Translate

09/10/2012

Menghina Institusi Raja semakin meluas

khalid_ismath
INI entri terbaru Khalid Ismath budak Syiah belaan Pakatan Rakyat dalam facebook.  Dimana dia menggunakan gambar-gambar yang didakwa sebagai Tuanku Muda Selangor, Tengku Amir.

Persoalannya disini, dah sahihkah gambar tersebut, kalau sahih, pakar mana yang mengesahkannya?  Semua ini tak diambil peduli oleh budak belaan Pakatan Rakyat ini, tahunya terus jadikan gambar tersebut sebagai alasan untuk hapuskan sistem beraja.

08/10/2012

Usah salahkan lelaki sahaja

KUALA LUMPUR: “Saya banyak menerima kes suami mempunyai perempuan simpanan. Kita tidak boleh salahkan lelaki sepenuhnya kerana dalam kes tertentu, si isteri terikat dengan kerjaya atau terlalu sibuk menguruskan perniagaan.

“Ini menyebabkan layanan isteri kepada suami menjadi hambar dan membuatkan si suami tergerak untuk mencari perempuan lain dan ‘menyimpan’ mereka,” kata kaunselor berdaftar, Hushim Salleh.

Hushim berkata, sesetengah masalah pula datang daripada isteri yang tidak membenarkan suami berkahwin lain.

“Jika suami mampu daripada segi kewangan dan boleh memikul tanggungjawab, kenapa tidak benarkan mereka berkahwin lain? Ini lebih baik daripada mereka terus menerus melakukan zina dan dosa besar.

07/10/2012

“Anwar Ibrahim, pengkhianat Atau Patriot?,”

BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM GILA DAN MABUK KUASA SELAGI TIDAK MENDAPAT JAWATAN PM !!!


Anak emas Mahathir rupa-rupanya sudah jadi singa jantan yang lapar.Sebagai Perdana Menteri yang lantang mengecam Amerika dan Barat, Mahathir menjadi sasaran kecaman hebat dari berbagai pemimpin negara-negara tersebut.Media Barat seperti CNN, CNBC, BBC dan lain-lain seringkali menyiarkan laporan-laporan dan berita-berita negatif terhadap Malaysia. 

APAKAH ULAMA' PAS ADALAH ULAMA' SEBENAR ???


HAYATI LAH BERSAMA APA YANG DIPERKATAKAN OLEH UFB

PAKATAN RAKYAT MEMANG BARUA DAN SIALAN TAKKAN NAK HALAU RAKYAT BALIK ???

ali-rustam
PERASAN IRI HATI DAN DENGKI SERTA BERSIFAT KEBINATANGAN.

SEBETULNYA isu kenduri majlis perkahwinan anak sulong Ketua Menteri Melaka yang dihadiri lebih 130,000 orang rakyat Melaka ini, bukan satu masalah pun.  Kalau orang nak menyeleweng, banyak cara dia boleh buat dan diamkan, bukan bodoh benar nak tunjuk depan rakyat terang-terang dengan adakan majlis kenduri kahwin besar-besaran.

Kenduri kahwin pun seperti yang ramai tahu, bukan dipaksa kepada sesiapa untuk hadir.  Tak pernah penulis dengar ada orang berbunuh sebab tak hadir kenduri kahwin setelah dijemput, ada ke?

06/10/2012

NGO buat laporan polis terhadap Anwar dan tiga MP Pakatan

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Datuk Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.
Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.
“Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?

Suara Anak Haram (Suaram) terima RM100 juta dana asing?


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mendakwa, sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di negara ini.

Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.

05/10/2012

KPN Kecewa Anggota Trafik Minta Rasuah Daripada Deejay Tyzo

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa dengan sikap anggotanya yang meminta rasuah daripada penyampai radio Suria FM, Tyzo dan berhasrat mengambil tindakan tegas.
Ismail berkata, perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan beliau mahu siasatan terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan yang dibuat penyampai radio itu.

AMBIGA BERKOKOK KEMBALI

TERDAPAT 14 TUNTUTAN IFC ( AMBIGA)



1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

ANALISA BAJET PAKATAN : KENYATAAN AKHBAR.



Ya Allah Selamatkan Rakyat dan Negara Malaysia...

 
Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth a.s, apabila mereka tidak cenderung kepada golongan wanita.

Kaumnya lari daripada fitrah. Hidup mereka menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan.

Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.

Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah Al-Akabuut, aN-Naml dan Al-Hijr.

Di zaman kaum Nabi Luth di tengah padang pasir menjadi lautan kerana mereka suka pada lelaki .

Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.” (al-Hijr: 71-74) 

Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim) 

Motif Apa Mkini ‘Spin’ Surat Mahathir-Soros?

mole-malaysiakini-YLChong-premesh-chandran-George-Soros
UMUM tahu dah bahawa Malaysiakini adalah organisasi media yang ditanggung sepenuhnya oleh usahawan yahudi, George Soros.  Kononnya kata Malaysiakini, sebagai media bebas, mereka perlu bebas dari kaitan dengan kerajaan, pembangkang dan apa segala maka itu depa perlu terima dana asing (yahudi pulak tu) Yelah.

