NGO tuduh Anwar luluskan pembelian Scorpene
KUALA LUMPUR, 24 Okt — Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pembelian kontroversi kapal selam Scorpene semasa beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1995, kata sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen menentang penglibatan SUARAM dalam penyiasatan kes itu, hari ini.
Syarikat dari Perancis DCNS telah memenangi kontrak bernilai €1 billion pada tahun 2002, ketika Anwar sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan liwat pada tahun 2000, tetapi kumpulan tersebut menuduh kelulusan tersebut berlaku ketika beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1990an.