Translate

19/07/2012

Hadiahkan Najib dengan kemenangan besar dalam PRU ke13



Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan rakyat Malaysia beruntung kerana mempunyai Perdana Menteri berwawasan seperti Dato Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata “kita juga beruntung kerana Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak.”

Justeru beliau mahu ahli-ahli UMNO bersatu padu dan bekerja keras bagi menjamin kemenangan besar BN dalam PRU ke13 yang akan datang.

“Marilah kita hadiahkan kemenangan besar buat Perdana Menteri,” ujarnya disambut tepukkan bergemuruh.

Beliau bagaimanapun mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa “jika kita bergaduh, tikam sesama sendiri, macam dulu . . .tunggulah.”

Peringatan Zahid yang juga Menteri Pertahanan dibuat sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Sungai Siput dan jentera pilihanraya BN parlimen itu di Sungai Siput Ahad.

Zahid berkata Najib telah membawa perubahan atau transformasi dengan melaksanakan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuklah PTP atau Political Transformation Program.

NIK ABDUH BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA PRU KE 13

Allah Mahukan Pas Merampas Kuasa Ke Putrajaya - Anak Nik Aziz



"Allah mengarahkan kita ke Putrajaya" jerit anak Nik Aziz, Nik Abduh.


Kalau Nabi Muhammad SAW pun Nik Abduh gunakan sebagai dalil untuk tutup kegagalan bapaknya memerintah, apalah sangat kenyataannya dalam video tersebut.

KESELAMATAN SELATAN THAILAND SEMAKIN PARAH !!!

2

3 terbunuh, 6 parah serangan di kem tentera Narathiwat


BANGKOK: Tiga orang termasuk seorang anggota tentera, terbunuh manakala enam lagi parah selepas 30 lelaki bersenjata yang memakai pakaian seragam tentera dilengkapi jaket kalis peluru, menyerang sebuah kem tentera di Ruesor, Narathiwat, semalam. 

Ketua polis Reusor, Kolonel Dulyaman Yaena, berkata penyerang yang bersenjatakan M16, AK47 dan M79 melakukan serang hendap di Platun ke-3 Senjata Ringan dari Pasukan Petugas Kompeni Infantri ke-15123 kira-kira jam 6.50 petang.

Rajesh Kanna meninggal dunia akibat kanser

Rajesh Khanna
NEW DELHI: Bintang filem bollywood, Rajesh Khanna meninggal dunia di Mumbai. 

Beliau berumur 69 tahun. Media India melaporkan beliau meninggal akibat kanser. 

Rajesh Khanna yang berkahwin dengan heroin filem Bobby, Dimple Kapadia berlakon dalam lebih 160 buah filem termasuk yang terkenal Kati Patang, Aaradhana, Andaz, Haathi Mere Saathi dan Amar Prem. 

Khanna dan bekas isterinya Dimple mempunyai dua orang anak perempuan Twinkle Khanna yang berkahwin dengan aktor Akshay Kumar dan Rinke Khanna yang berkahwin dengan ahli perniagaan Sameer Saran. 

Badan Penyiaran British (BBC) turut menghasilkan filem mengenai beliau bertajuk Bombay Superstar pada 1974. 

Sebuah buku teks Universiti Bombay turut mengandungi esei mengenai beliau bertajuk The Charisma of Rajesh Khanna. - BERNAMA 

18/07/2012

Isu air bersih: Rakyat perlu tukar kerajaan (Kelantan Dan Selangor)


TUMPAT - Isu air bersih yang gagal diselesaikan kerajaan Pas, terus diperjuangkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turun padang segenap pelosok kampung menuntut air bersih.

Naib Presiden MTRK Kelantan, Ab Kadir Ya’acub berkata, menjadi tanggungjawab MTRK memperjuangkan hak rakyat Kelantan ini kerana kerajaan Pas tidak berjaya menyelesaikan masalah air bersih tersebut.

“Rakyat Kelantan bukan sahaja perlu tukar paip air tetapi perlu tukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke–13 (PRU13) nanti,” katanya.

