Translate

11/07/2012

DAP MENGENEPIKAN PAS DALAM PRU KE 13 ???


Nik Aziz: Berita DAP tanding 90 kerusi Parlimen ‘karut’

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan DAP akan bertanding 90 kerusi melebihi kerusi yang ditanding Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah tuduhan mengarut.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai percaturan kerusi sama ada Pas ataupun Pakatan Rakyat selagi mana Parlimen belum dibubarkan.

"Saya tidak mahu bercakap perkara yang karut maruk itu, sedangkan dalam Pas sendiripun saya tidak mahu membangkitkan isu tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Perjanjian Pembangunan Pusat Kitar Semula dan Kompos antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-Bri) dan SS Microbial Sdn Bhd di sini, semalam.

Jongkong emas menanti pemain emas Olimpik


KUALA LUMPUR – Jongkong emas untuk pemenang pingat emas.
Itulah ganjaran yang bakal diterima pemain badminton Malaysia yang menyumbangkan pingat emas kepada negara pada Sukan Olimpik London akan datang.
Memperkenalkan insentif itu pada sidang media di sini hari ini, Presiden Kuala Lumpur Rackets Club (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam berkata, beliau akan menyerahkan jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta itu kepada pemenang pingat emas.
"Jika terdapat lebih daripada dua pemenang pingat emas, jongkong emas itu akan dibahagikan sama rata,” katanya bahawa insentif jongkong emas itu hanya diberikan kepada pemain badminton kerana beliau meminati sukan berkenaan.
Melontarkan cabaran kepada pemain badminton negara meraih pingat emas pertama Malaysia di Olimpik, beliau berkata, tumpuan rakyat Malaysia ialah terhadap pemain badminton kerana peminat meminati sukan berkenaan.
"Saya boleh menghasilkan emas, saya percaya mereka juga boleh menghasilkan emas (pingat),” kata Kam yang memiliki lombong emas di Raub, Pahang. – BERNAMA

KARIER POLITIK ANWAR KIAN BERAKHIR DAN PENJARA SUNGAI BULOH MENUNGGU ???

Kes liwat Saiful: Pendakwa raya fail petisyen rayuan

PUTRAJAYA 10 Julai - Jabatan Peguam Negara telah memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Petisyen tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di sini pada petang semalam setelah pihak pendakwaan berpuas hati bahawa terdapat alasan munasabah untuk mengemukakan rayuan berkenaan, menurut Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md. Said. - UTUSAN

10/07/2012

LELAKI KEBAL MENYERANG PUTRAJAYA DENGAN PARANG ???

alt

Lelaki amuk di JPM dakwa dia 'Imam Mahadi'



KUALA LUMPUR 9 Julai - Lelaki bersenjatakan pedang samurai yang menyerang  Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya petang tadi dilaporkan mati.

Sebelum ini, lelaki cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri apabila anggota polis terpaksa melepaskan tembakan.

Kejadian itu berlaku apabila mereka dikatakan cuba membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya apabila menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Seorang lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju bersama pasangannya berhijab hitam masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang

09/07/2012

Mesej pada Anwar: Bela diri dulu sebelum nak tuduh orang lain - PM

najib-anwar-debatxx
Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan cuba bermain dengan sentimen simpati kononnya akan bersara dari politik jika pakatan pembangkang tewas pada pilihanraya umum ke 13 nanti,Datuk Seri Najib Tun Razak terus mempersoalkan tentang isu moralnya yang belum terjawab.
Berucap di Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Negeri Selangor di Teras Jernang,Bangi yang dibanjiri lebih 50,000 orang - tanya menyebut namanya tetapi sentuh soal jam Omega dalam isu dakwaan video seks dengan pelacur China  - Perdana Menteri mengingatkan Ketua Pembangkang itu jangan cuba menutup kelemahan dengan menuduh orabng lain. "Bela diri dulu," tegasnya.

SENJATA USTAS NUAR ALJUBURI MASIH GAGAH DAN TAJAM ???



