MELAKA - Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) mendakwa berlaku penderaan seksual dan liwat ke atas penghuni sebuah rumah perlindungan di negeri ini.
Presidennya, Muhammad Khairul Hafiz mendakwa kejadian liwat dan penderaan seksual itu bukan sahaja dilakukan penghuni rumah itu malah oleh staf rumah perlindungan itu termasuk pengawal keselamatan dan atendan.
"Dipercayai berlaku lebih 100 kes sejak 2004 sehingga Jun tahun ini. Saya juga difahamkan, tahun ini saja, tujuh laporan polis  berhubung kes liwat di
rumah perlindungan berkenaan dibuat," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Sambil menyatakan Perbak mempunyai kenyataan pengakuan seorang kakitangan di rumah perlindungan itu yang mengesahkan kejadian liwat dan penderaan seksual itu, Muhammad Khairul berkata, pihaknya telah membuat dua laporan polis di Putrajaya berhubung perkara itu baru-baru ini.