Translate

05/12/2012

Kesungguhan Kerajaan Memerangi Rasuah

PETALING JAYA, 5 Dis ― Pencapaian Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menunjukkan peningkatan pada 2012 dengan berada di tangga ke-54 daripada 176 negara berbanding kedudukan ke-60 daripada 183 negara tahun lalu, kata Transparency International Malaysia (TI-M).
Kedudukan itu juga menunjukkan skor CPI Malaysia pada kedudukan 49 daripada skala 0 hingga 100 berbanding 43 pada 2011.
Malaysia juga kekal menjadi negara ketiga di rantau Asia Tenggara di belakang Brunei (2) dan Singapura (1).
Kedudukan itu menunjukkan Malaysia lebih baik berbanding Thailand yang berada di tangga ke-88, Filipina (105), dan Indonesia (118).

04/12/2012

Panas! Orang ni jumpa pemimpin PAS dalam neraka?

Aku pun terkedu bila membaca bait-bait ayat di atas yang sungguh tinggi imaginasinya.

Namun segalanya tidak mustahilkan?

Apapun, Allah yang maha berkuasa dalam segala hal. Itu yang paling penting dan kita mau ingat!

Jangan dengan mudah kita tuduh dan hukum seseorang itu kafir, murtad dan mencampuri apa jua urusan Allah kerana itu bukan kerja kita.

Sumber:anakseberang

03/12/2012

BETINA MURAHAN BERKOKOK LAGI ???

Satu demi satu dibuat oleh anak perempuan Anwar Ibrahim yang bernama Nurul Izzah ini. Bermula dengan menjadi agen asing yang cuba mencungkil sistem pertahanan dan sistem keselamatan selain aset-aset ketenteraan Malaysia untuk diberikan kepada tuan-tuan besarnya, Nurul Izzah maju setapak lagi apabila dia mengeluarkan kenyataan MENGGALAKKAN ORANG MELAYU AGAR MURTAD daripada agama Islam.

02/12/2012

Budaya hedonisme di kalangan remaja Melayu

KUALA LUMPUR – Penularan budaya hedonisme yang menjadikan kesenangan dan kenikmatan sebagai tujuan hidup terutama di kalangan generasi muda hari ini sekiranya tidak ditangani boleh merapuhkan semangat jati diri dan pegangan agama, kata seorang penulis buku biografi.
Budaya ini, kata Datin Seri Fatini Yaacob, sekali gus membantutkan kesinambungan kepemimpinan negara berkualiti.
Beliau menyifatkan trend yang mementingkan keseronokan hidup sebagai membimbangkan kerana mereka yang mengamalkan budaya ini terlalu fleksibel terhadap semua perkara sehingga boleh melunturkan perasaan kasih kepada bangsa dan negara.

Adakah Pegawai SPRM Bersekongkol Penyelewengan Tanah Ladang Rakyat ???

Ladang Rakyat Tanah Untuk Pemimpin PAS
Pendedahan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, YB Md Alwi Che Ahmad berhubung pemilikan lot-lot tanah atas nama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isterinya di Selatan Kelantan yang terlibat dengan projek Ladang Rakyat sememangnya cukup mengemparkan ramai rakyat Kelantan.

Tambah mengejutkan mereka apabila persoalan yang dibangkitkan oleh YB Mat Alwi dalam sidang dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini gagal mendapat kepastian dari MB Kelantan mahupun wakil-wakilnya.

Lebih menimbulkan tanda tanya ramai bila mana peserta Ladang Rakyat yang sekian lama menantikan hak pemilikan tanah hingga sekarang tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin berserban dan berjubah yang berkereta mewah seperti Nik Aziz pula terlebih dahulu memiliki tanah-tanah tersebut.

01/12/2012

Eksklusif: Nik Aziz Seleweng Tanah Kelantan

DAMAI-SEDC
Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna kuasa ataupun penyelewengan.

Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud penyelewengan dikalangan pemimpin BN.

PR juga sering mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat, kelihatan zuhud dan cukup anti kepada sebarang penyelewengan mahupun perlakuan rasuah.

Persoalan sekarang adakah realiti sebenar sama seperti yang dipotretkan?

Pembangkang umpama penjajah baru, rosakkan ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Perwakilan Umno menyamakan pembangkang sebagai penjajah yang merosakkan ekonomi negara dan menggesa kesemua ahli parti bekerja keras untuk merampas semula negeri ditawan.
Seramai enam perwakilan membahaskan usul ekonomi yang dicadangkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh pada hari ini.
“Pembangkang ini umpama penjajah, sudah lupakah kita semasa dijajah dulu? Ekonomi orang Melayu ketika itu sangat teruk.
“Adakah kita mahu keadaan itu berulang?” kata Datuk Ramli Norani, perwakilan daripada bahagian Sungai Besar.

30/11/2012

Anwar umpama ‘sesumpah politik’, kata Najib

KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini menggelar seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “sesumpah politik” kerana sering berdolak-dalih dalam kenyataannya.
Perdana menteri itu turut menegaskan ketua pembangkang yang juga penasihat ekonomi Selangor itu bukanlah pengurus ekonomi yang cekap, serta memiliki “lidah bercabang”.
“Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik ... bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

29/11/2012

UMNO Tegar Perjuang Islam, Tentang Pluralisme Dan Liberalisme

KUALA LUMPUR, 29 Nov  - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno akan sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam dan menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme.
Presiden UMNO berkata kedudukan Islam akan terus dipertahan seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan parti dan sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan.
“Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited bagi terus mempertinggi Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.

Karpal Nafi Diguling? Tersedak, Sakit Dada Mendengarnya

ADA masa penulis nak gelak pun tengok ‘drama bersiri’ dalam sepak terajang politik negara kita ni, terutama bila bercakap tentang parti -parti pembangkang yang membentuk Pakatan Haram inilah.  Kita panggil dramalah sebab dari perkataan pertama disebut apa, kita tau dah berakhirnya macam mana.

Contoh macam dakwaan mengatakan Karpal Singh akan digulingkan dalam DAP yang sedang kuat berkumandang sekarang.  Mati hidup balik dan mati semula pun penulis dah agak Karpal tidak akan mengaku perkara tersebut akan berlaku dalam DAP.  Sebab itu bila ada dakwaan dan senang-senang Karpal nafikan, penulis tidak begitu terkejut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...