Translate

31/08/2012

'Janji Demokrasi' - Risalah Tukar Bendera Jalur Gemilang Diedar.

alt
PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK TEGAS

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Perhimpunan Janji Demokrasi yang sedang berlangsung malam ini turut mendapat perhatian beberapa peserta berikutan pengedaran risalah desakan agar bendera Jalur Gemilang ditukar kepada reka bentuk yang pernah direkabentuk khas dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu.

HIMPUNAN JANJI BERSIH YG KOTOR

Rakyat Malaysia dikhabarkan bahawa Sasterawan Negara Bangang Pak Samad Said bersama dengan 26 NGO akan mengadakan Himpuan Janji Bersih pada malam `countdown’ 30 Ogos di Dataran Merdeka. Objektif utamanya ialah protes tema Hari Kemerdekaan `Janji ditepati’. Salah satu sebab Himpunan demi himpunan diadakan ialah undang-undang sedia ada tidak cukup `mengerunkan’ penganjur dan peserta, pengamal undang pihak penganjur cekap berhujah diMahkamah manakala pendakwaraya kerajaan tidak berupayaan melawan dan akhirnya para Hakim yang terlalu demokratik dan idealistik serta kurang semangat menjaga keamanan. Sila layari blogspot penulis mengenai perkara ini.

PERBUATAN BIADAP DAN BODOH


Anda saksikan sendiri perangai pencacai pakatan pengikut ambiga yang bertindak liar apabila mula membakar dan memijak-mijak gambar DS Najib Tun Razak & Isteri...Adakah ini sikap manusia ?? Bagi aku pencacai ni bukan lagi manusia ataupun haiwan tapi mereka semuanya setan yang baru terlepas dari diikat semasa bulan ramadhan..

Tindakkan mereka menimbulkan kemaraahan tatkala rakyat Malaysia yang lain sedang menyambut kemerdekaan..Sesungguhnya tindakkan SETAN SETAN kuning ni telah mencemar sambutan hari kemerdekaan Malaysia tahun ini..

Jadi kepada pembaca semua anda ada otak boleh berfikir..sila nilai sendiri kelakuan mereka..Jika pakatan memerintah negara kita belum tentu aman seperti sekarang..

Sumber:medantempur

Kemerdekaan Negara Utuh Atas Teras Permuafakatan - Najib

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemerdekaan yang dicapai negara sejak 55 tahun lepas akan terus utuh atas teras permuafakatan dan kerjasama daripada semua pihak.

Perpaduan nasional yang bertunjangkan kepelbagaian akan kekal menjadi tiang seri kekuatan nasional, katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan yang ke-55 yang disiarkan di RTM di sini Khamis malam.

Najib berkata selama 55 tahun, "kita berjaya melangkau jangkaan serta telahan yang dibuat pelbagai pihak, termasuk di kalangan warganegara sendiri, dan terbukti, ramalan kononnya apa yang dimenangi bapa-bapa pengasas negara secara aman serta bijaksana tidak akan mampu dikekalkan apatah lagi ditambah baik," adalah meleset sama sekali.

"Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, kita telah berjaya membawa kebebasan dan keamanan kepada sebuah negara yang dahulunya terjajah dan terancam," kata Perdana Menteri.

30/08/2012

Utus Surat : Fathul Bari Jawab Nik Aziz

Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya memberikan empat sebab kenapa beliau menghantar surat rasmi kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dengan isu hudud.
Sila tonton jawapan Fathul Bari berkenaan kenyataan Nik Aziz dalam Sinar Harianhari ini.

TERKINI! INI DIA RUPA PEROGOL ANAK SENDIRI DARI KAUM PKR!

Suspek Rogol Anak Sendiri Sampai Bunting, Nak Saman Blogger


Bekas calon PKR dalam PRU12 lalu dan tidak dikenali oleh Fuziah Saleh, Ahli Parlimen Kuantan, akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog atau media yang menyiarkan berita tentangnya, anak perempuan berusia 14 tahun yang dirogol dan telah melahirkan seorang bayi serta perbuatan rogol sumbang mahram.
Mohd Nor Jaafar, 59 tahun, yang mempunyai 2 orang isteri dan 11 orang anak yang berusia antara 6 hingga 31 tahun, telah ditahan oleh polis bersama-sama seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun setelah anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Cheras.

Logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat - Memang Hebat

SEBANGSA, SENEGARA DAN SEJIWA ???

Haron Din Nampak Kuman Di Seberang Laut, Gajah Depan Mata Dibisukan

Walaupun telah menghampiri usia 90 tahun dan telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung tetapi Tun Dr M masih mampu menggoncang dunia politik tanahair.

Hanya dengan sebaris pepatah inggeris yang sungguh sinis digunakan beliau pada 22.Ogos.2012 membuatkan puak-puak pembangkang naik hantu dan sudah seminggu mereka membahaskan perkara itu dan membuatkan pelbagai tafsiran.

Better the devil you know than the angel you don’t.

Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali.

Zed Zaidi: Saya Bersuara Tegakkan Undang-Undang



KUALA LUMPUR, 28 OGOS 2012: Dalam kesibukan menyambut Aidilfitri, kedengaran satu cerita panas yakni pendedahan Persatuan Seniman Malaysia melalui presidennya, Zed Zaidi tentang seorang artis luar yang bekerja dan menjalani penggambaran di sini namun tidak mengikuti prosedur yang ditetapkan FINAS.

Ketika dihubungi, Zed Zaidi mempertikaikan bagaimana hal seperti ini boleh berlaku sedangkan sudah jelas ada garis panduan dan perkara yang perlu dipatuhi namun bagaimana hal seperti ini tidak diberi perhatian kerana ia telah melanggar undang-undang.

"Saya sudah menjalankan tugas sebagai presiden di mana saya harus suarakan perkara ini. Saya tidak ada masalah jika ada artis dari luar mahu berlakon atau mencari rezeki di sini tapi mereka haruslah mengikut saluran yang betul.

"Isu ini bukan isu biasa atau peribadi tetapi garis panduannya telah pun ditetapkan FINAS melalui Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) dan saya apa yang saya persoalkan adalah bagaimana perkara yang melibat undang-undang seperti ini boleh terlepas pandang begitu sahaja.

"Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA) dan dokumen kelulusan daripada Jabatan Imigresen diperlukan bagi memperakukan perkara ini. Jika benar pihak produksi ada berbuat demikian, sila kemukakan.

29/08/2012

Mursyidul Am Pas yang sombong dan ego ??

Nik Aziz kecam Harussani
Nik Aziz: Semuka, tak payah guna surat (Buang masa saje berbincang isu Hudud dengan Mursyidul yang sombong)

KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda
Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

SUARAM PERLU DIHARAMKAN SEGERA

SUARAM Dedah Sumber Pembiayaannya


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pengarah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Kua Kia Soong mendedahkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima dana dari negara asing dan individu di seluruh negara.

Beliau berkata Suaram, NGO hak asasi manusia, kini dibiayai beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di Malaysia selain sumbangan daripada individu.

Bagaimanapun, Kua yang mempertahankan mengenai isu pembiayaan itu merahsiakan jumlah yang diterima SUARAM sehingga hari ini serta penyumbang dana dan penaja utama.

Mengikut jejak bos ???

Pemimpin kanan parti pembangkang dan anak ditahan kes sumbang mahram

Gempar… memang gempar apabila kebanyakan media massa menyiarkan berita penahanan seorang lelaki dewasa yang juga  adalah pemimpin sebuah parti politik dan anak lelakinya, berikutan seorang anak perempuan lelaki terbabit yang baru berusia 15 tahun telah melahirkan bayi lelaki.

Si anak perempuan baru sahaja berusia 15 tahun, panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuhi, malangnya diusia sebegitu muda dah menjadi ibu muda tanpa suami.

28/08/2012

MAT SABU BUAT HAL LAGI....


