Translate

12/09/2012

Suara Nik Aziz Tak Laku Dalam Majlis Syura PAS

Saya ucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang gagal dilenyapkan terus dari partinya oleh golongan pro-Anwar yang dipercayai diketuai oleh Mohammad Sabu, Khalid Samad, Kamarudin Jaafar, Husam dan ramai lagi.

Pada saya, perkembangan ini menunjukkan bahawa majoriti Ahli Majlis Syura menyokong kenyataan Nasharuddin yang “membelasah” PAS yang semakin menyeleweng dari perjuangan asal, khususnya setelah parti itu dibawah pengaruh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz mula “menyerang” Nasharuddin sejak beliau masih lagi menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS apabila dikatakan bertanggungjawab mengajak PAS bersatu bersama UMNO untuk berada di bawah payung BN.

11/09/2012

FILEM HEBAT DAN TERBARU AKAN DITAYANGKAN DIPAWAGAM ???


Ini sudah lain cerita…pengawal peribadi Anwar main acu pistol

Belum habis hangat pasal kes biadap di himpunan Janji Bersih…kisah bas Jelajah Merdeka Rakyat yang pusing keliling satu semenanjung pun ‘ sama naik’.Sabtu lalu heboh pasal dakwa kecah pecah cermin dan disimbah cat merah.

Genap seminggu Sabtu semalam dah  timbul pula kes pengawal peribadi Ketua Umum PKR itu didakwa acu pistol kepada sekumpulan orangramai yang berdemo memprotes kehadiran rombongan pembangkang itu di tempat mereka.

Kejadian berlaku di  Kampung Baru Rim, Jasin sekitar jam 3.30 petang.

Kalau sudah main keluar pistol apa lagi acu pada orangramai ini sudah lain ceritanya.

bersambung lagi dan KLIK DISINI HEBAT

Malaysia sangat kecewa dengan Kedutaan Jerman


Wisma Putra menegaskan kepada Duta Besar Jerman Dr Guenther Georg Gruber bahawa Malaysia memandang berat isu sumbangan dana kedutaan itu kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang berkait langsung dengan badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Pada pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar Datuk Husni Zai Yaacob, Jumaat lepas, duta itu juga diberitahu Malaysia sangat kecewa apabila mengetahui kedutaan tersebut terlibat dalam sumbangan dana kepada SUARAM.

10/09/2012

AGENDA TERPERINCI ANWAR UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN ???

Shah Rukh Khan Akan Didakwa Hina Bendera India

Shah Rukh Khan dianggap telah mempersendakan bendera India
NAMPAKNYA aktor Shah Rukh Khan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dituduh menghina bendera negaranya sendiri.
Menurut laporan Digital Spy, bintang filem Ra One itu telah mempermainkan bendera India menerusi salah satu video di laman YoutTube dan hal itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Shah Rukh telah menjerat dirinya sendiri menerusi Akta Perlindungan Memperkecilkan Kehormatan Bangsa, tahun 1971.
"Hal ini telah pun difailkan ke mahkamah pada 14 Ogos lalu dan laporan tersebut sedang diproses oleh pihak berkuasa untuk disiasat dengan lebih lanjut," kata sumber.
Sementara itu, pihak polis mengesahkan beberapa bahan bukti berupa foto dan video telah di bawah ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan.

Lelaki Sabah, Sarawak Dilarang Kerja Di Singapura

Kerajaan Singapura mengambil tindakan yang tegas melarang Warga Malaysia iaitu Lelaki Sabah dan Sarawak berumur bawah 35 tahun daripada bekerja di repbulik tersebut.

Kenapa Kerajaan Malaysia tidak boleh mengambil tindakan yang sama ke atas WARGA AFRIKA, yang telah begitu ramai sekali menganggu gugat keselamatan di negara kita, termasuk Pengedaran Dadah, Jenayah Kekerasan dan sebagainya ??? Nak tunggu negara kita hancur dulu baru nak ambil tindakan ???

JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dibenarkan bekerja di Singapura kecuali bagi lelaki yang berasal dari Sabah dan Sarawak apabila had umur kelayakan sedia ada dinaikkan kepada 35 tahun.

MPM cadang tubuh pusat pemulihan sivik untuk kumpulan biadab dan kurang ajar


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini mencadangkan supaya Jabatan Perpaduan Negara menubuhkan sebuah Pusat Pemulihan Sivik bagi menempatkan kumpulan yang berkelakuan biadab dan tidak menghormati undang-undang negara. 

Setiausaha Agungnya, Hasan Mad, berkata pusat itu dipercayai dapat memberi pengajaran dan penjelasan kepada kumpulan berkenaan akan akibat perlakuan mereka kepada negara. 

09/09/2012

Projek Mersing Laguna Dibatal, Titah Sultan Johor

MERSING: Sultan Johor bertitah projek pembangunan Mersing Laguna bernilai RM22 bilion dibatalkan berikutan kegagalan pemaju projek mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani pada 25 Februari lepas.
Menurut Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, baginda sentiasa mengawasi kemajuan projek itu dan memastikan ia dijalankan dengan sempurna.
"Mengikut perjanjian, pihak pemaju hendaklah meningkatkan modal berbayar RM200 juta. Namun sehingga hari ini, setelah tamat tempoh enam bulan, pihak pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut.