Ab Kadir yang juga Ketua MTRK Kawasan Tumpat, berkata demikian sempena sukan rakyat MTRK Tumpat di Pangkalan Kerepok di Kampung Laut, kelmarin.

Ab Kadir berkata, isu air ini akan terus diperjuangkan MTRK dan akan ke banyak tempat lagi untuk memperjelaskan kepada rakyat Kelantan mengenai kegagalan kerajaan Pas bekalkan air bersih.

Sempena sukan rakyat itu, Ab Kadir berkata, ia diadakan untuk menghidupkan semula budaya Melayu seperti dikir barat, silat dan perlumbaan perahu kepada generasi muda sekarang ini.

“Dalam masa yang sama juga, sebagai hiburan kepada Ahli Jawatankuasa MTRK yang penat bekerja memperjuangkan isu air di Kelantan,” katanya.

Perasmian penutup disempurnakan Ab Kadir yang dimeriahkan dengan persembahan dikir barat.

Turut diadakan pertandingan boling padang, tiup belon, persembahan tomoi, dan pelbagai acara lagi.

PAKATAN HARAM BERSEKONGKOL DENGAN KEGIATAN HARAM DI PUCHONG ???

Bandar Puchong mirip Hatyai

SEORANG wanita sedang menunggu pelanggan di lorong belakang sebuah pusat hiburan di bandar Puchong, Selangor.


KUALA LUMPUR - Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.
Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.
Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.
Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.
Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.

17/07/2012

Tidak minum ais rahsia umur cecah 100 tahun


Tidak minum ais rahsia umur cecah 100 tahun

PENDANG - Walaupun berusia 100 tahun, namun Che Ah Bakar dari Kampung Alor Mengkuang dekat sini, tidak menghidap sebarang penyakit dan masih mampu bertutur dengan baik serta bergurau senda dengan sesiapa yang menemuinya berbeza  dengan rakan dan warga emas lain apabila meningkat usia.

Che Ah mengakui dia tidak menghidap apa-apa penyakit sejak usia muda, walaupun ketika usia itu dia bekerja kuat sebagai petani, namun dirinya tidak pernah rasa sakit di usia emas malah dirinya semakin kuat.

Che Ah ketika ditemui di rumahnya mengakui rahsia dia kekal sihat adalah kemungkinan dia tidak minum apa-apa minuman sejuk atau berais memandangkan dirinya tidak serasi dengan minuman air itu melainkan minuman panas sahaja.

“Saya hanya minum air kopi panas dan minuman lain yang panas sahaja sejak kanak-kanak dan sering makan ulam-ulaman ketika muda.

“Saya bersyukur kerana ALLAH SWT memanjangkan usia saya sehingga kini, walaupun terdapat seorang ahli keluarga saya dahulunya pernah berusia sehingga 105 tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia mampu berpuasa penuh setiap Ramadan dan tidak mengalami sebarang penyakit ketika menjalani ibadah puasa seperti golongan muda yang lain.

TUJUH MUSLIHAT PAKATAN HARAM UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN ???

pr513
Politik adalah seni pengurusan angka, persepsi dan permainan propaganda. Dalam mana-mana parti di seluruh dunia atau peringkat antarabangsa, mereka mempunyai strategi tertentu dalam konteks untuk mempengaruhi sikap, pendirian, pemikiran rakyat yang mereka dampingi.

Dalam konteks meneroka 'strategi' parti-parti pembangkang di negara ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan berterus-terang mengenai politik semasa tanah air.

"Dalam konteks memahami strategi parti pembangkang di Malaysia, kita tak boleh mengasingkan strategi parti dengan strategi individu tertentu khususnya Anwar Ibrahim.

Gadis Mesir jadi mangsa sindiket 'nikah kontrak' mungkin berlaku di Malaysia ???


Gambar hiasan
Pelancong kaya dari negara-negara Arab sanggup mengeluarkan belanja besar supaya dapat berkahwin sementara dengan gadis remaja Mesir ketika cuti musim panas, lapor Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Menurut kajian Pemerdagangan Orang diterbitkan jabatan itu, ‘pernikahan kontrak’ itu tidak terikat dengan undang-undang dan ia berakhir apabila lelaki terbabit kembali ke negara mereka di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait.

