Keluarga Tun Ghafar gesa Mat Sabu tarik balik kenyataan
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, agar menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas pejuang bangsa itu akan menuruti langkah anaknya, Tamrin Ghafar, yang menyertai PAS sekiranya beliau masih hidup.
Kenyataan itu dikeluarkan Mohamad, atau lebih dikenali dengan Mat Sabu (foto fail), ketika memberikan ceramah anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Kampung Bukit Katil, Melaka, pada 12 Ogos lalu, dan turut boleh diperolehi dalam laman blog bertajuk “Jika Tun Ghafar Umur Panjang, Dia Pun Masuk PAS”.