Hakim Zabidin didakwa terkhilaf
PIHAK pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan di Putrajaya supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful.
KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.
Katanya, ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada Mohd. Saiful.