Pelancong kaya didapati membayar ‘mas kahwin’ bernilai antara RM1,587 hingga RM15,875kepada keluarga miskin melalui orang tengah.

Pengantin perempuan - sesetengahnya berusia bawah 18 tahun - dijadikan pemuas nafsu dan dipaksa berkhidmat untuk pelancong terbabit.

Undang-undang Mesir menetapkan, tiada wanita negara itu dibenarkan berkahwin dengan lelaki yang mempunyai beza usia 10 tahun daripada mereka.

Bagaimanapun, ramai ibu bapa dan orang tengah mengetepikan peraturan berkenaan. Untuk membolehkan pernikahan dilangsungkan, pihak terbabit memalsukan sijil kelahiran - sama ada untuk menambah usia bakal pengantin perempuan atau ‘memudakan’ bakal pengantin lelaki.


Jangan tertipu maklumat di internet

Dalam dunia kemajuan teknologi maklumat semua pihak terutama pelajar lepasan kolej diseru agar lebih berhati-hati menilai maklumat yang mereka perolehi melalui internet samada ianya benar atau tidak benar.

Pengerusi Kolej Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan para graduan tidak seharusnya tertipu dengan maklumat yang tidak benar serta mengelirukan dalam dunia internet.

Syed Ali berkata demikian ketika berucap di majlis Konvokesyen Kolej YPC di Cheras, pada Ahad dimana 111 orang pelajar menerima diploma sempena majlis tersebut.

Kata Syed Ali, “kejayaan yang telah dicapai pada hari ini adalah merupakan langkah awal kepada perjalanan yang lebih penting. Saya amat berharap para pelajar akan mengambil inisiatif untuk menilai apa juga informasi yang kita lihat dalam internet.”

16/07/2012

Mat Rempit PAS menyerang PUTRAJAYA ???


Polis tetap bertindak


PUTRAJAYA: Polis akan mengeluarkan saman terhadap penyokong Pas yang didapati melakukan kesalahan jalan raya termasuk melanggar lampu isyarat dan menghalang lalu lintas ketika menyertai Himpunan Hijau di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, semalam.


Difahamkan, 500 penyokong Pas dari sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor berarak dengan motosikal dan kereta bermula dari Taman Seri Empangan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.



PARTI PAS AKAN DIJENAMAKAN SEMULA KEPADA 'PARTI ANAK SENI'



ARTIS-ARTIS YANG TIDAK MENDAPAT PERHATIAN PEMINAT ATAU HENDAK GLAMOUR CEPAT, SEGERALAH MENDAFTAR MENJADI AHLI PAS (PARTI ANAK SENI) SEGERA !!!

Sertai Pas, azam baru pelakon Adam HamidKUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni. "Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.

"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Ustazah Aishah
Ustaz Bob

Ustazah Abby
Ustaz Hairie
berita selanjutnya baca disini hebat.....KLIK SEGERA

INILAH DIA PERJUANGAN PARTI AJARAN SESAT ???

oren6-leadxx
Himpunan Oren: Bila ahli PAS tiba-tiba jadi ‘peneroka’ Felda ?? 

Sejak kebelakangan ini, perjuangan PAS telah jauh menyimpang daripada apa yang diperjuangkan oleh Allahyarham Dato Fadzil Noor. Apa kena mengenai dengan Felda, kalau difikirkan oleh manusia yang berfikiran waras. Ini menunjukkan mereka semua ini bukannya manusia, tetapi 'SYAITAN' yang bertopengkan manusia. Hatinya terlalu busuk seperti 'Bangsa YAHUDI'


Mungkin kalau ditanya peneroka, ramai antaranya sudah bosan dengan taktik pembangkang terutama PAS yang berterusan memburukkan mereka serta Felda.Pasti mereka juga hairan kenapa Pengerusi Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman terus ‘sawan’ dengan menghentam Felda terutama langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) baru-baru ini.

