Translate

07/08/2012

Bershit Di Al-Azhar Hanya Berharga RM50 Dimata Pakatan Haram?


HASHIM NGAH

Agak menarik untuk mengulas mengenai seorang pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar, Muhamad Hasyim Che Ngah, yang menyesal dengan penglibatannya dengan himpunan Bershit 2.0 yang dianjurkan di Mesir pada tahun lalu.

Himpunan yang diadakan di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, itu disertai oleh beberapa pelajar Malaysia di universiti tersebut dan termasuk 9 orang pelajar yang mendapat tajaan pinjaman dari Yayasan Terengganu.

Hasyim juga tidak terkecuali telah menyertai himpunan “Ambiga” itu sehingga menyebabkan perjanjian pinjaman pengajiannya di situ telah dibatalkan oleh pihak Yayasan atas sebab melanggar kontrak kerana terlibat dengan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

Mendengar tindakan yang diambil terhadap Hasyim, PAS yang kononnya “prihatin” cepat-cepat mengambil kesempatan menyelar, mengutuk, mencaci dan memburuk-burukan Kerajaan Negeri dan Yayasan Terengganu yang kononnya “zalim” terhadap para pelajar Malaysia di Al-Azhar…

Selepas puas mengutuk UMNO/BN, barulah PAS kemudiannya berjanji kepada pelajar-pelajar itu untuk menolong mereka mencari dana bagi membantu membiayai yuran dan kos sara hidup mereka sementara menghabiskan pengajian mereka di sana.

Menariknya, khabarnya PAS telah berjaya mengumpul sebanyak puluhan ribu ringgit dari ceramah-ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara bagi membantu para pelajar tersebut.

Dan sememannya melucukan apabila ada pihak yang mendakwa bahawa Hasyim hanya menerima wang sebanyak RM50 sahaja dari puak-puak PAS..!!! RM50 sahaja? Biar betul..!

Adun Kota Alam Shah patut diajar ???



Adun Kota Alam Shah perkecil Chong Wei

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis  Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan di Sukan Olimpik London 2012, semalam.

Walaupun kesemua kenyataan pemimpin pembangkang tersebut dibuat di Twitter masing-masing bersifat peribadi tetapi secara tidak langsung menunjukkan kekesalan dengan kenyataan dibuat wakil rakyat DAP itu.

Anwar menulis di Twitternya  ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya “ulasan tidak bijak; pertahan semangat sukan!”.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mengutuk kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.

Menurutnya, beliau percaya kenyataan seperti itu dibuat kerana terlalu taksub dengan politik, maka terbawa-bawa hingga ke sukan.

“Kenyataan seperti itu tidak wajar dan tidak sepatutnya dikeluarkan kerana pada saya itulah kalau terlalu taksub pasal politik.

06/08/2012

Gambar seks: PKR siasat Azmin?

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa bercadang melakukan siasatan dalaman terhadap Timbalan Presidennya, Azmin Ali berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau pada April lalu.

Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata, siasatan dalaman itu bagaimanapun tidak dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun didesak keras Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan parti lain.

Katanya, pertelingkahan itu menyebabkan berlakunya keretakan dalam PKR yang mana wujud dua kem iaitu kem menyokong siasatan terdiri daripada penyokong Dr. Wan Azizah dan kem yang menolak siasatan terdiri daripada penyokong Anwar dan Azmin.

"Saya difahamkan siasatan dalaman PKR ini tidak direstui Anwar. Beliau tidak mahu siasatan dijalankan walaupun diasak Presiden dan pemimpin kanan parti.

KESIAN NIK AZIZ DAN HUSAM PUNGGUT DERMA LEBUHRAYA SAMPAI KAT SHAH ALAM

Tidak cukup dengan mengutip derma dari seluruh pelusuk Kelantan, Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat dan EXCO Kerajaan Negeri, Husam Musa bermusafir hingga ke Shah Alam untuk mengutip derma. Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat KBKK ini diadakan bersempena jemputan syarikat Karangkraf menjemput anak-anak Kelantan di Lembah Kelang untuk sama-sama berbuka puasa dan bertarawikh bersama Mursyidul Am PAS ini. Batu asas Lebuhraya Rakyat sudah ditegakkan. Kutip derma satu Malaysia sudah dijalankan. Cuma Rakyat Kelantan masih menantikan bila projek berkenaan akan bermula. 