Malah, persamaan sumber dana diterima Malaysiakini dan SUARAM – sebuah NGO pro PKR juga hanyalah kebetulan, tidak ada kaitan, kita kena percaya itu.
Penulis tak minat nak bincang soal Malaysiakini dan SUARAM tapi penulis lebih gemar mempersoalkan tindakan Malaysiakini memutarbelit surat Tun. Dr. Mahathir kepada George Soros pada 2006 sebagai menjawab tuduhan Mahathir baru-baru ini bahawa Malaysiakini memang bekerjasama dengan Soros (sebut yahudi) dari dulu untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

04/10/2012

BELUM PILIHAN RAYA DAH BEREBUT JAWATAN / KEDUDUKAN DALAM KABINET ???

PAS hari ini menegur Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ekoran kenyataannya berhubung kemungkinan menteri besar Selangor akan ditukar, kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat peribadi yang tidak pernah dibincangkan itu perlu dielak kerana ia boleh dianggap sebagai pendirian bersama Pakatan Rakyat. 

Mustafa turut dilaporkan kesal dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei sebelum ini yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai kabinet. 

POLITIK KHALID GAGAP BERKUBUR SELEPAS PRU KE 13

Menang atau kalah, Khalid Ibrahim tidak akan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, tegas Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. Umum mengetahui hubungan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim renggang sejak sekian lama apabila timbul desas-desus Azmin Ali akan menggantikan Khalid Ibrahim bagi jawatan Menteri Besar.

Hari ini, Azmin Ali menegaskan Khalid Ibrahim tidak akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar Selangor akibat daripada keputusan gabungan bersama DAP, PAS dan PKR. Ini disebabkan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor pada penggal ke-12 ini tidak berjaya memuaskan rakyat Selangor.

SUHAKAM dan SUARAM Wajar Dibubar Segera

suaram
Sayang benar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) kepada Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) apabila Presidennya, Tan Sri Hasmy Agam, bertindak membela “adiknya” itu dari pertikaian hangat yang membabitkan dana asing yang dipercayai dari dalang Yahudi.

Dalam kenyataannya semalam, Hasmy menegaskan adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pertubuhan di negara ini untuk menerima dana dari luar negara, khususnya bagi sebuah NGO yang kononnya memperjuangkan pemantauan hak asasi manusia seperti SUARAM.

Presiden SUHAKAM itu memberi alasan bahawa menerima dana asing tidak menyalahi mana-mana akta yang ditetapkan di dalam perlembagaan negara.

03/10/2012

SIMBOL PRU-13 PAKATAN PEMBANGKANG - 3 idiots

Sejak sekian lama BN megah dengan simbol ‘dacing’ yang berlatarbelakang warna biru bermaksud kesamarataan dan perpaduan serta kerjasama. Berbeza dengan Pakatan Pembangkang, masing-masing dengan logo parti mereka. Ini menunjukkan ketiga-tiga komponen Pakatan Pembangkang tidak bekerjasama dan mementingkan agenda dan idealogi politik masing-masing.

PAS dengan konsep Islamnya, DAP dengan konsep Malaysia Malaysian dan PKR demi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Disebabkan itu, mereka tidak pernah menggunakan satu simbol atau logo yang sama kecuali BERSIH dan Himpunan Hijau.

Masyarakat India Di Selangor Kena Tipu Dengan Khalid Ibrahim.

Inilah 'hadiah' dari Kerajaan Selangor selepas mengundi Pakatan Pembangkang.


Nak tuntut kat Khalid pun susah jugak sebab sebagai Menteri Besar Selangor, dia sendiri mengakui bahawa MANIFESTO PAKATAN PEMBANGKANG dalam Pilihan Raya bukan janji!

ANAK KELANTAN SUDAH BOSAN DENGAN PENIPUAN KERAJAAN PAS KELANTAN ???

HIMPUNAN DEMO ROYALTI KE PUTRAJAYA GAGAL KUMPUL RIBUAN SOKONGAN!!


First of all jangan tertipu dengan gambar yang dipaparkan oleh blog dan media pakatan pembangkang kerana sudut yang mereka ambil memang kelihatan agak ramai kerana diambil secara berhadapan. Aku percaya yang semua media pakatan sedang meng'upload' gambar 'ribuan' orang yang hadir.

Antara sebab utama aku suka ambil gambar yang di'shoot' oleh bloggerDarul Ehsan Today adalah kerana kepakaran dalam mencari posisi yang jelas menggambarkan penipuan jumlah kehadiran dalam segala himpunan pakatan yang dibuat sejak kebelakangan ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...