INILAH DIA ORANG TUA TAK SEDAR DIRI

Sudah kaya mahu kaya lagi, ini lah pemimpin yang belum puas dalam hidupnya, kini bediri di pentas Pakatan Rakyat memesongkan orang Melayu. Semasa memegang jawatan Menteri Penerangan dulu mungkin banyak tanah-tanah yang masih belum ditukar nama, termasuk tanah-tanah dibeberapa buah Pulau di sekeliling semenanjung Malaysia.

Dulu kaut kekayaan dalam kerajaan lepas tu kata kerajaan pulak tak betul... la ni sekarang nak kaya lagi sampai nak bawak ke lubang kubur. Bukan nak menghina, tapi patut diperkatakan sesuatu 'hitam kulit, dalam perut pun hitam legam. Jenis manusia tak kenang budi.


15/07/2012

POK NIK AJIS EDAR TV PAS KE PERKAMPONGAN ORANG ASLI ???


Orang Asli Pedalaman Gua Musang Kini Boleh Tonton Siaran TV Lebih Jelas.


GUA MUSANG, 14 Julai (Bernama) -- Masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman di Parlimen Gua Musang, kini berpeluang menyaksikan siaran televisyen yang jelas secara percuma melalui kemudahan Astro.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Astro menyumbang 405 unit televisyen dan decorder untuk dipasang di rumah dan pusat tumpuan masyarakat itu seperti di balai raya yang membolehkan mereka menonton siaran melalui 18 saluran.

Pemasangan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberi kepada rumah dan balai raya yang mempunyai bekalan elektrik yang diperoleh melalui sistem tenaga solar dan generator yang disediakan kerajaan persekutuan.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah merasmikan majlis agihan televisyen dan decoder itu kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, kira-kira 90 km dari sini.

Bercakap kepada pemberita, Tengku Razaleigh berkata kemudahan itu akan membolehkan masyarakat Orang Asli di sini mendapat maklumat dan penerangan yang lebih jelas mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan.

-- BERNAMA

MAT SABUN DAN NIZAR SAH JADI KELUARGA FELDA ???



Himpunan Oren: Peneroka FELDA buat laporan polis.

Pengurusan FELDA dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) FELDA dari lapan tanah rancangan FELDA Wilayah Jengka hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Oren yang dijadual Sabtu ini.

GSF: Himpunan Oren meskipun hanya dihadiri 4,000 pesertaLaporan polis oleh lapan tanah rancangan berkenaan diwakili Pengurus FELDA Sungai Tekam, Yunus Husin, dibuat di Balai Polis Jerantut hari ini bertujuan meminta pihak berkuasa mencegah pihak terbabit daripada meneruskan demonstrasi haram tersebut.

Bernama melaporkan, Yunus berkata, Perhimpunan Oren yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) sebenarnya tidak mewakili masyarakat FELDA, sebaliknya hanya didalangi parti pembangkang.

"Bukan menjadi satu keperluan kepada masyarakat peneroka dan kakitangan FELDA untuk menyokong perhimpunan tersebut bagi membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan.

"Apa yang peneroka dan petugas FELDA peroleh hari ini tidak ada yang kurang malah pendapatan masyarakat peneroka jauh lebih baik daripada mereka yang berada di luar sana," katanya kepada pemberita di Temerloh pada Khamis.

Anak murid Nik Aziz menyerang pegawai dan anggota SPRM di Perasu, Gua Musang

Kejadian 70 samseng menyerang pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika bertugas di Perasu, Gua Musang, Kelantan dua hari lepas menggambarkan seolah-olah negeri itu tidak mempunyai undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang kecewa dengan kejadian itu berkata, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu. - BERNAMA

14/07/2012

Wan Azizah mempersoalkan mengapakah pihak SB melebihkan aktiviti mengintai Suaminya daripada mencegah aktiviti jenayah??

Satu soalan yang menjurus kepada moral suaminya yang kita semua sudah tahu dipersoalkan oleh Wan Azizah yang tak perlu dijawab oleh KDN atau PDRM. Buang masa dan melayan orang tua dah hilang akal memikir tentang kejahatan suami yang tidak ada penghujung. Hanya ajal yang akan memberhentikan segala-galanya. Insyallah.

