Translate

04/11/2012

PRU 13: PAS Pasti Tersungkur Di Kelantan

Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.
Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.
Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.

03/11/2012

SEBARAN SEGERA ! ANWAR DAN PAP AKAN BERKERJASAMA MULAI HARI INI!

Ini berita yang baru pihak kami terima.

Anwar yang selama ini dilihat telah gagal dalam memperjuangkan isu scorpene akan berada melakukan satu perkara terdesak hari ini.

Mengikut maklumat yang kami terima, anwar ibrahim, SUARAM, SAMM dan chegu bad akan berada di singapura untuk mengadakan persidangan 'tertutup' berkenaan dengan isu fitnah mengenai skandal scorpene.

Bukan sekadar itu, kami dimaklumkan bahawa kehadiran beberapa ahli parlimen pembangkang akan ditaja sepenuhnya oleh PAP dan Anwar Ibrahim.


02/11/2012

Nik Aziz telah Islamkan ramai Cina DAP ???


Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Treler Jelajah Rakyat PKR Terjunam Di Banting!!! Laknat Allah???

30 Oktober 2012, treler dan kontena Jelajah Rakyat yang merupakan salah satu daripada instrumen Anwar Ibrahim untuk berkempen berada di Banting. Treler dan kontena yang terlakar muka si peliwat tua sedang tersenyum itu, konon-kononnya menjadi ikon yang PKR sedang menguasai Malaysia.

Banting yang berada di Daerah Kuala Langat sedang menyaksikan transformasi yang agak ketara. Sokongan kepada PKR menurun secara drastik dan rata-rata penduduk serta pengundi di sekitar Banting sehinggalah ke Jugra menyatakan kebosanan mereka terhadap para pemimpin PKR yang bukan sahaja kuat berlakon, bahkan merekalah yang paling menyonglap duit rakyat berbanding para pemimpin UMNO yang mereka fitnah dan tohmahkan.

01/11/2012

Kerjasama Suaram, syarikat guaman terbongkar

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didakwa terlibat dalam satu perancangan bersama dengan sebuah syarikat guaman tempatan terkemuka untuk menjatuhkan Kerajaan Pusat yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi oleh rakyat.

Pendedahan kerjasama antara Suaram dengan syarikat guaman dalam satu ‘misi besar’ itu terbongkar selepas sepucuk surat dengan maklumat palsu yang ditulis peguam syarikat terbabit kepada peguam Perancis, didedahkan oleh Wee Choo Keong (gambar) (Bebas-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat hari ini.

Menerusi surat rasmi yang ditandatangani oleh peguam berkenaan dakwa Choo Keong, syarikat guaman tersebut yang banyak mendapat kontrak guaman dengan syarikat milik kerajaan (GLC) mendakwa Suaram sebagai sebuah pertubuhan yang sah melalui Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) walaupun terbukti tidak berdaftar.

PKR ada bas, DAP ada treler, PAS nak lancar apa pulak lepas ini....


Pembangkang di Malaysia rasanya pembangkang paling bertuah di rantau Asean ini, walaupun mereka sering tuduh kerajaan zalim dan sekat itu ini aktiviti mereka, tak ada negara yang pembangkang bebas berkempen dan hentam kerajaan setiap hari macam di negara kita ini.

Selain ceramah politik setiap malam di seluruh negara, pembangkang Malaysia ada akhbar dan portal berita sendiri dan paling menarik adalah boleh berkempen ikut suka depa bila-bila masa.

Jika sebelum ini, PKR lancar bas mewah berharga jutaan ringit untuk digunakan dalam jelajah politik mereka, kini sekutunya DAP pula lancar treler bagi tujuan yang sama.

31/10/2012

Fatwa Terbaru Ustazah Mee Segera PAS


PAS terkenal dengan produk ulama' mee segera mereka seperti Abby Abadi yang kini galak mengeluarkan fatwa-fatwanya sebelum itu Aduka Taruna yang popular dengan fatwa membangangkan (membodohkan) Ummu ul Mukminin Saiyaditina Aisyah RA (Isteri dan anak didik Nabi SAW yang banyak mengeluarkan hukum dalam bidang fiqh Usrah) dan Imam Zayn Al Fuqaha As Syafie RadiAllahu Anhu.

Kini spotlight kepada Abby,

Perjuangan Kumpulan "Royalti" Yang Patut Kita Sokong!!!

Ini baru betul. Ini baru perjuangan Rakyat Kelantan yang wajib disokong! Ini baru perjuangan kumpulan "Royalti" atau "R" yang sebenar. Sudah 22 tahun Kerajaan PAS Kelantan sudah "merompak"  dan mengambil hasil bumi Kelantan dan menidakkan hak Rakyat Kelantan. 

Bantuan yang dihulurkan selama ini sekadar ala kadar. Pembangunan tiada. Hanya mengharapkan Kerajaan Pusat. Pengangguran berleluasa. Rakyat Kelantan berhijrah ke negeri-negeri luar untuk mencari pekerjaan. 

PETRONAS Carigali temui medan minyak Bertam: Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter. 

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan ia adalah kejayaan besar. 

30/10/2012

Pengganas: PDRM Perlu Kaji Kaitan Dengan Pakatan

mafia_DAP
DARI dulupun penulis memang percaya bahawa ada kelompok rakyat Malaysia ini terutama di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang cenderung terlibat dengan kegiatan keganasan.

Sebabnya mudah, ramai orang dari kelompok ini nak jalan mudah ke syurga dengan memilih untuk ‘mati syahid’, tak payah susah-susah nak sembahyang, puasa dan sebagainya.

Gelar kerajaan kafir, angkat senjata lawan dan kalau mati, akan adalah pemimpin ’parti Islam’ yang datang untuk ‘mensyahidkan’ mereka.

Maka itulah penahanan 2 orang pelajar Malaysia di Lubnan kerana dakwaan terbabit dengan pertubuhan pengganas seperti Al-Qaeda, tidak begitu mengejutkan penulis.  Kalau penahanan itu dilakukan di Malaysia, cepat sahaja balaci nak menuduh itu tindakan bermotifkan politik, mana mungkin rakyat Malaysia terlibat dengan keganasan dan sebagainya.

29/10/2012

Kalau Tidak MENIPU-Bukanlah Dinamakan PEMBANGKANG

gay_manifesto
Allah telah memberikan kita akal dan fikiran untuk kita gunakan, menilai dan menimbang setiap sudut kejadian dan dijadikan teladan dan peringatan  yang baik bagi diri kita didalam menjalanani kehidupan agar tidak mudah dipermainkan oleh orang lain yang mempunyai kepentingan.
Jesteru itum didalam politik masa kini kita acapkali melihat , mendengar bagaimana ahli hali politik menaburkan janji manis untuk memperngaruhi  keputusan undian.
Di Malaysia , Pakatan pembangkang  pada setiap kali PRU akan berbuat demikian, bukan kerana hanya untuk memecah belahkan  sokongan terhadap kerajaan yang memerintah malahan untuk melakukan peningkatan undian dan keputusan pilihanraya.
Janji janji manis ditaburkan, tetapi bagi manusia yang tahu menggunakan akal dan fikiran maka pastinya mereka tidak mahu ditipu  atau dibohongi dengan  taburan janji tersebut.Tidak ada  sejarah bagaimana pembangkang telah menunaikan janji mereka  tetapi malahan mereka akian terus menambah janji..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...