Translate

22/06/2012

KONTREKTOR PENTINGKAN KEUNTUNGAN DARIPADA KUALITI


Kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa runtuhan sedang dijalankan.

BESUT 21 Jun - Enam pekerja pembinaan nyaris maut apabila bangunan tempat mereka bekerja di Padang Astaka, Jerteh di sini tiba-tiba runtuh dan menghempap mereka dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Tiga daripada mereka yang terdiri daripada dua warga Indonesia dan seorang dari Bangladesh, sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar daripada timbunan bangunan itu.

Manakala, tiga lagi mangsa iaitu dua warga Bangladesh dan seorang Indonesia yang terperangkap dalam runtuhan itu berjaya diselamatkan lebih dua jam kemudian dengan bantuan 15 anggota Bomba dan Penyelamat Jerteh, lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta 20 anggota polis.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria dalam sidang media berkata kesemua mangsa kini dirawat di Hospital Daerah Besut dan keadaan mereka masih lemah.

PAS TUKAR NAMA BARUNYA - PARTI ARTIS SEMALAYSIA ???

Nampaknya lepas seorang demi seorang celebrity artis artis di Malaysia semakin berahi hendak menyertai Pakatan Pembangkang. Bukan sekadar menyatakan sokongan tetapi sudah mula menonjolkan diri sebagai penceramah berucap didepan ratusan pak lebai pak lebai berkopiah, ternganga-nganga tercengang-cenganglah para pak lebai mendengar “tazkirah” artis artis disambut dengan laungan ‘takbiiiiiir’.

Malam tadi di Batu Gajah Perak, seorang lagi pelakon yang tidak begitu fofular Hairie Othman telah berceramah diatas pentas PAS buat julung julng kalinya…. Tindakan ini adalah kesinambungan Hairie menyertai Bob Lokman, Aishah dan Abby Abadi.

AYAM TAMBATAN DAP SERTA PENGHASUT BERKELIBAR SEJAK DULU BERKOKOK LAGI ???

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Sejak dari dulu lagi gerakan halus yang dilancarkan oleh Haji Hadi tetap tersemak dijiwa jahat beliau. Tidak puas-puas meracuni rakyat agar tidak menyertai LKTP pada ketika itu, dengan melancar fatwa LANGKAH KERAJAAN TIPU PENEROKA (LKTP).

Mangsa-mangsa yang menerima hasutan beliau adalah penduduk-penduduk dari kawasan Bukit Gasing, Kg. Batangan dan Rusila sendiri. Ketiga-tiga kawasan ini, sehingga kini tiada seorang pun daripada mereka menjadi warga LKTP ataupun FELDA.

RAFIZI DIPECAT DALAM KERAJAAN SELANGOR SELEPAS DEBAT DENGAN KJ ???

Rafizi letak jawatan dalam kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli hari ini mengumumkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ketika timbul desas-desus perbalahan antara beberapa pemimpin PKR di negeri itu.

Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim," kata Rafizi menerusi mesej Twitternya.


NIK AZIZ DAH NYANYOK DAN PERLU BERIHAT DARIPADA POLITIK, JIKA TIDAK RAMAI RAKYAT YANG AKAN ROSAK AKIDAHNYA ???

Tangguh haji ikut Rasulullah: Hujah Nik Aziz tidak tepati dalil

KUALA LUMPUR 19 Jun - Keputusan Rasulullah SAW melewatkan ibadat haji pada tahun keenam hijrah disebabkan masih terdapat golongan musyrik melakukan tawaf ketika itu selain ada yang bertawaf secara berbogel.

Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, justeru baginda membuat keputusan membersihkan Masjidil Haram daripada kedua-dua unsur tersebut sebelum mengerjakan ibadat haji.

Sehubungan itu, kata beliau, hujah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membolehkan ahli-ahli parti itu yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya umum menangguhkan ibadat haji dengan mengaitkan kisah penangguhan ibadat haji Rasulullah itu adalah tidak sesuai.

Tegas beliau, ini kerana hujah itu tidak menepati dalil berdasarkan isu yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz.

