Translate

26/08/2012

PEMIMPIN PAS TAKUT NAK PECAT NASARUDIN MAT ISA

AIDCNews – 25/08/12 – Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas.
“Tiada Komen,” katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP.
14 Ogos lalu, Nasharuddin Mat Isa meminta pucuk pimpinan Pas menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

DAP Bukan Parti Untuk Orang Melayu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan parti pembangkang DAP tidak mewakili semua kaum di Malaysia sebaliknya lebih mewakili bukan Melayu.
Sehubungan itu, orang Melayu yang telah menyertai parti politik itu katanya, perlu sedar mereka tidak mempunyai sebarang peranan penting dalam parti yang diterajui oleh bukan Melayu.
“Orang Melayu dalam DAP memang tiada apa -apa fungsi dan saya harap mereka sedar.
“Saya rasa mereka tidak perlu berfikir panjang atau lebih mendalam kerana hakikatnya parti DAP bukan untuk orang Melayu,” katanya.

'Malaysia negara terbaik, pemimpin utamakan keselamatan rakyat'

IPOH 24 Ogos - Pelajar Malaysia di Syria, Mohd. Syafie Ahmad Shafawi, pernah mengagumi negara itu yang bukan sahaja memiliki pemandangan cantik tetapi juga dilimpahi nikmat keamanan dan kemakmuran ekonomi.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah akibat pergolakan politik yang berlaku sehingga menyebabkan kesengsaraan rakyat apabila ribuan nyawa terkorban atau menjadi pelarian manakala ekonominya pula jatuh merudum.

Bagi Mohd. Syafie, 27, pengalaman merasai sendiri keperitan hidup ketika pergolakan di Syria menyebabkan dia kini lebih menghargai negara sendiri.

Apabila berhadapan dengan keadaan itu, katanya, dia tidak perlu berfikir panjang untuk mengakui Malaysia adalah negara terbaik baginya.

''Di sana pemandangan memang cantik tetapi tiada makna apabila mereka berperang sesama sendiri sehingga sanggup membunuh.

''Malaysia pula berlainan kerana kita mempunyai pemimpin berkaliber dan sentiasa mengambil berat serta meletakkan keselamatan rakyat di tangga teratas," katanya.

25/08/2012

Cubaan terbaru membohongi rakyat -PAS antara Rukun Islam!

BERULANGKALI  kita lihat dan dengar pengakuan atau perbualan dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu sebagai parti Islam, berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta asas juangnya adalah demi agama Islam.

Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.

Beza antara parti politik dengan agama langsung tidak terfikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".

Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.

24/08/2012

Ya Allah Kau tunjukkan sesuatu kepada ANAK YANG DERHAKA


Mak Tom Kecewa Azmin Tidak Balik Beraya Lagi

AIDCNews – 21/08/12 – Seperti diduga, Azmin Ali tidak pulang menjenguk ibunya, Mak Tom Yahaya, 79 tahun pada Aidilfitri kali ini.
“Saya sangat kecewa dengan sikapnya,” kata Che Tom ketika ditemui Utusan Malaysia.
Malah, katanya, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR langsung tidak pernah balik ke rumah untuk bertanya khabar apatah lagi untuk berbuka puasa bersama keluarga sepanjang Ramadan lalu.
Ini merupakan kali kedua, Che Tom, bertemu media bagi melahirkan perasaan kecewanya dengan sikap Azmin.

Nik Aziz akan lepaskan jawatan MB dalam masa terdekat ???

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Aziz dinasihat rehat di HUSM

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  Kubang Kerian untuk berehat.

Setiausaha Akbarnya, Fadli Shari berkata, pemimpin itu tiba pada jam 2 petang tadi setelah dinasihatkan oleh doktor supaya menghabiskan cuti hujung minggu di hospital.

“Beliau tidak mengalami apa-apa masalah, sekadar berehat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu di sebelah pagi, Nik Aziz menghadiri majlis pecah tanah pembukaan Pavilion di Tunjung, dekat sini.

Nik Aziz, 81, yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1990 mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik.

Pemimpin bahlol berkokok lagi

Khalid Samad
'Tidak semua setuju laksana hudud'

SHAH ALAM – Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan bukan disebabkan penentangan Pengerusi DAP, Karpal Singh tetapi tidak mendapat persetujuan daripada semua umat Islam di negara ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad, tindakan Karpal Singh mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud di negara ini adalah hak beliau sebagai orang bukan Islam.

“Dia hanya boleh bersuara namun, tidak ada hak untuk menghalang pelaksanaan ini kerana ia melibatkan sebuah kerajaan bukannya seorang individu.

23/08/2012

Pengurus Koperasi Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Rasuah


JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuat pertuduhan ke atas seorang Pengurus Koperasi Sinarjaya Bandar Tenggara Kulai Jaya Bhd. di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah 4, Johor Bahru kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009.

Tertuduh, Azman bin Anas, 40 tahun, Pengurus Koperasi didakwa telah menerima rasuah RM2,900.00 daripada Oong Ah Lee sebagai dorongan untuk meluluskan borang permohonan mengambil permit bahan bantuan di Lot PTD 4153 Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi.

Kontraktor Dihukum 1 Hari Penjara dan Denda RM60,000.00 Kerana Menipu


KUCHING – Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini telah menjatuhkan hukuman satu hari penjara dan denda RM60,000.00 ke atas seorang kontraktor setelah mengaku bersalah dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan. Hakim turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Abdul Halik Ali, 39, Kontraktor Yusuf Enterprise pada 19 Januari 2007 dituduh menipu Pejabat Daerah Bau dan Kerajaan Malaysia dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa kerja membaiki SK Segong, Bau yang bernilai sebanyak RM30,558.00 dalam Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam 2006 telah siap untuk proses pembayaran sedangkan kerja tersebut belum siap sepenuhnya.

Kenapa DAP terlalu takut dengan filem 'Tanda Putera' ???

tandaputera
Filem-filem kenegaraan merupakan satu khazanah yang perlu terus dibangunkan kerana ia memaparkan jati diri sesebuah bangsa. Tidak seperti negara-negara lain di Asia, walaupun sebuah negara yang maju dari sudut ekonomi dan sosial, Malaysia mengalami kekurangan dalam penghasilan filem-filem bertemakan kenegaraan.

Mungkin disebabkan oleh kekurangan filem-filem patriotik, jati diri anak bangsa Malaysia semakin terhakis dan ini akan mendatangkan masalah besar kerana segala kisah perjuangan orang-orang terdahulu tidak dapat dihayati oleh generasi baru. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand, filem-filem patriotik mendapat sambutan hangat sehingga berjaya mendapat taraf “box office” di layar perak. Di Malaysia pula, filem bercorak kenegaraan dan patriotisma mungkin hanya ditonton bagi mereka yang betul-betul mencintai sejarah dan murid-murid sekolah.

22/08/2012

PAS Kelantan menderhaka dan menjatuhkan maruah Sultan Kelantan ???

Dahulu PAS suka mengatakan BN menyalahgunakan khutbah dengan propaganda. Namun begitu selalunya hanya ciri-ciri tertentu yang disebut dan bukan menuduh mana-mana pihak. Pasal mereka tahu diri bersalah maka mereka terasa.

Rakan-rakan yang pulang berhari raya di Kelantan memberitahu khutbah sembahyang Hari Raya di masjid masing-masing dipolitikkan. Yang anihnya khutbah yang diwartakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan mengkritik kerajaan PAS.

Khutbah kerajaan itu menyeru jemaah supaya menjatuhkan kerajaan yang zalim pada pilihanraya akan datang. Sebaik keluar ayat sedemikian, jemaah meluat mendengar khutbah berpolitik yang tiada tersirat tetapi hentam buta.

Anuar Reform dan Tun Faisal adalah dua durjana yang merosakkan UMNO dari dalam

Har ini aku nak cerita pasal Anuar Reform der... Sebenarnya der Anuar Reform ni dari dulu lagi semua teman-teman rapat dia tau dia ni  pandai bercakap je der... bila tiba bab kerja dia ni bebal dan pandai pusing je der... tugasan sebenar Anuar Mohd Noor ini adalah sebagai Trojan Horse der... Tak caya der? Mari der, aku Cili Padi ceritakan pasal dia ni der...

Seringkali si Anuar Anjing kurap ni bangga dengan Universiti Bangsar Utama der (Universitas imaginasi golongan khayal kaki ganja je der)... Kesemua mereka dalam group tu memang kaki ganja der... Lepas kena bal mereka pun berimiginasi der. Sampai tak tau yang mana halal dan mana haram der...

MCA setuju dengan undang-undang Islam ???

ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.

Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud.


21/08/2012

46 Pemandu Bas Ekspres Dikesan Positif Dadah Dalam Op Selamat

KOTA BAHARU, 20 Ogos (Bernama) -- Empat puluh enam pemandu bas ekspres yang diperiksa dalam Op Selamat, disahkan positif dadah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata pengesanan itu dilakukan melalui ujian saringan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 32 terminal bas yang diperiksa di seluruh negara dalam tempoh 12 Ogos hingga Jumaat lepas.

"Kami akan mendapat laporan daripada pihak AADK sebelum mengambil tindakan mengikut peraturan terhadap pemandu terbabit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.

20/08/2012

Lawan habis2an Ustaz Nasha demi bangsa, Agama dan Tanah Air


Silakan...Nasharudin sedia berdepan dengan Karpal Singh di mahkamah isu dakwaan anti Islam


Bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa tidak gentar Karpal Singh hendak bawanya ke mahkamah kerana dakwanya anti-Islam.Dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Agendadaily petang Sabtu,Ahli Parlimen Bachok itu kata beliau sedia berdepan dengan Pengerusi DAP Kebangsaan itu di mahkamah.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal Singh Jumaat hendak samannya kerana dakwanya anti-Islam.

Ahli Parlimen BUkit Gelugor itu anggap kenyataan Nasharudin bahawa beliau bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam.


Tanda Putera:Mari Nak Tunjuk Sifat Kebinatangan Lim Kit Siang

Dibawah ini adalah apa yang ditulis bapak rasis negara, Lim kit siang dihttp://m.malaysiakini.com/news/206570 sebagai mengulas isu filem Tanda Putera yang sedang digeruni DAP.

" Kata Shuhaimi, babak kontroversial rusuhan 13 Mei hanyalah 10 minit sahaja daripada tempoh 115 minit filem itu, tetapi beliau harus sedar bahawa mana-mana babak yang menggambarkan rusuhan 13 Mei dalam 10 minit ini, bukan sahaja mampu mengeruhkan baki 105 minit filem tersebut, tetapi daripada menyatukan rakyat Malaysia, ianya akan menyumbang kepada pemecahbelahan antara masyarakat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...