Translate

15/08/2012

USTAZAH ABBY PERLU MENDALAMI ILMU AGAMA SEBELUM NAIK KE PENTAS BERCERAMAH


Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak. Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.

Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri. Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.

PEMIMPIN PAS TERENGGANU MEMBAHAGIKAN TANAH BERSELINDUNG ATAS NAMA SYARIKAT DAN KOPERASI ???

"Kerajaan BN membahagikan lot-lot tapak rumah dan pertanian kepada semua rakyat yang layak...ada beberapa wakil rakyat dan Exco yang diberi tanah tetapi berdasarkan peraturan dan mereka menang layak mendapat tanah. Kerajaan BN tidak menyorok pembahagian tanah kepada wakil rakyat, tetapi Pas berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi." 
- Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Satu perkara ‘bijak’ dilakukan kepimpinan PAS Terengganu yang sukar diketahui rakyat ialah berkaitan tanah yang diagihkan kepada kroni untuk mendapatkan sokongan terus peniaga, pelabur dan koperasi.

Pada ketika mereka menjerit mengatakan rakyat dahagakan tanah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim kerana tidak membahagikan tanah dengan betul, kroni PAS kaya raya dan kenyang kerana ‘bahang tanah’ (ambil tanah) berkomersil ringgi.


Rakyat Tidak Perlu Melatah Apabila Pemansuhan Ordinan Darurat atau ISA menimbulkan masalah ???

Walaupun pada Khamis 19 Julai yang lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak andaian bahawa pembebasan tahanan punca jenayah meningkat, tetapi masyarakat awam secara amnya masih khuatir akan keselamatan diri dan kediaman mereka ekoran daripada pembebasan 1,473 banduan baru-baru ini.

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu sekalipun melegakan sedikit tetapi jauh disudut hati, rakyat secara umumnya khuatir akan keselamatan diri mereka, anak-anak dan juga keluarga.

14/08/2012

Pakatan Boleh Mimpi Nak Ke Putrajaya

office-of-the-prime-minister-putrajaya-kuala-lumpur-malaysia

NAK terkencing pun ada membaca propaganda hebat puak Pakatan haram mengenai impian mereka nak ke Putrajaya.  Modus operandinya samalah macam penipuan besar Anwar 16 September 2008 dan pilihanraya negeri Sarawak 2010, propa saja lebih, tapi penyudahnya habuk pun tarak.

Apa petunjuk yang mengatakan Pakatan haram ini akan menang dan berjaya ke Putrajaya?  Sokongan cina makin tinggi ke, sokongan India sama macam 2008 ke?  Cukup ke tu?

Cubalah ke pinggir-pinggir bandar tengok berapa ramai cina boleh jumpa?  Walaupun cina ramai dalam bandar itupun belum tentu lagi warganegara Malaysia dan boleh mengundi, silap-silap amoi rumah urut yang berlambak dibawak masuk ke Malaysia terutama di negeri-negeri yang diperintah Pakatan haram.

Kafir Harbi : Mahukah Dr Maszlee Malik Berdebat Dengan Abdullah Samaah?

Tiada gunanya Dr Maszlee Malik menulis untuk membela DAP dalam lidah rasmi pembangkang iaitu Malaysiakini. Dr Maszlee Malik perlu berani berdebat tentang isu ini dengan Abdullah Samaah sendiri.

Elok kalau perdebatan itu dibuat di Sinar Harian, tempat di mana Maszlee selalu mengajak orang lain berdebat. Mahukah Sinar Harian anjur tajuk debat ini? Tentu sekali menarik untuk dikupas dengan lebih mendalam lagi. Biar rakyat menilai mana hujah terbaik untuk umat Islam di negara ini.

Sumber:anginperubahan

MB KELANTAN TIDAK TAHU RAKYATNYA TERLALU DAIF DAN MENYEDIHKAN

Kaji kemiskinan rakyat Kelantan


TUMPAT – Penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) akan mengkaji tahap kemiskinan rakyat di negeri ini bagi menentukan punca dan cara penyelesaiannya.
Satu kajian awal mendapati, daerah Tumpat merupakan antara daerah yang paling kritikal berhadapan dengan masalah kemiskinan tegar, oleh itu sebanyak 100 keluarga di sekitar daerah itu telah dikenal pasti untuk menjadi kumpulan pertama dalam projek pembasmian kemiskinan tegar.