Keluarga Tun Ghafar gesa Mat Sabu tarik balik kenyataan
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, agar menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas pejuang bangsa itu akan menuruti langkah anaknya, Tamrin Ghafar, yang menyertai PAS sekiranya beliau masih hidup.
Kenyataan itu dikeluarkan Mohamad, atau lebih dikenali dengan Mat Sabu (foto fail), ketika memberikan ceramah anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Kampung Bukit Katil, Melaka, pada 12 Ogos lalu, dan turut boleh diperolehi dalam laman blog bertajuk “Jika Tun Ghafar Umur Panjang, Dia Pun Masuk PAS”.

27/08/2012

Cukup-cukup lah HADI menipu rakyat Malaysia dan perlu bertaubat sebelum terlambat


Hadi Cuba Tipu Rakyat Tentang Sejarah Hudud PAS?


Saya fikir, hanya Mahfuz saja yang sukar untuk dibezakan sifatnya dengan keldai atau baghal, rupanya Presiden PAS, Hj Hadi Awang juga tidak terkecuali dari kategori tersebut berdasarkan kenyataannya yang terkini mengenai perlaksanaan hudud di negara ini.

Terbaru, Hadi semalam menyatakan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud mengikut acuan demokrasi yang wujud di negara ini.

Katanya PAS sudah lama cuba memperkenalkan perlaksanaan hukum hudud di dalam sistem perundangan negara melalui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Presiden PAS itu bagaimanapun tidak rasa pelik dengan tentangan dari DAP untuk melaksanakan hudud berbanding UMNO yang kononnya “menolak” perlaksanaan hukum berkenaan di dalam sistem perundangan syariah di negara ini.

26/08/2012

PEMIMPIN PAS TAKUT NAK PECAT NASARUDIN MAT ISA

AIDCNews – 25/08/12 – Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas.
“Tiada Komen,” katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP.
14 Ogos lalu, Nasharuddin Mat Isa meminta pucuk pimpinan Pas menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

DAP Bukan Parti Untuk Orang Melayu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan parti pembangkang DAP tidak mewakili semua kaum di Malaysia sebaliknya lebih mewakili bukan Melayu.
Sehubungan itu, orang Melayu yang telah menyertai parti politik itu katanya, perlu sedar mereka tidak mempunyai sebarang peranan penting dalam parti yang diterajui oleh bukan Melayu.
“Orang Melayu dalam DAP memang tiada apa -apa fungsi dan saya harap mereka sedar.
“Saya rasa mereka tidak perlu berfikir panjang atau lebih mendalam kerana hakikatnya parti DAP bukan untuk orang Melayu,” katanya.

'Malaysia negara terbaik, pemimpin utamakan keselamatan rakyat'

IPOH 24 Ogos - Pelajar Malaysia di Syria, Mohd. Syafie Ahmad Shafawi, pernah mengagumi negara itu yang bukan sahaja memiliki pemandangan cantik tetapi juga dilimpahi nikmat keamanan dan kemakmuran ekonomi.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah akibat pergolakan politik yang berlaku sehingga menyebabkan kesengsaraan rakyat apabila ribuan nyawa terkorban atau menjadi pelarian manakala ekonominya pula jatuh merudum.

Bagi Mohd. Syafie, 27, pengalaman merasai sendiri keperitan hidup ketika pergolakan di Syria menyebabkan dia kini lebih menghargai negara sendiri.

Apabila berhadapan dengan keadaan itu, katanya, dia tidak perlu berfikir panjang untuk mengakui Malaysia adalah negara terbaik baginya.

''Di sana pemandangan memang cantik tetapi tiada makna apabila mereka berperang sesama sendiri sehingga sanggup membunuh.

''Malaysia pula berlainan kerana kita mempunyai pemimpin berkaliber dan sentiasa mengambil berat serta meletakkan keselamatan rakyat di tangga teratas," katanya.

25/08/2012

Cubaan terbaru membohongi rakyat -PAS antara Rukun Islam!

BERULANGKALI  kita lihat dan dengar pengakuan atau perbualan dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu sebagai parti Islam, berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta asas juangnya adalah demi agama Islam.

Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.

Beza antara parti politik dengan agama langsung tidak terfikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".

Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...