KOTA BAHARU, 20 Ogos (Bernama)
-- Empat puluh enam pemandu bas ekspres yang diperiksa dalam Op Selamat,
disahkan positif dadah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Datuk Solah Mat Hassan.
Beliau berkata pengesanan itu dilakukan melalui ujian saringan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 32 terminal bas yang diperiksa di seluruh negara dalam tempoh 12 Ogos hingga Jumaat lepas.
"Kami akan mendapat laporan daripada pihak AADK sebelum mengambil tindakan mengikut peraturan terhadap pemandu terbabit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.