Manisan Kg. Batangan, Marang Dapat Sambutan Luar Biasa Di Bulan Ramadan

MARANG, 5 Ogos (Bernama) -- Gula melaka atau lebih dikenali sebagai manisan di kalangan penduduk pantai timur merupakan antara bahan penting dalam penyediaan kuih-muih tradisional seperti ondeh-ondeh, puteri mandi dan lompat tikam.

Malah pengusaha manisan di Terengganu tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan yang meningkat pada bulan Ramadan ini daripada penjual makanan dan kuih muih untuk manisan yang dikenali sebagai "nisang" di negeri ini.

Bagi pengusaha manisan Manis Sokmo Enterprise, Mohd Khani Habsu, 47, pada bulan puasa permintaan terhadap 'nisang' meningkat berlipat ganda daripada 100 keping sehari kepada 1,500 sehingga 2,000 keping sehari.

"Jika sebelum ini, kita menggunakan 30 liter air nira kelapa dengan lima guni gula, namun pada bulan Ramadan, kita memerlukan 100 liter air nira dengan lapan guni gula untuk memenuhi permintaan," katanya kepada Bernama di sini.

05/08/2012

Bekas Teman Lelaki Terkejut Abby Abadi Sertai Politik.


KOT-KOT ADA UDANG DISEBALIK BATU .......

Aktor yang juga merupakan bekas teman lelaki Abby Abadi Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, akui terkejut apabila mendapat tahu Pelakon wanita itu  kini sudah berpolitik hingga melakukan ceramah di sana-sini.

"Memang saya terkejut sangat bila mendapat tahu hal ini. Malah, saya pun baru sahaja diberitahu tentang penglibatannya di dalam politik dan bagaimana aktifnya dia menyuarakan pendapat serta pandangannya terutama di laman sosial.

Penerbit siri animasi Upin & Ipin, Les’ Copaque Production ambil tindakan ke atas PAS ??

Tindakan PAS Guna Watak Upin & Ipin Dikesali


HAH ALAM – Penerbit siri animasi terkenal Upin & Ipin, Les’ Copaque Production kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menggunakan watak kanak-kanak itu untuk tujuan politik dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
Penasihat Undang-undang Les’ Copaque Production, Mohd Rafiezi Mohd Tahir berkata, pihaknya kini sedang mengkaji tindakan undang-undang yang akan diambil jika pihak terbabit terus menggunakan watak Upin & Ipin untuk tujuan politik.

Emas Olimpik: Azmin Kecil Hati Hadiah Makan Aiskrim?

azminaliseks7
KERJASAMA stesen TV3 dan syarikat pengeluar aiskrim Baskin Robin untuk memberi rakyat Malaysia makan aiskrim percuma jika atlet negara yang sedang bersaing di Olimpik London sekarang berjaya memenangi pingat emas, khabarnya mengecewakan Azmin.

Sebaik diumumkan di TV3 sebentar tadi, kedengaran hilai ketawa sahut menyahut di banyak rumah di sekitar kediaman penulis.  Tak tahu kenapa tapi mungkin kerana ingat aiskrim, ingat Azmin.

Penulis sendiri pun masih ketawa sehingga sekarang kerana mengenangkan dari banyak-banyak insentif yang boleh diberikan untuk meraikan pingat emas pertama negara, makan aiskrim juga yang dipilih.

Walaupun penulis yakin kerjasama antara 2 Syarikat tersebut tidak ada kena mengena dengan Azmin, tapi bual-bual mengenai perkara ini hampir mustahil dapat ditahan dari menjadi topik perbincangan hangat di kalangan rakyat.

04/08/2012

Pertuduhan Hasutan Terhadap Karpal Diteruskan



KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Karpal Singh akan terus berdepan pertuduhan mengikut Akta Hasutan selepas Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk meneruskan pertuduhan itu terhadapnya.

Karpal didakwa mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, tiga tahun lalu.

Jagdeep Singh Deo yang mewakili Karpal Singh, memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan mengemukakan surat representasi kepada Pejabat Peguam Negara bertarikh 26 Julai.

