Dalam politik kena ada unsur 'gempak lebih ' .Betul ke tidak betul...itu belakang kira.Janji bikin sensasi dulu.Maka Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun hendak buat sikit kejutan Jumaat.
Katanya pada wartawan pada majlis pelancaran dana PRU-13 Dewan Muslimat PAS Terengganu di Kuala Terengganu beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan Pahang berentap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Jika parti hendak suruh bertanding di Pekan, saya bertandinglah di Pekan," katanya.