BERANI... lelaki terbabit ketika bernikah dengan seorang daripada 11 isterinya. |
KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.
Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.