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, mengenai polis cawangan khas (SB) yang dikatakan hanya memberikan tumpuan memantau aktiviti politik berbanding memerangi jenayah.
“Polis menjaga keamanan dan keselamatan semua dan mana-mana orang yang jaga keselamatan negara, dia perlu memantau.
“That means, pemantauan-pemantauan perlu dibuat bukan sahaja kepada penjenayah-penjenayah, termasuk juga kepada orang-orang politik yang nak merosakkan negara dan yang selalunya merosakkan negara ini orang politiklah” kata bekas KPN itu (gambar) semasa diwawancara oleh The Malaysian Insider semalam.

Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan


Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.
“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.
Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.
“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.
“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.
Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

PAKATAN HARAM JANGAN PUTARBELITKAN LAGI PENUGASAN SPR !!!



Sidang Media SPR & Demo Penggunaan Dakwat Kekal

KISAH BENAR !!! KES LIWAT II !!! RANCANGAN 'RUSUHAN 901' AKAN BERULANG KEMBALI ??? WAJIB BACA !!!

Pada 9hb Januari lepas, iaitu hari di mana keputusan kes liwat Anwar Ibrahim bakal diumumkan, Anwar telah bersedia untuk masuk penjara sementara orang-orangnya pula bersedia untuk merusuh untuk membebaskannya. Bagi memberi impak yang lebih bermakna,hari tersebut diberi nama ‘901’ iaitu simbol pembebasan seorang ‘wira’. Malah, sebuah bom juga telah diletupkan sebagai ‘memeriahkan’ lagi rusuhan yang dirancang. Rancangan Anwar ialah agar seluruh dunia menyaksikan pemenjaraannya dan seterusnya rusuhan besar-besaran sehingga akhirnya kuasa asing masuk campur lalu membebaskan dan menobatkannya sebagai hero sekali gus pemerintah Malaysia yang baru.

Namun,rancangan tersebut gagal kerana Anwar telah dibebaskan atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Bagaimanapun, kelmarin pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan yang bertujuan memohon Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat. Petisyen tersebut ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin dengan menyenaraikan sembilan alasan berupa kekhilafan Hakim iaitu Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dari segi undang-undang dan fakta dalam membuat keputusan tersebut. Petisyen tersebut juga memohon agar Anwar disabitkan dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan berdasarkan alasan-alasan berikut:

1. Hakim Mohamad Zabidin di akhir kes pendakwaan telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat DSP Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperolehi dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful. Hakim juga telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pegawai penyiasat dapat memperolehi sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperolehi dari sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap itu.

Artikel selanjutnya sila KLIK DISINI DAN BACA HINGGA SELESAI

DR HASSAN ALI GELI NAK KONGSI ISTERI

Nukilan: Zaibidi Saidi

Malam  tadi 11/07/2012 bertempat depan rumah saya di Taman Samudra, Batu Caves, Selangor Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hassan Ali berceramah menerangkan kenapa dia bergiat dalam Jati selepas dipecat dari PAS. Katanya, dia memilih JATI (Islam, Melayu, Raja) sebagai asas perjuangan Jati kerana PAS sudah tidak mahu Islam lagi. PAS juga tidak mahu Melayu lagi. PAS juga tidak mahu Raja lagi bila bersengkongkol dengan DAP yang anti Raja. Saya kenali Dr hassan Ali pada tahun 1999 selepas PAS menang di Terengganu. Ketika itu saya bertugas dengan Yayasan pembangunan Keluarga terengganu (YPK)sebuah agensi kerajaaan negeri.

Bila PAS menang, kami terpaksa bekerja dengan kerajaan PAS pula. Dr Hassan Ali ketika itu ADUN Sungai Burong dan Ketua Pembangkang di Selangor serta ahli parlimen Parit Buntar, Perak. Dia masih lagi mengendalikan syarikat motivasinya, Sabha ketika itu. Maka dengan YPK beliau cari makan. Sekali buat program YPK bayar RM8 ribu dan saya selaku Penolong Pengarah Program yang jadi pegawai pengiringnya sambut di airport dengan Volvo YPK. Sepanjang dua malam dia menjelajah setiap daerah di Terengganu setiap bulan maka sayalah pegawai pengiringnya. Maka rapatlah saya dengan dia. Setiap kali program YPK, penuh dewan. Dia memang pandai pidato. Sebab itu ramai yang nak dengar Dr Hassan Ali berceramah.