BAYAN BARU - Senjata digunakan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin tumpul, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, Umno dan BN hanya menggunakan Buku Jingga untuk menyerang PR atas alasan pengisiannya tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Ketua Pembangkang itu menambah, tindakan Umno dan BN dianggap tumpul kerana apa yang dikatakan PR sudah dilaksanakan dan separuhnya akan diteruskan setelah PR menawan Putrajaya pada PRU13.

“Umno dan BN kini ketandusan idea untuk menyerang setelah pimpinan PR berjaya memerintah negeri dengan cekap dan baik selain membela nasib penduduk dan kebajikan rakyat,” kata beliau ketika berucap pada Konvensyen PKR Menjelang PRU13 di Sunshine Square, Bayan Baru, hari ini.


Hilang sudahkah ajaran ‘tok guru’ yang selama ini mereka pelajari? Negeri Serambi Mekah ??



Penyokong PAS tidak dapat bezakan ajaran Islam dan ajaran tok guru !!! - Ridhuan Tee


Pada 24 Jun 2012, dengan niat baik, saya menerima jemputan menjadi tetamu dan panel Wacana Perdana PRU 13: Masa depan Islam, anjuran Kerajaan negeri Kelantan, bersama dengan panel gandingan lain Dr Fadzli (exco Kerajaan Negeri Kelantan), Ustaz Fathul Bari (ulamak muda UMNO), dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, dipengerusikan Amin Idris (TV9).

Apa yang mengejutkan adalah tingkah laku sebahagian peserta yang hadir membanjiri Balai Islam, Kota Bharu. Tingkah laku mereka yang bersorak, menjerit-jerit, mengejek, tidak meraikan perbezaan dan sebagainya, langsung tidak mencerminkan akhlak Islam. Begitu mengejutkan! mengalahkan wacana bukan Islam yang pernah saya hadiri. Inikah yang dikatakan rakyat Serambi Mekah?

08/07/2012

PEMIMPAN PAS TERENGGANU TAKUT UNTUK BERDEBAT DENGAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Amanah Tawar Anjur Debat Antara Kerajaan Terengganu Dan Pembangkang

PAS hanya pandai berkata-kata, mencemuh, menghina, mengumpat dan sebagainya tetapi untuk melaksanakannya jauh sekali...janji hanya tinggal janji.

KUALA TERENGGANU, 8 Julai (Bernama) -- Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu hari ini menyarankan satu sesi debat diadakan di antara kerajaan Terengganu dan pembangkang di negeri itu bagi merungkai isu tempatan.

Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata Amanah sedia menjadi penganjur bagi memberi ruang kedua-dua pihak menjawab pelbagai isu yang menjadi bualan penduduk Terengganu sekarang.

"Saya banyak menerima soalan daripada orang ramai tentang isu-isu yang perlu penjelasan dari pihak kerajaan dan pembangkang dan atas dasar inilah kami mahu mengadakan debat isu semasa untuk kali pertamanya di peringkat negeri sebagai perintis kepada usaha ini," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata Amanah juga telah menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu.

Aksi Ciuman Terkantoi Punca Pergaduhan Guan Eng!?



Phaik Kheng Sengaja Mencabar Betty?

Nampaknya kerusi Betty Chew tiba-tiba menjadi tidak selesa apabila skandal suaminya terdedah. Dengan mengelak untuk menjawab soalan mudah dari Datuk Gan Tian Loo dan meninggalkan dewan, Betty Chew telah menunjukkan kepada kita bahawa beliau hanyalah seorang wanita yang lemah. Beliau tidak layak menjadi ahli politik dan seharusnya hanya duduk di rumah menjaga anak lelakinya yang bermasalah.

Media juga gagal mendapat jawapan jelas dari Guan Eng mengenai perkara ini kerana Guan Eng juga, hanyalah seorang lelaki biasa yang tidak cukup jantan untuk mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. 

Najib Ketengah Kembar 3K Untuk Manfaat Rakyat

BANDAR BARU BANGI, 8 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenengahkan tiga perkara yang dirujuk beliau sebagai "3K Berkembar" yang dijanjikan kerajaan buat rakyat iaitu keamanan dan keselamatan; kestabilan dan keharmonian; serta kemakmuran dan kemajuan.