21/06/2012

Wow hebat - pelajar belasah guru

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang guru sebuah sekolah menengah di Chalok, Setiu, menerima lima jahitan di kepalanya apabila dibelasah seorang pelajar tingkatan lima yang berselisih faham dengannya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, guru berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menegur pelajar berkenaan, menyebabkan remaja berkenaan berang dan bergegas pulang ke rumahnya sebelum mengambil sebatang cota.

Tidak lama kemudian, pelajar berusia 17 tahun terbabit kembali ke sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya bersama abangnya berusia 21 tahun dan seorang rakan abangnya berusia lingkungan 20-an.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, berkata pelajar itu kemudian terus memukul gurunya di bahagian kepala dengan cota berkenaan menyebabkan guru lelaki terbabit rebah dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.

PENDEDAHAN AIDC DAN MYMASSA PERLU DIAMBIL SERIUS OLEH KERAJAAN



Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!


BENARKAH ada sebuah negara atau beberapa negara yang mahu mengucar-kacirkan pilihan raya Malaysia kali ini?

Benarkah mereka mahu mengubah dan menumbangkan secara sistematik kerajaan yang ada ini, kerajaan tonggak Melayu yang telah memerintah selama 54 tahun?

Benarkah mereka terlalu cemburu dengan kemajuan Malaysia ini yang mungkin akan menyaingi mereka dalam beberapa segi?

Benarkah selagi kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan sekarang masih wujud, selagi itulah mereka akan merasa tidak selamat dan selesa?

Saya cukup terkejut membaca pendedahan melalui fail wikileaks oleh sebuah blog mymassa dan AIDCNews yang mendedahkan mengenai cubaan satu kuasa asing di rantau ini yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat negara ini menentang kerajaan semasa, atau menyokong pihak pembangkang atau cuba membantu apa yang boleh untuk menumbangkan kerajaan yang ada ini.

Syabas dan Tahniah Blogger Azidi - Bongkar lagi...


Blogger Azidi: Saya tak takut saman Husam

Blogger Azidi: Saya tak takut saman Husam

KOTA BHARU - Pihak yang bertanggungjawab mendedahkan skandal mata wang dinar dan dirham dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) tidak takut disaman berhubung dakwaan itu kerana mereka mempunyai bukti kukuh.

Blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan, semua pendedahan yang dilakukan termasuk laporan polis terhadap individu tertentu sudah disahkan kebenarannya dan ia bukan sekadar tuduhan karut.

Syed Azidi berkata, pihaknya menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan satu persatu fakta berkaitan dengan skandal mata wang syariah terbabit berdasarkan maklumat serta bukti dimilikinya.

20/06/2012

SIKAP ACUH TAK ACUH DAN TIDAK AMBIL BERAT PUNCA JURUTOL DISAMUN



PLUS pandang serius isu keselamatan jurutol - DAH BERLAKU BARU NAK PANDANG SERIUS ????


KUALA LUMPUR — PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata ia sentiasa memperbaiki langkah-langkah keselamatan secara berterusan bagi memastikan keselamatan petugas di plaza tol berada pada tahap terbaik setiap masa.
"Keselamatan jurutol adalah amat penting dan PLUS memang mempunyai prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi terutama dalam urusan mengendalikan wang kutipan,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi dalam kenyataan semalam.
Namun, PLUS berkata prosedur keselamatan tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kakitangan yang bertugas di plaza tol, memandangkan ia mencakupi pergerakan jurutol ketika urusan mengendalikan wang kutipan.
Pada Jumaat lepas, dua jurutol cedera terkena tembakan dalam kejadian samun kira-kira 10 malam di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara. — BERNAMA

PANAS !!!! AMBIGA MENYERTAI PAS ???


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menuntut penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 supaya membayar lebih RM351,000 yang kerosakan harta awam dan kos yang ditanggungnya ekoran perhimpunan 28 April.

Jumlah paling besar dalam tuntutan tersebut ialah bayaran untuk elaun lebih masa kakitangan jabatan penguatkuasanya yang bertugas – sebanyak RM174,240.

