KUALA LUMPUR 28 Sept. - Berikut ialah intipati Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.
Tema Bajet 2013 ialah Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar