SHAH ALAM, 23 Okt – Isu bas mewah terus menghantui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Kesilapan paling besar apabila transaksi bas mewah ini s yang bernilai RM900 ribu itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata akan tercatat dalam sejarah Selangor, seorang MB membeli bas mewah atas namanya.
“Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Anwar Ibrahim telah buat pengumuman pada Ogos lalu, yang bas mewah untuk kegunaan PKR itu adalah disewa dan ianya diuruskan oleh Khalid Ibrahim, MB Selangor. Khalid Ibrahim kemudiannya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama 6 bulan.