Kisah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, yang suka berkata-kata tanpa menggunakan akal fikiran yang waras sememangnya telah diketahui ramai. Meskipun begitu, dia tidak pernah sedar tentang kecacatan dirinya itu dan terus-menerus melontarkan kebodohannya untuk diketawakan rakyat.
Terbaru, Mahfuz mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak “not in control”. Terkejut juga mendengar Mahfuz bercakap menggunakan bahasa Inggeris! Mungkin dia ambil kursus intensif bahasa Inggeris baru-baru ini? Itu pun “rojak”!
Mahfuz menuduh kononnya Najib tidak mampu membuat keputusan sendiri dan dibayangi oleh dua tokoh yang kononnya lebih superior iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Dia membayangkan bahawa Tun Dr. Mahathir masih lagi berkuasa sebagai Perdana Menteri dengan alasan kononnya kroni-kroni negarawan itu dikurniakan projek-projek mewah.
Selain itu, Mahfuz menyatakan bahawa kononnya Muhyiddin mahu PRU ke-13 berlangsung pada tahun ini dan bertentangan dengan kehendak Najib yang dikatakan mahu mengadakan PRU ke-13 pada tahun depan.