Suka saya katakan saya tidak bersetuju jika Lelaki pada zaman
sekarang berpoligami dan Lelaki berpoligami selalunya adalah untuk sex
semata-mata bukan atas dasar mahupun membela wanita.
Poligami? Bila disebut
berpoligami pasti kaum adam suka. Malah ada pula kaum hawa yang tidak setuju.
Kaum adam yang ingin berkahwin lebih dari satu menyatakan “Poligami
ikut sunnah“. Tapi sebelum itu.. Tahukah anda makna perkahwinan
yang sebenar? Tujuan anda berkahwin? Dulu katanya.. Aku berkahwin sebab aku
cinta akan si dia… Cinta aku mati pada si dia tidak pada orang lain.. Mengapa
masih wujud Berpoligami? Cinta Atau Sex Abang?
Poligami mengikut sunnah ?
Tahukah Poligami Rasulullah bagaimana ? Rasulullah Berpoligami bukan kerna
ayat-ayat cinta mahupun sex.. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun.
Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah
sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
Wahai Kaum Adam, Anda mahu berpoligami? CERMIN
DIRI.. Bermonogomi baru 5 tahun, Anak masih
kecil ! kerja tidak menentu !.. Nafkah bini tidak diberi. Anak terbiar
mahu berpoligami? Apakah anda berkahwin lagi kerana cinta anda tidak pada
isteri anda? Adakah kerana anda tidak puas bersama isteri anda? Marilah abang,
Sex itu hanya sementara! Dimana janji cinta di awal perkahwinan?