13/08/2012

MASALAH TERBARU UNTUK ANWAR PERLU JAWAB

rpkandanwar
Dakwaan terbaru Raja Petra, apa macam Anwar?

Apa macam sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim? penulis pujaan beliau, yang pernah disifatkannya sebagai 'berani dan menyengat' Raja Petra Kamaruddin dakwa Anwar arah seorang tauke Cina bayar penyiasat persendirian P. Balasubramaniam untuk kekal bersama pembangkang dan memburuk-burukkan Perdana Menteri.

Raja Petra dalam tulis terbaru diblognya Malaysia-today.net dakwa pendedahan Balasubramaniam yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Perlembagaan PAS, Masih Lagikah Al-Quran Di Tempat Tertinggi

IMG_1445
RAMAI budak-budak yang menyokong PAS hari ini, tidak sepenuhnya memahami parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu.  Kalau depa faham, sudah tentu tidak sukar mengenalpasti begitu banyak percanggahan dengan dasar tertulis (perlembagaan) dan realiti sebenar yang sedang berlaku sekarang.

Paling nyata sudah tentulah bila bercakap tentang persekutuan PAS dan DAP (parti yang jelas menentang Islam).

Dinyatakan dalam perlembagaan PAS bahawa parti itu hanya memperjuangkan Islam dan yang Islam Islam sahaja, Al-Quran sebagai rujukan tertinggi dan sebagainya.  Tapi cuba lihat satu persatu PAS hari ini, dimana dia?  Adakah dia benar-benar buat apa yang dia catat dalam perlembagaan sendiri?

12/08/2012

RAHSIA SIAPA MAT SABU SEBENAR TERBONGKAR ???

KENALI LAH MAT SABU @ MAT SABUN DENGAN LEBIH DEKAT

Kalau korang nak dapatkan buku ni, boleh la menghubungi pengedar tunggal di talian 0134432542/ 0195059613 Warisan Syuhada.RM20 je senaskah :)

Buku ni telah membuat satu pendedahan & muhasabah kepada semua para pejuang Islam! Dan sesuai sangat kepada sesiapa yang nak mengenali Mat Sabu !!!

Psttt.. kalau korang nak tau, puak puak PAS tak senang duduk apabila buku ni keluar, dan mereka telah pun membuat bantahan supaya penulis tidak keluarkan buku Air Mata Di Bumi.. Memali ini !! Tapi demi kebaikkan bersama, buku ini tetap di keluarkan untuk anda semua pejuang Islam !!!

Sumber:jawabernam

BERSIH 4.0 JIKA TIDAK DIBENDUNG AKAN JADI SEPERTI DI MAKASSAR !!!

Protes sokong Rohingya tukar ganas

MAKASSAR, Sulawesi Selatan 11 Ogos - Satu perarakan yang dianjurkan oleh Barisan Pertahanan Islam (FPI) bagi membantah pembunuhan etnik Islam Rohingya di Myanmar, bertukar ganas apabila penunjuk perasaan bertindak menyerang dua kuil Buddha di sini, semalam.

Kumpulan penunjuk perasaan FPI itu memulakan perarakan selepas selesai solat Jumaat di Masjid Al-Markaz Al-Islami, dengan membentuk konvoi dan berarak di beberapa jalan utama di bandar ini.

11/08/2012

KERAJAAN PKR DAH JUMPA PENGGANTI AIR! SUPER BIJAK!!?

Otak bangang, menipu rakyat
Handal tak handal kerajaan selangor ni. Dalam kelam kabut menghadapi krisis air, mb khalid gagap masih mampu duduk rileks je. Rupa2nya mereka dah jumpa rumusan terbaru cara menggantikan air yang sedang gawat kat selangor ni.

PAKATAN HARAM DAH KETERLALUAN - MEREKA NAK HANCURKAN MALAYSIA

samad_dog

Terdesak Nak Menang, PR Lancar Bersih 4.0 Malam Merdeka. Pihak berkuasa perlu bersihkan pengkhianat-pengkhianat ini daripada terus biadap dan kurang ajar !!!


