Translate

23/07/2012

Kepentingan Melayu didahulukan walaupun saya orang Cina



KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kepentingan orang Melayu didahulukan kerana perlembagaan negara mengatakan Melayu itu adalah Islam walaupun beliau adalah orang Cina, kata Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah.
“Pergaulan luas dengan orang-orang Melayu yang menyebabkan saya masuk Islam,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran bukunya yang bertajuk, “Masih Adakah Ketuanan Melayu” dan “Cabaran Saudara Baharu di Malaysia” di Auditorium Kementerian Pertahanan (Mindef) pagi ini.
“Dalam perlembagaan Melayu itu adalah Islam.
“Sebab itu saya mementingkan Melayu walaupun saya adalah orang Cina,” kata Dr Ridhuan Tee, yang terkenal kerana kelantangannya mengkritik parti pembangkang.
Ini adalah faktor mengapa beliau mempertahankan Melayu lebih dari orang Melayu sendiri, kata Dr Ridhuan Tee dalam ucapannya lagi.

Tidak guna artis sertai Pakatan Rakyat jika hanya mahu berceramah



KUALA LUMPUR, 21 Julai — Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.
Menurut Zunar lagi, yang menjadikan keadaan lebih parah adalah apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman.
“Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah,” kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
“Fenomena ini (kemasukkan artis beramai-ramai menyertai PR) sudah berlaku beberapa bulan, apabila berada dipentas PR, mereka berceramah, kadangkala berceramah ugama lagi.
Kartunis yang aktif dengan parti pembangkang semenjak tahun 1998 itu merasakan tidak wajar fenomena artis berceramah ini diteruskan kerana menurutnya artis perlu terus berkarya dan hasilkan karya-karya yang kritikal kepada Barisan Nasional (BN) kerana ini lebih membantu PR daripada selama-lamanya berceramah.

BAGI BETIS NAK PEHA ??



TR1M: Ada Usaha Untuk Sabotaj Usaha Kerajaan


TR1MAKERAJAAN, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berniat baik untuk membantu pemandu teksi dengan mengumumkan pemberian baucer pembelian tayar bernilai RM 520 dibawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1M) kepada pemilik teksi di seluruh negara.

Sedangkan kalau ikut pemerhatian penulis, majoriti pemandu teksi (terutama di Lembah Kelang) adalah terdiri dari mereka yang anti kerajaan.  Mereka ini tidak segan silu kutuk kerajaan tanpa memikir penumpang yang naik tu bersetuju dengan depa atau tidak.

Ada juga yang pasang kaset ceramah pembangkang, macamlah kita suka sangat nak dengar.  Malah,  kalau semua masih ingat, peserta Bersih 2.0 yang meninggal sakit jantung tahun sudah pun pemandu teksi juga.
Tapi dah kerajaan dan Datuk Najib nak tolong, takpelah, kita alu-alukan (walaupun rasa tak patut).

Cuma tak sedapnya, kebelakangan ini kelihatan ada usaha untuk sabotaj usaha murni kerajaan itu dengan terbangkitnya beberapa isu yang sebenarnya bukan isu pun bila bercakap tentang kos samping dalam soal penukaran tayar.
Yang dijanji kerajaan ialah subsidi untuk 4 biji tayar, kos sampingan seperti alignment dan sebagainya itu pemandu teksi kena tanggung sendiri sajalah, berapa sangat pun untuk 4 biji tu.  Tukar tayar memang kena buat alignmentlah, itu semua orang pun tahu.

KETOKOHAN YANG BIADAP DAN KURANG AJAR


Pra-Ramadhan: Nik Abduh Tuduh UMNO Sembah Syaitan?


Di saat umat Islam di Malaysia sedang di dalam “mood” mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz cuba mencipta kekecohan apabila menghasut rakyat Malaysia untuk menyerang dan merampas kuasa kerajaan di Putrajaya.

Nik Abduh yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS di dalam ceramahnya di salah satu siri Himpunan “katak” Hijau PAS Ke Putrajaya baru-baru ini mendakwa Allah telah memilih para penyokong PAS untuk merampas kuasa yang kini dimiliki BN.

Agak keras kenyataannya apabila menyatakan lagi bahawa mereka-mereka yang berbaju hijau (PAS) menyembah Allah manakala mereka-mereka yang memakai baju biru (BN) pula menyembah syaitan laknatullah.

Saya tertanya-tanya, fatwa atau ajaran siapakah yang Nik Abduh bawa sehingga dia tergamak berkata demikian?

