KUALA TERENGGANU – “Hampir 30 tahun menjadi pemandu teksi, ini kali pertama saya diberi anugerah peringkat kebangsaan yang disampaikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.”
Demikian luah penerima Anugerah Penyerlahan Amalan Nilai-nilai Murni peringkat Kebangsaan, Engku Aziz Engku Mansor, 59.
Engku Aziz yang juga bekas kerahan tentera era 80-an berkata, dia tidak menyangka akan membawa pulang kejayaan yang menjadi kebanggaannya dan Persatuan Teksi Melayu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) apabila menggondol anugerah berprestij berupa Sijil Simpanan Premium (SSP) berjumlah RM10,000 berserta trofi.
“Ini kali pertama saya menyertai anugerah seperti ini dan ia kenangan terindah kerana dinobatkan pemenang pada usia yang agak lanjut.