"Bagaimanapun, pihak pembelaan menerima surat dari Pejabat Peguam Negara bertarikh 26 Julai mengarahkan kami untuk meneruskan pertuduhan itu," beliau memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah, yang mendengar prosiding itu.

Pada prosiding hari ini, mahkamah juga mendengar hujah daripada Karpal Singh untuk mengetepikan pertuduhan hasutannya.

Dalam permohonannya, antara lain, Karpal Singh mahu mensapina bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Anggota Parlimen Pendang Datuk Osman Abdul, berhubung usahanya mengetepikan pertuduhan itu.

SLOGAN PAKATAN KE ARAH MURTAD ??

Walaupun Pakatan Haram ada beberapa negeri yang diperintah di Malaysia, tapi mereka tamak, mereka mahu tambahkan kuasa lagi. Mereka ingin ke Putrajaya.

Tetapi itu adalah apa yang mereka mahukan...rakyat bagaimana? Adakah mereka fikir apa yang rakyat mahukan? Itu sebab mereka takut dengan slogan JANJI DITEPATI. Sebab mereka tak boleh tunai janji kepada rakyat di negeri-negeri yang mereka perintah...jadi mereka buatlah slogan kemerdekaan yang baru iaitu Sebangsa, Senegara, Sejiwa.

Ya Allah, Selamatkan Kami...

“Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.

03/08/2012

LAPOR SEGERA KEPADA KPDNKK MENGENAI HARGA BARANGAN DAN MAKANAN

Terkejut nasi kandar RM18.50


Terkejut nasi kandar RM18.50


KULIM - Seorang pemandu bas pekerja industri terkejut apabila dikenakan bayaran RM18.50 bagi sebungkus nasi yang dibelinya dari restoran nasi kandar di sini.

Mohamad Yusri Hanafiah, 32, berkata, dia hanya membeli nasi bersama ayam goreng, dua kacang bendi dan dua ekor sotong berukuran kirakira tiga sentimeter.

Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati dengan harga dikenakan telah meminta pekerja di restoran itu mengira nasi bungkus serta lauk yang dibelinya beberapa kali.

POK NIK BUAT-BUAT DOK NAMPOK KESUSAHAN RAKYATNYA ??


RM5 sehari kayuh beca

KUALA KRAI - “Kadangkala RM5 sehari pun ada,” luah warga emas, Baharom Ali, 65, ketika ditanya pendapatan hariannya sebagai seorang daripada lima penarik beca yang masih beroperasi di bandar ini.

Baharom dari Kampung Jirat, dekat sini, berkata, pendapatan paling tinggi mampu diperolehnya selepas seharian mengayuh beca, adalah sekitar RM20 termasuk daripada pelanggan tetap.

“Paling tinggi boleh dapat RM20 hingga RM30, itu pun bila ada tambahan kerja punggah barang dan kalau tak, selalunya dapat RM5 atau RM10 sehari.

02/08/2012

Pelajar Yayasan Terengganu Kesal Sertai Bersih 2.0 Di Mesir

KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Bernama) -- "Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini."

Demikian luah Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjamannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) selepas didapati menyertai perhimpunan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lepas.

Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu yang menerima nasib itu, dan hari ini beliau menemui Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula.

"Saya sebelum ini telah diluluskan pinjaman oleh YT sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu saya telah belanja sebanyak RM170,000 untuk yuran pengajian dan sara hidup," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang datang bersama bapanya Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan pada Julai tahun lepas, tidak ada pihak lain yang tampil membantunya dalam meneruskan pengajian.

HAI GELINYA - 'SEBANGSA, SENEGARA DAN SEJIWA' - NUKILAN ORANG YANG CETEK ILMU PENGETAHUAN

Pembangkang cadangan tukar tema Hari Merdeka kepada 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'


Dalam suasana menjelang pilihanraya segalanya kena lawan,kena bantah,kena tuduh,kena perlekeh dan segala macam yang sewaktu dengannya.Maka jangan hairan kalau dengar Lynas bahaya,Felda nak bangkrap,cadangan projek terminal minyak dan gas (Rapid) di Pengerang jejas alam sekitar dan segala rancangan kerajaan buruk belaka.