Pada pandangan saya, sekiranya ada mana-mana individu atau pemimpin dari UMNO/BN yang berkata demikian di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram seperti di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, sudah tentu dia akan dituduh sebagai pelampau.

Malah secara ekstrimnya, adalah tidak mustahil untuk PAS menjadikan insiden itu sebagai isu dan mendesak agar pihak Kementerian Dalam Negeri menahan individu berkenaan atas dakwaan di bawah akta hasutan membabitkan soal keselamatan dalam negeri.

TUJUAN MASUK POLITIK TERUNGKAI



ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam."Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu."Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara."Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua.

Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang,Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut," katanya. 

22/07/2012

Salahuddin Ayub memang kaki pembohong dan putar alam

ningbaizura-pas513
Ning Baizura hentam PAS....Sharifah Aini terkejut.

Kantoi habis... pembohongan PAS selama ini mengenai sokongan artis-artis hendak sertai parti itu, siap berani sebut nama lagi terbongkar.Ini berikutan tersebarnya tweet 'amukan' penyanyi terkenal NING BAIZURA balun PAS.Beliau  'angin satu badan' berikutan dakwaan kononnya merupakan sebahagian artis yang berkenaan.

Serentak dengan itu, Ning Baizura turut memberitahu bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.

Menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata "PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!," tulisnya pagi Rabu.

PAS Tidak Bersekongkol Tetapi Cuma Bekerjasama Dengan DAP – Nasrudin Tantawi Bahalol ??



Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkenaan hubungan PAS dengan DAP yang mana beliau menegaskan bahawa Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi.  Tetapi, beliau mengakui bahawa PAS bekerjasama dengan DAP kerana politik.

Kita faham bahawa Nasrudin bercakap atas kapasiti beliau sebagai ahli politik dan bukannya agamawan dan kerana itu beliau merasa selesa bermain dengan kata-kata tanpa menghiraukan maknanya.  Dengan menggunakan perkataan ‘bekerjasama’ dan bukan ‘bersekongkol’, maka Nasrudin menyangka yang PAS akan terlepas dari dikaitkan dengan agenda DAP.

Perkataan-perkataan seperti bersekongkol, berkomplot, berkonspirasi sebenarnya membawa kepada perlaksanaan yang serupa dengan bekerjasama.

Beza kedua-dua perkataan ini hanyalah dari segi ‘niat’ di mana ‘sekongkol’ merujuk kepada satu pakatan yang berniat jahat dan ‘kerjasama’ pula merujuk kepada satu-satu pakatan secara umum.

UFB - Isu Hudud - Karpal & Tantawi Main Cakpong Cakpong


HAI TANTAWI JANGAN CAKAP PUTARBELIT MACAM KARPAL SINGH??

21/07/2012

Letupan bom di pekan Golok

RANTAU PANJANG – Rakyat negara ini yang ke pekan Golok, selatan Thailand pagi semalam untuk membeli keperluan sempena Ramadan dikejutkan dengan letupan bom berhampiran Hotel Genting.

Kebanyakan mereka terdiri daripada peniaga makanan ringan dari seluruh daerah yang tertumpu ke selatan Thailand itu berikutan harga ditawarkan agak murah.

Bagaimanapun letupan sekitar jam 7 pagi waktu tempatan itu tidak menggugat urusan jual beli memandangkan kebanyakan mereka tertumpu ke pasar pagi untuk membeli keperluan di sana.
 
Seorang pengunjung dikenali sebagai Ti, 40-an, berkata, kejadian berlaku berhampiran kedai elektrik berdekatan tempat letak kereta.

Menurutnya, ketika melalui kawasan berkenaan, pihak berkuasa tempatan sedang menyelamatkan penghuni hotel berkenaan.

“Sejam selepas kejadian saya melalui kawasan berkenaan untuk ke pasar pagi, tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan sedang menyelamatkan penghuni di hotel berkenaan.

“Walaupun berlaku pengeboman di pekan Golok, tetapi urus niaga berjalan seperti biasa cuma orang ramai perlu mengelak ke kawasan kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tinjauan Sinar Harian di pintu masuk ke pekan itu mendapati orang ramai tetap berkunjung ke negara jiran.

Sinar Harian difahamkan, menjelang Ramadan, barangan dijual di Golok meningkat mendadak pada hari pertama umat Islam di negara itu menjalani ibadah puasa.

