KUALA LUMPUR, 19 Okt — Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, telah mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli parti yang mengkhianati atau mensabotaj parti tersebut.
Menurut Najib, cadangan itu telah dikemukakan oleh jawatankuasa pengurusan dan ia akan dipengerusikan oleh pengerusi lembaga disiplin iaitu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.
“Pada hari ini, majlis tertinggi yang bersidang bersetuju menerima cadangan daripada jawatankuasa pengurusan untuk menurunkan kuasa kepada sebuah jawatankuasa khas untuk memantau dan seterusnya mengambil tindakan segera ke atas ahli parti yang mengkhianati dan mensabotaj parti atau calon Barisan Nasional (BN).