PUAK-puak Pakatan haram ini tidak akan berpuas hati dengan imej baik yang sedang dibina kerajaan sekarang.  Maka itu tidak hairanlah kenapa sentiasa ada usaha dibuat untuk mengganggu gugat keamanan dan kestabilan negara, atas nama nak menegakkan demokrasi dan hak bersuara (sebahagian hak asasi manusia).

Inilah halnya sekarang bila ‘Tok Janggut’ Bersih, A Samad Said mengumumkan semalam akan mengadakan demonstrasi Bersih 4.0 di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos 2012, sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-55.

Itu alasan nak buat kecohlah tu.  Sebab puak-puak ini tahu, bila buat kecoh, kepada polis dan kerajaan akan diarahkan semua kesalahan.  Padahal kalau depa tak buat kacau, polis pun boleh utamakan kerja-kerja lain.

Inilah hal sebenarnya.

10/08/2012

BN LEBIH RAMAI ISLAM DARIPADA PAKATAN HARAM ???

RAJAH GAMBAR di atas di ambil dari laman sesawang rasmi SPR. Perhatikan betul-betul. Dalam 32 parti politik di atas, hanya UMNO, PBB, BERJASA, KIMMA yang mewakili suara majoriti orang ISLAM di negara ini. Kesemuanya berada di dalam BARISAN NASIONAL. Walaupun KIMMA dan BERJASA bukan parti komponen tetapi mereka menyokong BARISAN NASIONAL. Kena ingatlah suara majoriti orang Islam yang diwakili oleh UMNO PBB KIMMA dan BERJASA nie jika dibandingkan dengan suara orang ISLAM di dalam PAKATAN BAHLOL yang ada cuma PAS sahaja, adakah logik untuk kita mengundi PAS dan PAKATAN BAHLOL?

Kitab sesat dijaja Pemuda PAS Gombak

Seorang pembaca menghantar email mendedahkan mengenai spin terbaru PAS mengatakan Syeikh Daud Fatani ada sebut dalam kitab lamanya menolak UMNO.

Kitab orang alim pun nak dipolitikkan. Dahlah tu, tak masuk akal langsung. Cuba lihat artikel ini:

Sumber: theunspinners

NIK AZIZ DAN HADI MENGIDAP PENYAKIT SAWAN HUDUD???


Hudud hanya boleh dilaksana dalam negara Islam, kata Karpal 

KUALA LUMPUR - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.

Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.

"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.

"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia  merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.

"Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.

09/08/2012

Jadi Alat Pas : Akhil Hayy Pecah Lubang

Dipetik dari mstar.com.my 

Akhil Hayy Tidak Mahu Artis ‘Berhijrah’ Jadi Mangsa Orang Politik  

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

ORANG TUA NYANYOK AKAN BUAT HAL DI MALAM KEMERDEKAAN !!

 



Perbezaan Artis Sokong Islam Dan Artis Sokong PAS

farah_ashikin
Saya tidak dapat bayangkan betapa malunya PAS apabila artis yang sudah berhijrah, Farah Asyikin, mendedahkan bahawa dia hanya tertarik dan menyokong Islam sahaja, serta tidak mahu terbabit dengan mana-mana pergerakan parti politik tanahair.

Pada satu majlis anjuran PAS baru-baru ini, Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 itu hadir di KUIZM Taman Melewar, sebuah markaz PAS terbesar di ibu negara bagi memenuhi jemputan.

Farah Asyikin hadir sebagai salah seorang jemputan di wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad, Membangun Negara Berkebajikan.

Agak menarik apabila artis berusia 33 tahun itu berani untuk hadir ke pusat “pembaptisan PAS” itu dan hatinya tetap kukuh bersama Islam.

Menurut sumber, ketika diajukan soalan “sokong apa” di majlis berkenaan, Farah Asyikin tidak berganjak dari pendiriannya untuk menegaskan bahawa dia menyokong Islam.

Manusia Biadap lidah bercabang berkokok kembali !!!

Nizar Biadap Lidah Bercabang: 'Umno hina Jalur Gemilang, bukan saya'

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.
Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.
Dipetik Harakahdaily, Nizar berkata, pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiring bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...