Translate

30/11/2012

Anwar umpama ‘sesumpah politik’, kata Najib

KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini menggelar seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “sesumpah politik” kerana sering berdolak-dalih dalam kenyataannya.
Perdana menteri itu turut menegaskan ketua pembangkang yang juga penasihat ekonomi Selangor itu bukanlah pengurus ekonomi yang cekap, serta memiliki “lidah bercabang”.
“Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik ... bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

29/11/2012

UMNO Tegar Perjuang Islam, Tentang Pluralisme Dan Liberalisme

KUALA LUMPUR, 29 Nov  - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno akan sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam dan menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme.
Presiden UMNO berkata kedudukan Islam akan terus dipertahan seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan parti dan sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan.
“Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited bagi terus mempertinggi Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.

Karpal Nafi Diguling? Tersedak, Sakit Dada Mendengarnya

ADA masa penulis nak gelak pun tengok ‘drama bersiri’ dalam sepak terajang politik negara kita ni, terutama bila bercakap tentang parti -parti pembangkang yang membentuk Pakatan Haram inilah.  Kita panggil dramalah sebab dari perkataan pertama disebut apa, kita tau dah berakhirnya macam mana.

Contoh macam dakwaan mengatakan Karpal Singh akan digulingkan dalam DAP yang sedang kuat berkumandang sekarang.  Mati hidup balik dan mati semula pun penulis dah agak Karpal tidak akan mengaku perkara tersebut akan berlaku dalam DAP.  Sebab itu bila ada dakwaan dan senang-senang Karpal nafikan, penulis tidak begitu terkejut.

28/11/2012

KEHILANGAN PESAKIT MENTAL JUGA SEORANG OKU DI KG. RHU RENGGEH


Rusila 27/11/2012 - Satu kejadian kehilangan seorang lelaki OKU yang juga pesakit mental WAN MOHD NAZRI BIN WAN GHANI, 39 tahun beralamat No. 13 Medan Rhu Renggeh, Rusila, 21600 Marang, Terengganu. Kejadian telahpun dilaporkan berlaku di Balai Polis Marang pada petang 26/11/2012.

Usaha bersama PDRM, JPAM, RELA serta penduduk kampung telah dilancarkan pada petang tersebut sehingga jam 10.00 malam menemui jalan buntu, dimana dipersekitaran kawasan tersebut adalah belukar serta hutan yang tebal.

27/11/2012

APAKAH BANGSA MELAYU PERLU BERDIAM DIRI APABILA DIPERKECIL2KAN BEGINI?????

HIMPUNAN HIJAU : CINA TUNJUK KEHEBATAN MEREKA KEPADA BANGSA MELAYU - 13 MEI MUNGKIN BERULANG ????


Himpunan Hijau sebenarnya sengaja dibuat-buat setelah mahkamah mejatuhkan bahawa Lynas boleh diteruskan operasinya. 

Himpunan Hijau yang turut dihadiri oleh MP Ipoh Timur Lim Kit Siang, William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah) dan Dr D Jeyakumar (Sungai Siput) sebagai isyarat kepada bangsa Melayubahawa bangsa cina sudah menjadi bangsa majoriti.

Semasa Himpunan Hijau itu diadakan mereka jelas mengutuk dan mengeji bangsa Melayu seperti"balik kampung tanam jagung", ini menunjukkan mereka sudah bermegah bahawa bangasa mereka sudah disokong oleh bangsa Pas dan Anwar Ibrahim.

Dulu bila orang tua-tua berkata "Melayu jika berpecah Cina akan ambil kesempatan", kata-kata itu dinafikan oleh kita ketika itu tapi kini sudah benar-benar berlaku.

Jadi ke mana arahtuju bangsa Melayu akhirnya?

26/11/2012

KEBODOHAN MELAMPAU USTAZAH MEE SEGERA

Masih lagi tak puas melonjakkan kebodohan diri sendiri demi menagih populariti dalam sebuah perjuangan yang kononnya berteraskan dakwah. KEBODOHAN SEBELUM INI (KLIK!). Abby Abadi tidak kurang bengapnya dengan MAHFUZ OMAR (KLIK SINI) bila mempersoalkan kaitan FELDA & ISRAEL.

Demo kononnya Malaysia ekspot minyak sawit ke Israel berlansung amat hambar, pelbagai angka disebut dan direka hanya untuk puaskan hati pengikut yang diupah untuk membuat kacau bilau depan Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur kelmarin.

Ada yang sebut hanya 700 orang hadir, ada yang naikkan angka demi nak jaga hati tukang bayar upah, kononnya 2000 yang hadir, ada blog mereka sendiri beri lapuran yang bernada kecewa, 400 orang yang hadir. Semuanya dah bercelaru dan tidak sekata, seolah-olah masing-masing cuba tutup bangkai hidup. Memalukan ! 

Pilihan Raya Umum ke-13 Disember Ini?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.
Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

25/11/2012

KENYATAAN MELAMPAU DAP TENTANG ISU NURUL IZZAH!

Anda tentu masih ingat dengan isu kenyataan kontroversi Nurul Izzah yang mendapat kritikan hebat pelbagai pihak. Seperti yang kita tahu, anak Anwar Ibrahim telah menyaman pihak Utusan Malaysia.

Akan tetapi, tindakan Nurul Izzah yang dianggap double standard kerana sumber rujukan Utusan iaitu MalaysiaKini tidak pula disaman. Kerana itu, ianya lebih nampak berbau politik.

Walau bagaimana pun, isu saman ini terpulang kepada Nurul Izzah kerana hak beliau. Utusan Malaysia juga mempunyai hak untuk mempertahankan laporan-laporan berita mereka.

Mesej PM pada Anwar: Jangan bagi malu negara...

pm-himpunan1xx
Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu bergema dengan teriakan bersemangat wakil-wakil lebih 1,500 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

Jumlah itu bukan sedikit dalam konteks keahlian setiap NGO-NGO berkenaan.

Mereka berkumpul dalam Himpunan Barisan 1Malaysia,salah satu majlis menjelang Perhimpuan Agung UMNO minggu depan.

Ia adalah himpunan serentak NGO yang terbesar dalam sejarah negara.

Kehadiran sebegitu ramai wakil-wakil NGO berkenaan membuatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan ucaputama dengan penuh bersemangat bertanya hadirin, " siapa kata NGO tidak sokong BN,siapa kata orang muda tidak sokong dan siapa kata orang tua tidak".

Dalam ucapan itu Perdana Menteri meminta rakyat sedar tentang putrabelit pembangkang cuba mengambarkan macam-macam tidak betul di negara ini sedangkan keadaan sebenar tidak.

24/11/2012

TAHNIAH AZLINA TERUSKAN SAMAN KEATAS KUCING KURAP MAZLAN ALIMAN

aza-mazlan513
Tindakan Datuk Seri Azalina Othman mahu meneruskan saman fitnah terhadap Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Malaysia (Anak) rupa-rupanya membuat Pakatan Pembangkang tak senang duduk sampaikan ada yang menasihatkannya supaya tarik balik.

Nampak gaya, tindakan mereka itu secara tidak langsung menunjukkan pembangkang mengakui Mazlan Aliman sememangnya telah memfitnah Azalina berhubung isu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.

Pada sidang media di parlimen, Rabu, Azalina berkata dia ditemui beberapa pemimpin pembangkang yang memintanya supaya jangan menyaman Mazlan Aliman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...