Translate

19/10/2012

KEHEBATAN MAT REMPIT TIDAK DINAFIKAN

Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah.
Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah. 
Gempar motosikal terbang

JENGKA 4 - Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.

Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.

Ramlah berkata, ketika kejadian, dia dan anak serta cucunya sedang berehat di dapur rumahnya.

“Tiba-tiba saya terdengar satu dentuman kuat seakan-akan bunyi guruh namun tidak mengesyaki apa-apa.

INILAH RISIKONYA JIKA MEMBUAT SESUATU SYOK SENDIRI ??



KEJADIAN YANG SAMA MUNGKIN BOLEH BERLAKU DI MARANG, JIKA LANGKAH2 KESELAMATAN TIDAK DIAMBIL SEGERA ???
SHAH ALAM: Polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo yang sedang diubah suai di Seksyen 7 di sini petang Khamis hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia, dengan seorang daripadanya maut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat.
Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Agenda Pembangkang Tiada Kredibiliti, Belum Mampu Yakinkan Rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan pembangkang masih belum berjaya menyakinkan rakyat mengenai agenda pembangunan negara dalam meneraju pentadbiran ke peringkat lebih tinggi.
Beliau berkata, ketiadaan pengalaman serta rekod dalam urus tadbir negara menyebabkan mereka tidak sewajarnya diberi kepercayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Kita tidak boleh memberi kepercayaan dan sokongan kepada mereka yang mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan kerajaan,” kata beliau.

18/10/2012

SIKAP PENTINGKAN DIRI DARIPADA KESELAMATAN ???

 

Marang 18/10/2012 - Majoriti di seluruh dunia mengenai penggunaan media sosial untuk berhubung dan membolehkan orang awam, sesiapa sahaja mendapat maklumat dengan cepat melalui rangkaian yang diujudkan.

Kaji selidik itu turut mendapati syarikat-syarikat dengan program komunikasi terbaik meningkatkan skil komunikasi, cara syarikat-syarikat mengendalikan komunikasi kakitangan secara asasnya berubah disebabkan peningkatan jangkaan, kepelbagaian, globalisasi serta pertumbuhan media sosial dan rangkaian.

17/10/2012

USTAS NUAR AL JUBURI tak lena tidur kerana DS NAJIB popular di media sosial Filipina

HISTORIC SIGNING. Malaysian Prime Minister Najib Razak arrives in the Philippines on Sunday for the historic signing of the Bangsamoro peace deal. Photo from Najib's Facebook page
Popular sungguh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Filipina kini. Beliau yang berada di Manila sejak petang semalam jadi 10 topik paling banyak dibicarakan di twitter negara itu lapor media utama Filipina ANCnews.

"Topik terkini di (twitter) Filipina adalah Bangsamoro, Malaysian PM, Framework Agreement, MNLF," kata laporan tersebut.

Najib yang baru selesai menyaksikan majlis menandatangani Rangka Kerja Perjanjian Damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menjadi bualan oleh pengguna media sosial majoriti Kristian negara itu.

16/10/2012

NGO BERSIH MENJADIKAN PADANG PUN BERSIH

Stadium Kelana Jaya - Konsert Rock Bersih Gagal

NGO Bersih Sudah Tidak Relevan


Suatu ketika dulu dalam tahun 2008, Stadium Kelana Jaya pernah menjadi sebutan ramai berikutan berlangsungnya satu persembahan 

hiburan penuh kontroversi oleh sebuah kumpulan muzik underground yang menggemparkan negara berikutan aksinya menjelikkan mata khalayak.


Kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Carburetor Dung dalam salah satu aksi oleh penyanyinya telah dengan sengaja menanggalkan seluar dan menononggengkan punggungnya kepada khalayak penonton sambil menyanyikan lagu yang liriknya menyebut perkataan  ‘jilat, jilat, jilat’.

Empat tahun berlalu, kini stadium tersebut kembali meniti dari bibir ke bibir, apabila ‘digegarkan’ dengan persembahan konsert hiburan oleh NGO Bersih 2.0 yang bertemakan “Konsert Bersih 2.0 8T”.

15/10/2012

Dr Hasan secara terbuka meminta Musyridul Am PAS itu letak jawatan.

hasan-pc1xx
BERIKUT KENYATAAN PENUH DR HASAN ALI:

Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am PAS.

Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam PAS.

Bagi kebanyakan ahli dan penyokong PAS, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am.

Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.

14/10/2012

Rintihan Pengundi Kaum Cina Menyesal Memilik Pakatan Rakyat

Nampaknya semakin ramai pengundi-pengundi mula sedar yang undi yang diberikan kepada Pakatan pada PRU12 hanya meletakkan masa depan mereka dalam angan-angan dan bayangan. 


Mereka yang mengundi Pakatan PRU lepas adalah kerana termakan atau terpedaya dengan manifesto serta janji-janji yang diucapkan. Sehingga hari ini tiada satu pun janji-janji yang terlaksana dan rakyat yang memberi mandat pula menanggung keperitan.


Berikut adalah luahan pengundi Cina yang mula menyesal memilih Pakatan:
KLIK DISINI

PAS Akan Pecat Shahnon dan Haron Din?

Quote04 - Kerjasama Pas, DAP bercanggah kehendak Islam (2)
Laman Suara PR semalam mengecam keras Datuk Dr. Shahnon Ahmad kerana menyifatkan kerjasama DAP-PAS adalah bercanggah dengan Islam. Kata laman tersebut yang mengaku membawa aspirasi Anwar/PR tulen, Shahnon tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu tanpa merujuk kepada kepimpinan atasan lalu menyarankan agar Shahnon disingkirkan dari PAS.

Selain Shahnon, Dato’ Dr. Haron Din juga tidak ketinggalan menjadi kecaman laman tersebut kerana menyifatkan fahaman liberal yang disokong Anwar adalah salah dan tidak ingin PAS dikaitkan dengannya.

13/10/2012

Surat Terbuka Untuk Umat Islam Malaysia dan Dr Asri!!

Email dari seorang sahabat, sesuai untuk tatapan umat Islam di Malaysia. Malah individu ini tujukan khas kepada Dr Asri, seorang Ummarak di Malaysia.

SURAT TERBUKA UNTUK KAUM MUSLIMIN DAN BEKAS MUFTI PERLIS DATUK ARIF PERKASA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN 
Beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku dalam negara amat membimbangkan saya. Saya seorang India yang telah memeluk Islam. Alhamdulillah, saya menerima hidayah memeluk Islam ketika menuntut di universiti.

Saya dilahirkan dalam agama Kristikan Katolik dan sehingga kini kedua ibu bapa saya masih beragama Kristian. Saya memeluk Islam sejak 15 tahun yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan hidup yang paling indah dalam hidup saya.

Pegawai Awam Mahu Ke Luar Negara Perlu Dapat Kelulusan KSN, KSU

KUALA LUMPUR: Semua pegawai awam yang hendak ke luar negara atas urusan persendirian mesti mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha kementerian masing-masing, berkuat kuasa 1 Oktober.
Perkara itu dinyatakan menerusi Surat Pekeliling Am bilangan 3 Tahun 2012 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 1 Okt, selaras dengan usaha menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
Surat itu yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...