Beliau berkata dari aspek keamanan dan keselamatan, andainya ketinggian perlembagaan dan keluhuran undang-undang tidak dihormati, tiada apa yang boleh menjadi kenyataan dalam negara.

Beliau memberi contoh demonstrasi jalanan yang diadakan di tengah ibu kota April lepas yang menurutnya tidak menguntungkan sesiapa, kecuali membawa keadaan kucar-kacir dan huru-hara.

"Kita mesti hormati ketinggian perlembagaan dan keluhuran undang-undang kerana ini tonggak kepada negara kita," katanya semasa berucap di program Janji Ditepati di Teras Jernang di sini Ahad.

Dalam aspek kestabilan dan keharmonian pula, Najib berkata keadilan sosial dan keharmonian negara yang ditampilkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi pelbagai inisiatif, termasuk gagasan 1Malaysia yang ditampilkannya, manyaksikan keadaan yang lebih stabil dan kukuh, semuanya disebabkan oleh kesepakatan dalam BN.

MENARA PKR JUGA AKAN DINAIKKAN DIIBU KOTA BERNILAI 1 BILLION ???



Nilai Menara Felda RM965 juta


KUALA LUMPUR – Keputusan Felda untuk membina sebuah menara korporat di tengah-tengah pusat komersial di ibu negara terbukti sudah memberi keuntungan kepada organisasi tersebut dalam bentuk pelaburan jangka masa panjang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda telah memperoleh keuntungan nilai aset RM265 juta apabila Menara Felda yang siap dibina bulan lalu pada kos RM700 juta itu kini mencecah nilai hartanah semasa RM965 juta.
“Ini menunjukkan Felda untung 38 peratus walaupun Menara Felda yang mula dibina pada tahun 2008 ini belum lagi digunakan. Ia juga membuktikan menara yang siap 20 bulan lebih awal ini satu keputusan yang bijak.
“Kejayaan ini juga membuktikan tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap usaha membina Menara Felda selama ini telah gagal,” katanya pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2012 dan Perasmian Menara Felda di sini semalam.
Seramai 20,000 orang termasuk warga peneroka dari seluruh negara menghadiri sambutan itu yang bertemakan Transformasi Membuka Dimensi.

07/07/2012

ANWAR HASUT UMAT ISLAM SELATAN THAI !



Anwar Bakal Menghancurkan Selatan Thailand Pula?

Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai.  Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. 

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba. 

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.  

Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia.  Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah.  Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan.  Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.  

SUARAM PERLU DIHARAMKAN KERANA BUKAN SUARA RAKYAT MALAYSIA ???



Suaram diberi 7 hari serah SSM dokumen

KUALA LUMPUR - Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diberi tempoh tujuh hari untuk mengemukakan dokumen relevan mengenai syarikat tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata satu notis mengenai arahan itu diserahkan semalam kepada setiausaha syarikat berkenaan dan juga melalui pos berdaftar, mengikut Seksyen 7B (2) Akta Syarikat 1965.
Beliau berkata, notis itu mengarahkan Suara Inisiaif menyerahkan dokumen bersabit penubuhan Suaram dan penyata akaun kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

SENJATAPI HARAM DI MALAYSIA KIAN MEMBIMBANGKAN ???



KUALA LUMPUR - Polis merampas empat pucuk pistol dan 697 peluru dalam serbuan narkotik di sebuah rumah di Hulu Gombak semalam, kata polis.
Serbuan pada pukul 2 petang itu turut menyaksikan empat lelaki ditahan dan sebanyak 140 pil eramim 5 dirampas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata mereka yang ditahan berusia antara 34 dan 60 tahun dengan seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah, antaranya samun berkawan dan dadah
"Mereka pada awalnya ditahan kerana disyaki memiliki 140 pil dadah Eramin 5 tetapi setelah menggeledah rumah itu, polis menemui empat pistol semi-automotik jenis Glock, Smith and Wesson, dan Browning, peluru dan satu penyerap bunyi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noor Rashid berkata polis masih menyiasat tujuan mereka menyimpan pistol dengan sejumlah peluru yang banyak itu.
Beliau berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Bernama

Kim Swee mahu letak jawatan kecewa tak dapat sokongan

FAM bertindak pelik, undang kecaman

Kuala Lumpur: HASRAT melihat skuad B-22 negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-22 2013 menggantikan Myanmar yang melanggar peraturan menurunkan pemain lebih umur musnah gara-gara keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan bantahan rasmi.