PRU-13 penentu survival UMNO, BN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang adalah penentu kepada kesinambungan hidup UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam arena politik negara.

Sehubungan itu, menurut beliau, mahu tidak mahu ahli UMNO dan BN perlu bersatu tenaga bagi membuktikan kepada rakyat hanya parti tersebut mampu menggalas tanggungjawab memimpin dan mentadbir negara dengan baik.

Malah katanya, ahli dan pemimpin parti juga harus belajar daripada pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum lalu yang menyebabkan beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang.

08/09/2012

Lindung Pengkhianat, Pakatan Dah Buka Langkah


PEREMPUAN baju merah yang dengan kurang ajarnya memijak gambar Perdana Menteri dan isteri tempoh hari khabarnya dah ditangkap di Johor, menyerah diri setelah gambarnya bertebaran di seluruh negara.

Umurnya baru 19 tahun rupanya, belum pun layak mengundi. Budak punggong itu hari pun 19 tahun juga, apa umur 19 tahun ni senang jadi bodoh dan dibodohkan ke?

Anyway, seperti yang sudah dijangka, bila melibatkan kaum cina yang terkantoi buat benda tak senonoh, komponen Pakatan Rakyat akan datang membantu dengan menghantar peguam dari kalangan mereka – dalam kes ini Norman Fernandez yang juga Timbalan Pengerusi komponen Pakatan Rakyat di Johor.

07/09/2012

Haji Hadi Mengesahkan Mat Sabu Adalah Pengikut Syiah?


"...assalamualaikum.

Ini ada video, ana share sikit. Kalau ada kelapangan dengarlah.
Ada something ana nak sampaikan tentang Mat Sabu. Kami ada tanya TG Hadi tentang ni. Dan beliau jwp (lebih kurang) 

"Mat Sabu mungkin Syiah. Skrg ni ramai nak dia, kita biarkan. Sy tak benarkan dia pegang Harakah"..."

Pengakuan seorang sahabat FB merangkap pengikut PAS tegar bahawa Hadi tahu dan sedar bahawa Mat Sabu adalah seorang penganut ajaran syiah sesat. Nak kata apa lagi? Inilah bukti yang mengatakan sebenarnya PAS membenarkan elemen syiah wujud dalam PAS. Mereka dah tak kira lagi asalkan dapat kuasa.

Pada amatan Keris, ini  adalah sangat bahaya kerana ajaran syiah sesat ini sudah menular melalui PAS sendiri. Apakah nanti akan wujud Khomeimi yang pelik itu di Malaysia kelak?

Bercerita pasal Khomeimi nanti Keris kongsikan cerita merepek yang mana mengapa dia diagungkan Mat Sabu. 

K7L : Syiah pun dah mula tersebar di beberapa universiti..

Sumber:keris7lok

Ustazah Abby Abadi mula meroyan dan didaftar di Tanjung Rambutan ???

Ustaza Abby Abadi akan ditalkinkan tidak lama lagi.

Memang dahsyat la Abby ni, soalan apa yang Allah akan tanya di akhirat nanti, semua dia dah tahu. Kiranya Ustazah ni memang hebat la, bukan calang-calang orang dapat ilmu macam Abby ni. Hinggakan Abby boleh tahu Allah akan tanya "Parti mana yang kita sertai?"


Ko memang dahsyat la Abby, bawa politik hingga ke lubang kubur! Makin lama makin pelik pulak perangai si Abby ni. Sapa yang masuk Pas memang jadi gila macam ni ka? hehe..

Sumber: kedahkekl

06/09/2012

Anwar melahirkan pelajar2 LBGT di Sekolah Berasrama ???

Sekolah asrama lahirkan golongan LGBT?

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kementerian Pelajaran diminta memantau sekolah-sekolah berasrama penuh yang dilihat berpotensi melahirkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara (transient homosexuality) yang wujud dalam kalangan remaja tidak kira lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa.

Ujarnya, remaja yang bersekolah asrama lebih-lebih lagi yang berasingan jantina lebih terdedah kepada perasaan tersebut kerana secara rutin mereka berhadapan dengan rakan-rakan daripada jantina yang sama.

Protes tidak dilayan Peniaga "serang" rumah terbuka Aidilfitri DAP negeri

Gambar hiasan
GEORGETOWN 5 Sept. - Seramai 20 peniaga kecil Padang Kota Lama berhimpun di hadapan perkarangan Balai Rakyat Jalan Patani, di sini malam tadi yang menjadi lokasi sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran parti DAP negeri.

Wakil peniaga M. Balakrishnan, 54, berkata perhimpunan itu adalah sebagai tanda protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa gagal membela kebajikan peniaga kecil di Padang Kota Lama.

Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila exco kerajaan negeri dikatakan enggan bertemu peniaga berkenaan untuk membincangkan masalah mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...