PAS, Parti Sahabat Syaitan


Pemimpin parti PAS yang telah lama kehilangan punca dan arah pasti mempunyai kulit muka yang setebal dinding penebat radio aktif nuclear kerana tidak lut dengan panggilan ‘anjing DAP’ atau ‘barua DAP’. Panggilan-panggilan ini bukannya sengaja dibuat-buat atau diada-adakan sebagai modal perang psikoloji politik, tetapi kerana kebaculan PAS sudah terbukti jelas di depan mata.

Bukan sekali, atau dua kali PAS membuktikan yang mereka hanyalah anjing atau barua DAP tetapi berkali-kali. PAS tunduk akur kepada DAP dalam segala isu tanpa mengira isu dunia, isu prinsip dan hala tuju mahupun isu hokum hakam Allah S.W.T. Yang terbaru ialah isu penutupan pusat hiburan dibulan Puasa di mana PAS sekali lagi sujud dan tidak mampu bertegas dengan DAP walaupuin  sebewlum ini lantang mencerca UMNO mengenai perkara yang sama.

20/07/2012

Tun Abdullah ambil tindakan Saman kepada Penganjur Perhimpunan OREN ???


KEPALA BATAS - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan tindakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan 'Oren' kerana menggunakan gambar beliau pada poster perhimpunan berkenaan.

Abdullah berkata tindakan kumpulan itu menjatuhkan dan memburukkan imejnya sebagai bekas Perdana Menteri.

"Saya rasa tidak seronok langsung bila mereka (penganjur perhimpunan oren) guna nama dan gambar saya dalam poster, sedangkan saya tiada kaitan langsung dengan perhimpunan itu.

"Sepatutnya mereka tidak boleh buat macam itu dan jangan ambil kesempatan.

Saya sangat kecewa dengan tindakan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini, hari ini.

SAH !! NIK AZIZ TAK BERTANDING DI PRU KE 13 KERANA PENGUNDI PAS MASUK UMNO ???

alt

Penduduk Masuk UMNO, Nik Aziz Koma??


KOTA BHARU, 19 Julai - Pulau Melaka kawasan kediaman Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong, Pulau Melaka.

Sumber: klpos

JI Dan Bekas Komunis Dikesan Resapi Parti Politik Pembangkang, Cuba Jadi Calon P/Raya


JANGAN INGAT PDRM BODOH ???


KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.

"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen Khamis.

Lima terkorban Kancil- lori bertembung

KEADAAN mangsa di dalam kereta Kancil yang bertembung dengan lori simen di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei berhampiran San Raba, Sarawak semalam.
SRI AMAN - Seorang bayi antara lima yang maut setelah sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki tujuh sekeluarga bertembung dengan sebuah lori simen di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei berhampiran San Raba di sini semalam.
Bayi berusia setahun yang terkorban dalam kemalangan pada pukul 9.05 pagi itu ialah Noraini Bagio, anak kepada Salbiah Minggat, 19, yang cedera parah dalam kemalangan tersebut.
Empat lagi mangsa lain yang maut ialah pemandu kereta, Rachael Anak Nyaring, 22; isterinya, Santi Minggat, 19; Jamilah Minggat, 24, dan Jamaah Ali, 42.
Santi dan Salbiah merupakan adik-beradik kembar. Jamilah merupakan kakak kepadan adik-beradik kembar itu.
Kelima-lima mangsa malang itu mati di tempat kejadian.

19/07/2012

Hadiahkan Najib dengan kemenangan besar dalam PRU ke13



Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan rakyat Malaysia beruntung kerana mempunyai Perdana Menteri berwawasan seperti Dato Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata “kita juga beruntung kerana Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak.”

Justeru beliau mahu ahli-ahli UMNO bersatu padu dan bekerja keras bagi menjamin kemenangan besar BN dalam PRU ke13 yang akan datang.

“Marilah kita hadiahkan kemenangan besar buat Perdana Menteri,” ujarnya disambut tepukkan bergemuruh.

Beliau bagaimanapun mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa “jika kita bergaduh, tikam sesama sendiri, macam dulu . . .tunggulah.”

Peringatan Zahid yang juga Menteri Pertahanan dibuat sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Sungai Siput dan jentera pilihanraya BN parlimen itu di Sungai Siput Ahad.

Zahid berkata Najib telah membawa perubahan atau transformasi dengan melaksanakan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuklah PTP atau Political Transformation Program.