Malah, pendirian FAM itu mungkin bakal memakan diri sendiri apabila dikhabarkan jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee mahu meletak jawatan kerana kecewa tidak mendapat sokongan majikan sendiri.

Namun Kim Swee yang dihubungi malam tadi, enggan mengulas lanjut kerana masih bercuti.

Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza. 

“Jadi FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media khas esok (hari ini),” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta

BANGUNAN Plaza Masalam, Shah Alam, tempat di mana Mohan didakwa meminta rasuah daripada Sinnaiah tiga tahun lalu.
SHAH ALAM - Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan rasuah tiga tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.
Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda. Pertuduhan kedua pula, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu manakala hukuman penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda pula dikenakan ke atasnya bagi pertuduhan ketiga.

06/07/2012

PAKATAN HARAM SELANGOR SAMBUT RAMADHAN DENGAN JUALAN MURAH ???



BAGUS PUNYA NEGERI PAKATAN HARAM, SALE RAMADHAN, JUAL MURAH ARAK !!!!

Langkah sebuah pasaraya yang menyiarkan iklan jualan arak berjenama CARLSBERG sempena Ramadhan merupakan satu penghinaan yang sangat besar kepada umat Islam, khususnya di Selangor yang Exco Agamanya adalah Menteri Besarnya sendiri, Khalid Ibrahim.

Selepas tahun lalu kecoh di Selangor tentang gereja tertentu yang berusaha dengan aktif memurtadkan umat Islam sehingga akhirnya membawa kepada penyingkiran Hasan Ali dari PAS dan Kerajaan Negeri, kini muncul pula iklan arak yang dijual murah sempena kedatangan Ramadhan.

Nampaknya dah semakin karut syiar Islam di Selangor semenjak jawatan Exco Agamanya jatuh ke tangan orang yang bukan sahaja jahil, bahkan memusuhi Islam!

Maka benarlah seperti yang dipesankan oleh Nabi s.a.w bahawa urusan agama perlu serahkan kepada orang agama, jangan memandai-mandai dan perasan pandai agama, kerana akhirnya yang mendatangkan keburukan adalah kerana kejahilan orang yang diberikan tanggungjawab tersebut.

NIK AZIZ JATUH PENGSAN ANWAR BERUNDUR DARI POLITIK ???

SHAH ALAM – Hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bersara dari dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dibantah oleh pemimpin tertinggi Pas.


Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kurang bersetuju dengan hasrat Anwar tersebut yang mahu kembali menjadi pendidik kerana katanya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar.

“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa.

“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!” katanya dipetik dari laman Facebooknya semalam.

Selasa lalu, dalam satu temubual khas yang disiarkan Financial Times, Anwar, 65, berkata, beliau akan meninggalkan politik dan kembali mengajar sekiranya PR gagal menumpaskan kerajaan BN.

Namun Anwar tidak pula menyatakan sama ada mahu mengajar di universiti dalam atau luar negara.

Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

LANCAR PROGRAM BARU NAK TURUN PADANG ???

KSN Minta Ketua-ketua Setiausaha, Ketua Jabatan Turun Padang
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa meminta semua ketua setiausaha dan ketua jabatan supaya turun padang untuk melihat sendiri keadaan petugas masing-masing ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang berjanji akan turut berbuat demikian, berkata langkah itu bertujuan menjaga kebajikan penjawat awam dalam melaksanakan tugas.

"Kita perlu turun melihat sendiri keadaan sebenar. Ada kemungkinan jabatan tertentu ada (berlaku) kelewatan (dalam menyediakan perkhidmatan). Kita perlu lihat perkhidmatan kaunter (misalnya) dan kita (hanya) lihat dari depan, dan tidak tahu adakah mereka selesa, adakah sesiapa yang menjaga mereka.

"Kita perlu jaga kebajikan petugas kita sendiri, perlu lihat kepuasan mereka untuk memberi perkhidmatan," katanya pada program Dialog Khas bersama KSN terbitan RTM yang disiarkan secara langsung di TV1 Rabu malam.

