Soalan ini tak perlu jawab...kata Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata desakan Lim Kit Siang agar Barisan Nasional memberi jaminan peralihan kuasa akan berlangsung aman jika pakatan pembangkang menang pilihanraya umum ke 13 adalah sesuatu 'yang akademik dan tidak perlu dijawab'.
Perdana Menteri sebaliknya bertanya apakah pakatan pembangkang akan menghormati keputusan jika BN menang besar pilihanraya.
"Kalau saya tanya soalan itu...anda akan kata itu akademik.Jadi kalau anda tanya saya soalan itu...saya akan kata akademi,"katanya.
Beliau dipercayai merujuk kepada tindak tanduk pembangkang yang kerap kali memekak itu ini tidak kena bila kalah sesuatu pilihanraya kecil kebelakangan ini.
Najib menjawab soalan berkenaan ketika ditanya seorang wartawan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC,Kuala Lumpur petang Jumaat.