Bukan setakat itu pakatan pembangkang juga halakan senapang tema Hari Merdeka 31 Ogos 'Janji Ditepati'.

Dulu hal-hal seperti ini tidak pernah berbangkit namun sekarang ini tiba-tiba jatuh sensitif sangat.

Tema Janji Ditepati didakwa tidak sesuai untuk Malaysia kerana ia sama dengan slogan BN.

Rabu pembangkang umum tema alternatif sebagai cadangan diguna kerajaaan ganti tema Janji Ditepati.

01/08/2012

MIMPI NGERI PEMIMPIN PAS MENJADI KENYATAAN ?

SALAH satu perkara menarik yang menjadi perbincangan dalam arena politik negara ialah mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Pergilah ke mana sahaja dan berbuallah dengan sesiapa sahaja, topik mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang sentiasa menjadi perhatian.
Ditubuhkan oleh sekumpulan ulama melalui perpecahan yang berlaku di dalam UMNO pada tahun 1951, perjuangan politik Pas kini semakin terarah daripada sebuah parti yang mampu berdikari kepada sebuah parti yang dilihat menjadi 'pak turut' dan sekadar 'kuda tunggangan' dalam pakatan pembangkang.
Rekod cemerlang Pas kerana memerintah Kelantan sejak tahun 1990 semakin pudar akibat perkongsian impian politik bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, sekali gus menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Walaupun suatu ketika Pas dilihat sebuah parti yang jauh lebih berwibawa berbanding PKR dan DAP namun Pas tidak mampu bertahan untuk menjadi sebuah parti yang terus berjuang sendirian bagi mencapai cita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

ABBY ABADY AKAN BERTAUBAT JIKA BN TUMBANG

Abby sekurang2nya jelaskan akan niatnya..yakni ingin mendapat tempat kembali dlm seni lakonan jika BN tumbang..mm ingatkan dah tobat. Opppss, lakonan dan seni yg berlandaskan AQ dan sunnah kabornya, ialer tu.

Cuma PAS ni masih selindung2 atas nama Islam, atas nama AQ dan sunnah..hasratnya kejap tenggelam kejap timbul..

Isu hudud pun gitu..kejap tenggelam, kejap timbul..

Betul ler lambang PAS ni adalah bulan..ada masa ianya mengambang penuh, ada masanya hilang terus, kemudian timbul sikit2 dan kemudian penuh ler balik.

Kejap Negara Islam, kejap tak ler pulak cukup pula sekadar negara berkebajikan. Kejap nak lelong Putrajaya dan sekarang ni ambil alih pulak..mmm

PAS jika menentang UMNO kerana UMNO tu parti sekular, PAS sekarang dah sekular kerana bergabung dalam PAKATAN dan PAKATAN tu adalah sekular..

Jika PAS marahkan UMNO kerana tak laksanakan hukum hudud kerana UMNO berkuasa, PAS sendiri gagal laksanakan hukum Hudud dinegeri2 yg dikuasai oleh PAKATAN dan kabornya PAKATAN ni didominan oleh PAS..heboh kat kampung tipu orang2 kampung bahwa PAS yg kuasai PAKATAN..mmm nak tipu apa yeob oiii...Ketua Pembangkang pun bukannya PAS..

HASUTAN PEMBANGKANG, ANAK DERHAKA KEPADA AYAH DAN SULTAN ???

''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."

Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.

''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat. ''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

KEDATANGAN PELANCUNG TERJEJAS

KUALA TERENGGANU, 31 Julai (Bernama)-- Akibat perselisihan faham dengan pemandu bot pelancong, seorang pelancong Eropah cedera di belakang badan akibat ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian di Pulau Perhentian, Besut, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu pemandu bot berkenaan bertindak menyerang pelancong berkenaan bersama seorang lagi rakannya.

Katanya akibat kejadian itu mangsa yang berusia 24 tahun itu cedera di belakang badan dan dihantar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

"Mangsa telah dihantar ke HUSM untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Manoharan berkata pemandu bot yang berusia 28 tahun itu telah menyerah diri kira-kira pukul 10 malam tadi.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...