Pelantikan Ali, 57, berkuat kuasa pada 24 Jun lepas, dan beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Ali yang merupakan KSN ke-13, sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

PDRM DISARAN TERUS MEMPERTINGKATAN KAWALAN PENCEGAHAN JENAYAH TERMASUK DIKAMPONG-KAMPONG


 Home Minister Datuk Seri Hishammuddin
Hishammuddin Nafi Kadar Jenayah Meningkat


KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Khamis menafikan dakwaan awam bahawa wujud peningkatan kadar jenayah di negara ini.
Beliau berkata rekod polis tidak menunjukkan sebarang peningkatan kadar jenayah seperti didakwa oleh pihak-pihak tertentu.
Kepentingan awam semasa dalam isu jenayah telah membentuk satu persepsi bahawa kadar jenayah semakin meningkat khusus menerusi media sosial, katanya ketika mengulas komen beberapa pihak tertentu bahawa indeks jenayah rendah yang dilaporkan oleh kementerian tidak menggambarkan keadaan kadar jenayah sebenar.
Ini berikutan paparan beberapa klip video dalam media sosial seperti Facebook yang menunjukkan seorang wanita disamun di parkir sebuah pusat membeli-belah.
Hishammuddin berkata demikian selepas menutup mesyuarat dua hari Panel Antarabangsa Kajian Semula Mengurangkan Kadar Jenayah 2012 dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di sini Khamis. -- BERNAMA

Penangguhan urusan awam menjurus gejala rasuah


PUTRAJAYA 4 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya gejala rasuah akibat kelewatan melaksanakan sesuatu perkhidmatan dalam sektor awam.

Bekas Perdana Menteri berkata, penangguhan sebarang urusan dalam perkhidmatan kerajaan merupakan antara perkara yang beliau takutkan disebabkan ia berkait rapat dengan rasuah.

Menurut beliau, jika sesuatu urusan perkhidmatan boleh dilakukan dalam masa sehari, maka seeloknya urusan tersebut dilakukan dalam masa sehari sahaja.

“Jika sesuatu urusan itu tidak dapat dilakukan dalam tempoh masa sehari, hubungi pegawai bertugas dan tanya kenapa ia tidak dapat dilakukan dalam masa sehari.

05/07/2012

Blogger Uncle Seekers ditahan polis


Uncle Seekers

SHAH ALAM - Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya minggu lalu, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Sinar Harian Onlinedifahamkan beliau ditahan di Senawang, Negeri Sembilan kira-kira jam 10 malam sebelum dibawa ke Nusajaya, Johor.
"Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya," kata bapanya, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi sebentar tadi.
Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Guan Eng nafi dakwaan hubungan sulit

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng hari ini menafikan beliau atau isterinya, Betty Chew iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pernah mencederakan bekas stafnya.

Guan Eng juga menafikan beliau pernah terlibat dalam hubungan sulit dengan bekas staf.

"Saya tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan dan isteri saya juga tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya," kata Guan Eng bagi menafikan dakwaan kononya dirinya terlibat dengan hubungan sulit bersama bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh MCA itu sebagai usaha untuk membunuh karier politiknya selain cuba mengaitkan isterinya dalam kancah politik kotor Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, setelah BN gagal untuk menghancurkan hidup anaknya dan gagal menjejaskan reputasinya, jentera media BN kini telah melaksanakan satu lagi kempen keji iaitu melalui perbuatan memburukkan isterinya didalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka.

PUTAR BELIT ANWAR IBRAHIM SELEPAS PRU KE 13 ???

Anwar ucap ‘selamat tinggal’ jika gagal PRU13

SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.

Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik - mengajar.

Namun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara.

Anwar pernah jadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Sebelum dibawa menyertai Umno pada 1982 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri keempat, Anwar adalah pengasas dan tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur selain bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno tahun itu. Kedua-dua jawatan itu disandangnya sehingga dipecat pada 1998.

Dalam wawancara itu, Anwar mengaku sudah penat berusaha menawan Kerajaan Pusat sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia.

“Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...