13/07/2012

PAS memang bangsat meminta SEDEKAH untuk DANA PRU13 daripada pelajar Malaysia di Kaherah ???



Assalamualaikum...

Wowww !!! Tahniah diucapkan kepada kepimpinan Presiden PAS Malaysia Tuan Guru Hj Hadi Awang kerana berjaya mengutip dana PRU13 daripada Mahasiswa Malaysia di Mesir ( kebanyakan pelajar pengajian islam) sebanyak 12.000 Egyption ( RM 6315.78) yang bertempat di Hayyu Sadis , Nars City Kaherah...Ini adalah anjuran daripada sayap politik PMRAM iaitu S.U.A.R.A yang begitu agresif sejak akhir-akhir ini membantai kerajaan... 

Sebenarnya saya tidak pelik sekiranya ramai pelajar Malaysia di Kaherah ini menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana mereka dari mula sampai lagi mereka telah di asuh untuk memberikan sentimen Anti-Kerajaan kepada pelajar baru... PMRAM lah sebenarnya yang menjadi PROXY PAS di Mesir... Mereka sangat lantang di dalam isu-isu semasa lebih-lebih lagi ianya berkait dengan isu keagamaan... Tapi bila bab-bab PAS kena musibah dema nih pandai pula sorok muka dan malu nak berkataa-kata... Seboleh2 mereka ini akan pertahankan PAS walaupun mereka di dalam landasan yang salah...

Mereka selalu memainkan isu hudud di kalangan pelajar dan memainkan isu berkenaan kerajaan ZALIM... Sebab itulah mereka ini terlalu taksub menyokong PAS sehingga sanggup melawan peraturan yang telah ditetapkan.. Mereka cuba menganggap itu adalah satu daripada perjuangan mereka.. ( bodoh  !! ) Saya nih takdelah nak taksub sangat dengan politik dan nak menyokong kerajaan persekutuan dengan membabi buta... Ada sesetengah bab saya perlu bersuara sekiranya ianya salah dari sisi agama islam... 

Tapi saya perlu mengkaji sesetengah perkara dan barulah saya akan bertindak dan bersuara... Ini baru belajar tahun 1 atau tahun 2 dah pandai nak menghukum dengan perkara yang dia tidak nampak hanya sekadar mendengar daripada pihak2 yang belum tentu ada kesahihannya... Itu takpe lagi, ini yang duduk belajar kat sini dah bertahun-tahun tak lepas pengajian di angkat pulak menjadi pemimpin dan mengajar orang2 baru... Macam mana lah tak jadi keturunan... Lepas tu bangga duduk lama kat sini ~ ~ cehhh

Tak pelah itu satu hal la dema ni na sokong pembangkang di Malaysia...

Yang masalahnya, Kenapa PAS perlu meminta SEDEKAH untuk DANA PRU13 daripada pelajar Malaysia di Kaherah ??? Ini bukan kali pertama terjadi... Tahun ini sahaja sudah dua kali perkara yang sama telah berlaku... Sebelum ini MAT SABU telah hadir di Kaherah untuk mengutip DANA PRU13 juga dan telah berjaya mengumpul sebanyak 25.000 Egyption ( RM 13.1578.95 ) ... Padahal, Pakatan Rakyat sebenarnya tidak perlu meminta DERMA daripada rakyat untuk menghadapi PRU13 kerana sumber yang kita ketahui PR telah mendapat supporter daripada pihak luar negara daripada pelbagai NGO ( badan bukan kerajaan ) Apa lagi yang tidak cukup?

bersambung dan KLIK DISINI

PAS SELANGOR PATUT LIHAT DALAM KAIN SENDIRI APA YANG ADA ???

