JAIS, Pas didakwa cuba rampas masjid dan cuba memecahbelahkan Umat Islam ?
KUALA LUMPUR 22 Jun - Kariah Masjid Al-Muttaqin Taman Equine, Seri Kembangan meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan pelantikan ahli jawatankuasa masjid baru yang didakwa tidak mengikut prosedur ditetapkan.
Bekas nazir masjid itu, Zainal Abidin Manaf (gambar) berkata, tindakan melantik orang luar sebagai ahli jawatankuasa masjid itu merupakan tindakan yang bertentangan dengan peraturan JAIS sendiri.
"Kami bukan mahu merebut jawatan tetapi apa yang dimahukan ialah hak memilih kerana jawatankuasa sebelum ini sudah mengadakan mesyuarat agung yang turut dihadiri wakil JAIS sendiri.