NIK ABDUH BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA PRU KE 13

Allah Mahukan Pas Merampas Kuasa Ke Putrajaya - Anak Nik Aziz



"Allah mengarahkan kita ke Putrajaya" jerit anak Nik Aziz, Nik Abduh.


Kalau Nabi Muhammad SAW pun Nik Abduh gunakan sebagai dalil untuk tutup kegagalan bapaknya memerintah, apalah sangat kenyataannya dalam video tersebut.

KESELAMATAN SELATAN THAILAND SEMAKIN PARAH !!!

2

3 terbunuh, 6 parah serangan di kem tentera Narathiwat


BANGKOK: Tiga orang termasuk seorang anggota tentera, terbunuh manakala enam lagi parah selepas 30 lelaki bersenjata yang memakai pakaian seragam tentera dilengkapi jaket kalis peluru, menyerang sebuah kem tentera di Ruesor, Narathiwat, semalam. 

Ketua polis Reusor, Kolonel Dulyaman Yaena, berkata penyerang yang bersenjatakan M16, AK47 dan M79 melakukan serang hendap di Platun ke-3 Senjata Ringan dari Pasukan Petugas Kompeni Infantri ke-15123 kira-kira jam 6.50 petang.

Rajesh Kanna meninggal dunia akibat kanser

Rajesh Khanna
NEW DELHI: Bintang filem bollywood, Rajesh Khanna meninggal dunia di Mumbai. 

Beliau berumur 69 tahun. Media India melaporkan beliau meninggal akibat kanser. 

Rajesh Khanna yang berkahwin dengan heroin filem Bobby, Dimple Kapadia berlakon dalam lebih 160 buah filem termasuk yang terkenal Kati Patang, Aaradhana, Andaz, Haathi Mere Saathi dan Amar Prem. 

Khanna dan bekas isterinya Dimple mempunyai dua orang anak perempuan Twinkle Khanna yang berkahwin dengan aktor Akshay Kumar dan Rinke Khanna yang berkahwin dengan ahli perniagaan Sameer Saran. 

Badan Penyiaran British (BBC) turut menghasilkan filem mengenai beliau bertajuk Bombay Superstar pada 1974. 

Sebuah buku teks Universiti Bombay turut mengandungi esei mengenai beliau bertajuk The Charisma of Rajesh Khanna. - BERNAMA 

18/07/2012

Isu air bersih: Rakyat perlu tukar kerajaan (Kelantan Dan Selangor)


TUMPAT - Isu air bersih yang gagal diselesaikan kerajaan Pas, terus diperjuangkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turun padang segenap pelosok kampung menuntut air bersih.

Naib Presiden MTRK Kelantan, Ab Kadir Ya’acub berkata, menjadi tanggungjawab MTRK memperjuangkan hak rakyat Kelantan ini kerana kerajaan Pas tidak berjaya menyelesaikan masalah air bersih tersebut.

“Rakyat Kelantan bukan sahaja perlu tukar paip air tetapi perlu tukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke–13 (PRU13) nanti,” katanya.

Ab Kadir yang juga Ketua MTRK Kawasan Tumpat, berkata demikian sempena sukan rakyat MTRK Tumpat di Pangkalan Kerepok di Kampung Laut, kelmarin.

Ab Kadir berkata, isu air ini akan terus diperjuangkan MTRK dan akan ke banyak tempat lagi untuk memperjelaskan kepada rakyat Kelantan mengenai kegagalan kerajaan Pas bekalkan air bersih.

Sempena sukan rakyat itu, Ab Kadir berkata, ia diadakan untuk menghidupkan semula budaya Melayu seperti dikir barat, silat dan perlumbaan perahu kepada generasi muda sekarang ini.

“Dalam masa yang sama juga, sebagai hiburan kepada Ahli Jawatankuasa MTRK yang penat bekerja memperjuangkan isu air di Kelantan,” katanya.

Perasmian penutup disempurnakan Ab Kadir yang dimeriahkan dengan persembahan dikir barat.

Turut diadakan pertandingan boling padang, tiup belon, persembahan tomoi, dan pelbagai acara lagi.

PAKATAN HARAM BERSEKONGKOL DENGAN KEGIATAN HARAM DI PUCHONG ???

Bandar Puchong mirip Hatyai

SEORANG wanita sedang menunggu pelanggan di lorong belakang sebuah pusat hiburan di bandar Puchong, Selangor.


KUALA LUMPUR - Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.
Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.
Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.
Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.
Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.