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sepatutnya mengambil berat masalah yang timbul di Negeri Selangor, Kedah dan Kelantan bukannya di Johor !!!

Hudud sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh PAS diketiga-tiga buah negeri.

SHAH ALAM - Pas Selangor menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya Johor melaksanakan hukum hudud.

Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman berkata, sekiranya Johor mempunyai kemampuan untuk laksanakan, Pas tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu.

"Saya sokong usaha tersebut, Pas tidak mampu laksanakan di Kelantan kerana ada halangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung cadangan Adun Kemelah untuk menjadikan Johor, negeri pertama laksana hukum hudud.

Dr Rani berkata, sekiranya hukum hudud mahu dilaksanakan, rakyat perlu memahami sepenuhnya hukum terbabit, ini kerana bukan orang bukan Islam sahaja tidak memahami hukum hudud, masih ada umat Islam yang tidak memahaminya.

Katanya, hukum hudud bukan satu keutamaan bagi PR, walaupun dalam Pas, ianya jadi agenda utama.

“Kita ambil pendirian sama seperti kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa hukum hudud bukan satu keutamaan bagi PR.

“Jika kita menang Putrajaya sekalipun, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan terus, sebaliknya PR perlu utamakan proses pemahaman konsep sebenar hukum terbabit kepada kesemua rakyat di negara ini,” katanya.

3 ARTIS BAKAL CALUN PAS TERLIBAT DENGAN PROTES ISA ???

KAMUNTING - Tindakan memprotes Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih belum berhenti apabila tiga artis tempatan menyertai perhimpunan bersama penganjur Gerakan  Mansuhkan ISA (GMI) di hadapan pintu utama Kem Tahanan Kamunting (Kemta) bagi mendesak 45 tahanan dilepaskan segera.
Seramai 300 peserta termasuk tiga artis iaitu Abby Abadi, Hairi Othman dan Leman Raja Lawak mengadakan piket menentang akta yang dianggap zalim dan tidak relevan lagi.
Pelakon, Abby melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan turut mempersoalkan ke mana slogan 'Janji Ditepati' yang dicanang pihak berkenaan.
“Sehingga kini mengapa masih wujud kem tahanan sebegini dalam negara dan saya sendiri kecewa terhadap kezaliman yang dilakukan kepada tahanan,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan ini.

Ijazah palsu: Suspek dibawa ke Terengganu

Gambar hiasan

PULAU PINANG 10 Julai - Tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM) dibawa ke Terengganu semalam, berikutan laporan polis yang dibuat beberapa pembeli sijil di negeri itu.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman bagi membantu siasatan kerana individu terlibat tampil membuat laporan di sana.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sehingga kini lebih 20 individu dipercayai telah menjadi mangsa sindiket tersebut.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka dibawa ke sana bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

PERLU HENTIKAN BANTUAN KEPADA 'KELDAI DADAH' ???



Statistik 'keldai dadah' serius

KUALA LUMPUR 11 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bimbang dengan penglibatan rakyat negara ini dalam aktiviti penyeludupan dadah ke Indonesia, apabila statistik menunjukkan sekurang-kurangnya tiga 'keldai dadah' dari Malaysia diberkas di republik itu setiap minggu.

Aktiviti penyeludupan dadah ke negara jiran itu dikesan semakin berkembang sejak kebelakangan ini kerana terdapat kemudahan perkhidmatan penerbangan tambang murah antara kedua-dua negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, jumlah tangkapan itu dianggap serius kerana ia menunjukkan ramai rakyat negara ini mudah diperalatkan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk menjadi 'keldai dadah' setelah dijanjikan upah lumayan.

Katanya, PDRM mendapat maklumat daripada Biro Narkotik Indonesia terdapat sekurang-kurangnya tiga hingga empat rakyat Malaysia ditahan di negara jiran itu atas kesalahan menyeludup dadah setiap minggu.

"Laporan tersebut juga menyatakan kemudahan penerbangan tambang murah yang terdapat di negara ini merupakan antara penyumbang kepada aktiviti jenayah itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...