkenaan pusat salun dan kedai gunting rambut di negeri Kelantan itu cukup Islamik, tapi jelas ia hanya menjejaskan kreadibiliti hukum Islam.

11/12/2012

KEPIMPINAN PAS KEDAH SEMEMANGNYA BEBAL DAN BENGAI

Tun M Bidas PAS Kedah Tak Tahu Memerintah


Saya yakin bahawa boleh dikatakan semua rakyat Malaysia, termasuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat mengakui bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa dan bijak membangunkan negara.

Di dalam sejarah pentadbirannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, boleh dikatakan begitu banyak perkara, dasar, gagasan dan wawasan yang terlaksana sehingga menyebabkan negara ini begitu terkenal sebagai sebuah negara Islam contoh di mata dunia.

10/12/2012

Orang Yahudi di Malaysia


Orang Yahudi Malaysia adalah sebuah istilah yang dirujukkan pada orang Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara itu. Mereka kebanyakannya tinggal di negeri Pulau Pinang, tetapi mereka dapat dijumpa di tempat-tempat lain di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur dan Melaka. 

Orang Yahudi Malaysia kebanyakannya dari Yahudi Timur (kebanyakan mereka adalah Yahudi Baghdad), dengan yang lainnya Yahudi Eropah (Yahudi Ashkenazi) dan kemungkinan Yahudi Cina, yang melarikan diri dari Kaifeng, China, sewaktu pengambil alihan Komunis pada tanah besar China dari Chin Nasionalist pada 1949.

INGAT DAN FIKIR BAIK-BAIK JIKA KAMPONG TERGADAI - PRU 13

anwar-hadi-guan513
Inilah dia bapak-bapak perosak agama, bangsa dan negara
Tengok kiri kanan..pandangan depan belakang.Rasanya tidak perlu nak berselindung lagi dan sudah menjadi rahsia umum salah satu isu besar yang menjadi bahan analisa ramai pihak menjelang pilihanraya umum ke 13 ialah tentang undi orang Cina.

Dalam bahasa mudah dan ringkas...mereka kini dianggap sebagai kuasa penentu pada pilihanraya yang paling genting dalam sejarah tanahair.

Siapa yang tidak syok kalau ada 'kuasa istimewa' itu.

Semua ini tak perlu kajian mendalam...atau panggil professor untuk memberi kuliah khas mengenainya.

Pintunya kini sudah terbuka luas semata-mata kerana kuasa politik orang Melayu kini terpecah kepada tiga - UMNO,PAS dan PKR.

09/12/2012

PULAU PINANG AKAN IKUT JEJAK LANGKAH SINGAPURA JIKA MENANG PRU KE 13

Inilah orang kebanggaan Nik Ajis
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

MARANG SERUPA SPT PULAU PINANG JIKA BN MENANG

GEORGETOWN: Ratusan rakyat Pulau Pinang hari ini membanjiri gerai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi membuat permohonan rumah mampu milik yang diadakan sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di kampus Universiti Sains Malaysia di sini. 

Rata-rata pengunjung yang ditemui menyatakan mereka begitu teruja untuk membuat permohonan atas talian yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Seorang pengunjung Noraini Awang, 46, berkata pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan membina 20,000 unit rumah mampu milik di negeri ini disambut dengan penuh kesyukuran.

08/12/2012

Tun Mahathir Bangga Rakyat Pelbagai kaum Sertai Misi Kemanusiaan Gaza

SEPANG: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bangga rakyat Malaysia pelbagai kaum menyertai misi kemanusiaan 'Gelombang Kedua Laluan ke Gaza: Misi Kemanusiaan' untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza.
Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) berkata rombongan seramai 64 sukarelawan daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India menunjukkan rakyat di negara ini prihatin terhadap penderitaan penduduk Gaza.
"Penduduk di negara ini melihat pergolakan di negara itu sebagai satu penganiayaan terhadap manusia.

Musa Hassan: Akta Perhimpunan Aman 2011 mungkin penyebab keganasan politik

SHAH ALAM, 6 Dis — Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Akta Perhimpunan Aman 2011 mungkin menjadi punca kepada insiden keganasan politik seperti yang berlaku di Gombak baru-baru ini oleh kerana kuasa polis untuk memantau sudah berkurangan.
"Saya rasa... berkemungkinanlah because why (sebab apa), polis dah tak boleh nak pantau lagi keadaan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...