17/07/2012

Tidak minum ais rahsia umur cecah 100 tahun


Tidak minum ais rahsia umur cecah 100 tahun

PENDANG - Walaupun berusia 100 tahun, namun Che Ah Bakar dari Kampung Alor Mengkuang dekat sini, tidak menghidap sebarang penyakit dan masih mampu bertutur dengan baik serta bergurau senda dengan sesiapa yang menemuinya berbeza  dengan rakan dan warga emas lain apabila meningkat usia.

Che Ah mengakui dia tidak menghidap apa-apa penyakit sejak usia muda, walaupun ketika usia itu dia bekerja kuat sebagai petani, namun dirinya tidak pernah rasa sakit di usia emas malah dirinya semakin kuat.

Che Ah ketika ditemui di rumahnya mengakui rahsia dia kekal sihat adalah kemungkinan dia tidak minum apa-apa minuman sejuk atau berais memandangkan dirinya tidak serasi dengan minuman air itu melainkan minuman panas sahaja.

“Saya hanya minum air kopi panas dan minuman lain yang panas sahaja sejak kanak-kanak dan sering makan ulam-ulaman ketika muda.

“Saya bersyukur kerana ALLAH SWT memanjangkan usia saya sehingga kini, walaupun terdapat seorang ahli keluarga saya dahulunya pernah berusia sehingga 105 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia mampu berpuasa penuh setiap Ramadan dan tidak mengalami sebarang penyakit ketika menjalani ibadah puasa seperti golongan muda yang lain.

TUJUH MUSLIHAT PAKATAN HARAM UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN ???

pr513
Politik adalah seni pengurusan angka, persepsi dan permainan propaganda. Dalam mana-mana parti di seluruh dunia atau peringkat antarabangsa, mereka mempunyai strategi tertentu dalam konteks untuk mempengaruhi sikap, pendirian, pemikiran rakyat yang mereka dampingi.

Dalam konteks meneroka 'strategi' parti-parti pembangkang di negara ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan berterus-terang mengenai politik semasa tanah air.

"Dalam konteks memahami strategi parti pembangkang di Malaysia, kita tak boleh mengasingkan strategi parti dengan strategi individu tertentu khususnya Anwar Ibrahim.

Gadis Mesir jadi mangsa sindiket 'nikah kontrak' mungkin berlaku di Malaysia ???


Gambar hiasan
Pelancong kaya dari negara-negara Arab sanggup mengeluarkan belanja besar supaya dapat berkahwin sementara dengan gadis remaja Mesir ketika cuti musim panas, lapor Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Menurut kajian Pemerdagangan Orang diterbitkan jabatan itu, ‘pernikahan kontrak’ itu tidak terikat dengan undang-undang dan ia berakhir apabila lelaki terbabit kembali ke negara mereka di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait.

Pelancong kaya didapati membayar ‘mas kahwin’ bernilai antara RM1,587 hingga RM15,875kepada keluarga miskin melalui orang tengah.

Pengantin perempuan - sesetengahnya berusia bawah 18 tahun - dijadikan pemuas nafsu dan dipaksa berkhidmat untuk pelancong terbabit.

Undang-undang Mesir menetapkan, tiada wanita negara itu dibenarkan berkahwin dengan lelaki yang mempunyai beza usia 10 tahun daripada mereka.

Bagaimanapun, ramai ibu bapa dan orang tengah mengetepikan peraturan berkenaan. Untuk membolehkan pernikahan dilangsungkan, pihak terbabit memalsukan sijil kelahiran - sama ada untuk menambah usia bakal pengantin perempuan atau ‘memudakan’ bakal pengantin lelaki.


Jangan tertipu maklumat di internet

Dalam dunia kemajuan teknologi maklumat semua pihak terutama pelajar lepasan kolej diseru agar lebih berhati-hati menilai maklumat yang mereka perolehi melalui internet samada ianya benar atau tidak benar.

Pengerusi Kolej Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan para graduan tidak seharusnya tertipu dengan maklumat yang tidak benar serta mengelirukan dalam dunia internet.

Syed Ali berkata demikian ketika berucap di majlis Konvokesyen Kolej YPC di Cheras, pada Ahad dimana 111 orang pelajar menerima diploma sempena majlis tersebut.

Kata Syed Ali, “kejayaan yang telah dicapai pada hari ini adalah merupakan langkah awal kepada perjalanan yang lebih penting. Saya amat berharap para pelajar akan mengambil inisiatif untuk menilai apa juga informasi yang kita lihat dalam internet.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...