Selain itu, DBKL juga menuntut RM50,000 untuk kos makan minum dan pengangkutan kakitangan jabatan penguatkuasa tersebut, selain RM26,000 untuk kos pengangkutan kakitangan jabatan kejuruteraannya.

BEKAS ARTIS MATA DUITAN SERTAI PAS ADA MUSLIHAT ????

Abby Abadi Dah Offer Nak Cari Calon Suami Seorang Ustaz...! Azhar Idrus Ada Peluang Terbaik....

“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama...” ujar Abby Abadi dramatis terkenal bekas pelakon utama siri Gerak Khas yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza. Abby menjelaskan, beliau sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

“Saya sekarang ini selalu berdamping dengan ustaz-ustaz, jadi saya mengharapkan jodoh saya dengan ustaz jugak...Allahu Akbar...! Taklah...,main-main, iklan-iklan...!"

ADUN PAS MENGATAL - JADI ISTERI KEDUA PUN TAK APA ???



Isu perkahwinan ADUN Merbau Pulas kembali menjadi hangat dan hangit. Walaupun sebelum ini ADUN Merbau Pulas, Aisyah Ghazali dikatakan telah menolak pinangan bekas pemandunya, tetapi akhirnya ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Kerajaan Kedah itu, akhirnya menerima bekas pemandunya yang bernama Sazali bin Sudin sekaligus menafikan berita sebelum ini yang ADUN Merbau Pulas itu berkahwin dengan seorang lagi ADUN dan Exco Kedah iaitu, Hamdan Che Khalib.

Maklumat yang diperolehi mendedahkan pada 5 Jun 2012,  bertempat di Masjid Jeneri, Sik, telah berlangsung majlis akad nikah Siti Aishah binti Ghazali – Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Merbau Pulas dengan Sazali bin Sudin (nombor kad pengenalan 700622-02-6067) berusia 42 tahun dan beralamat di No.376, Lorong 3/1, Taman Makmur, Kulim. 

Sazali telah diakadnikahkan oleh Hj. Ismail  bin Talib yang merupakan Imam Masjid Jeneri dan disaksikan oleh individu-individu tertentu dari kedua-dua belah pihak termasuklah ayah Siti Aishah sendiri iaitu Hj. Ghazali bin Ahmad yang merupakan penyokong kuat PAS di Kampung Kuala Jeneri, Daerah Mengundi Jeneri dan DUN Jeneri. 

19/06/2012

ANWAR SEPERTI CACING KEPANASAN ???

Setelah sekian lama membisu berhubung isu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar.

Abdul Murad yang selama ini didesak pelbagai pihak supaya tampil menjelaskan perkara tersebut selepas didedahkan media berkata, beliau memang membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa sama, beliau yang dalam akuan berkanunnya mengakui membayar lebih RM120 juta kepada kroni dan organisasi tertentu atas arahan Anwar memberitahu, bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki.

Akaun RM3 bilion: Murad sedia beri kerjasama

KUALA LUMPUR 18 Jun - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperolehi oleh Bernama mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.

"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lepas itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu. - BERNAMA

18/06/2012

Penolong Pegawai SPAD Hadapi Sembilan Pertuduhan Rasuah

Kuantan - Seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menghadapi sembilan pertuduhan membabitkan kesalahan menerima dan memberi rasuah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Mohd Azam Bin Abdullah Zawawi, 44 dituduh melakukan tujuh kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, satu pertuduhan dibawah Seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009 dan satu pertuduhan dibawah Seksyen 25 ASPRM 2009.

Tertuduh didakwa menerima rasuah pada tujuh pertuduhan yang dibacakan keatasnya apabila diantara 26 April 2011 hingga 13 Disember 2011 dalam Daerah Kuantan memperoleh sejumlah suapan bernilai antara RM300.00 dan RM2,200.00 bagi tujuh transaksi berlainan melalui akaun bank DMIX Harmony Trading sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan keatas lori-lori Alagendran a/l K Rajenthikan yang melakukan kesalahan perlesenan dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana membawa muatan batu kasaran dengan menngunakan lori berdinding kayu, membawa muatan lebih dan membawa muatan tinggi .

Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengancam golongan pelajar sekolah.

Image Detail
KLANG: Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang hanya dikaitkan dengan golongan dewasa semakin membimbangkan banyak pihak kerana dikesan boleh mengancam golongan pelajar sekolah.

Jika gejala ini tidak dipandang serius, ia mungkin menular kepada pelajar kerana wujud laporan daripada pihak sekolah kes di mana murid tahun dua di Petaling Perdana ditangkap kerana meliwat di dalam tandas sekolah, baru-baru ini.


Penolong Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Perdana, Wan Fauziah Wan Abdullah berkata, kurang didikan agama dan perhatian ibu bapa serta penggunaan Internet tanpa kawalan menjadi pendorong berlakunya gejala ini.



Peningkatan Jenayah Komersial membimbangkan dan kronik

Image Detail
KUALA LUMPUR 16 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bimbang dengan kegiatan jenayah komersial di negara ini, berikutan statistik menunjukkan berlaku peningkatan kerugian berpunca akibat kegiatan itu dengan purata RM100 juta dilaporkan pada setiap bulan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu, jenayah penipuan mencatatkan sebanyak 5,347 kes diikuti pecah amanah (1,237), jenayah siber (619), cakera padat digital dan video cakera padat (603) dan ah long (213).

Meskipun kes yang dilaporkan didapati menurun 17.6 peratus iaitu hanya 8,319 kes pada Januari hingga Mei lalu berbanding 10,100 kes dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi jumlah kerugian dialami mangsa meningkat sebanyak 28.4 peratus.

KENYATAAN DAN FATWA YANG PERNAH DIUNGKAPKAN NIK AZIZ - PART V


21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999. 

17/06/2012

HAJI HADI mengetuai negara-negara Islam lain dalam menyelesaikan pelbagai isu global ???

Malaysia calon peneraju negara Islam

KUALA LUMPUR 16 Jun - Malaysia merupakan salah sebuah negara terbaik untuk mengetuai negara-negara Islam lain dalam menyelesaikan pelbagai isu global di persada antarabangsa, kata bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir, Dr. Hamed Abdel Rahman.

Katanya, kedudukan Malaysia di kalangan dunia Islam diiktiraf kerana berupaya mengekalkan kestabilan walaupun dihuni masyarakat pelbagai kaum dan agama sejak mencapai kemerdekaan.

Kejayaan itu, kata beliau, pernah diperakui sendiri bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan pada 2007.

"Kofi Annan menganggap Malaysia contoh negara Islam maju dan merupakan negara yang hebat di antara survival (kelangsungan) pelbagai agama.

"Malaysia juga terbukti berjaya menangani permasalahan dengan baik," katanya ketika membentangkan kertas kerja sempena Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di sini hari ini.

Hargai peranan, jasa dan budi bapa


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat mengenang dan menghargai peranan, jasa dan budi para bapa sempena sambutan Hari Bapa, esok.

Beliau berkata, anak-anak seharusnya memanfaatkan sambutan Hari Bapa bagi menyatakan penghargaan terhadap jasa dan budi bapa masing-masing.

"Jadi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di negara ini termasuk mereka yang baru sahaja bergelar bapa.

"Bapa muda pun kita kena beri pengiktirafan atas sumbangan dan potensi mereka untuk membentuk generasi baru yang akan menentukan kejayaan negara, insya-Allah," katanya dalam rakaman video temu bual khas berdurasi kira-kira enam minit sempena sambutan Hari Bapa 2012 yang dimuat naik ke laman blog www.1malaysia.com.my di sini hari ini.

FATWA TERBARU NIK AZIZ MENGENAI HAJI ???

Image Detail
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, haji bukan ibadat yang perlu disegerakan. 

Mursyidul Am Pas itu berkata, Rasulullah SAW sendiri menunaikan haji pada tahun ke 10 Hijrah meskipun wahyu wajib haji turun pada tahun keenam Hijrah lagi.

"Ini menandakan ibadat haji tidak mesti dibuat segera," katanya. Nik Aziz berkata, perkara itu yang membuat beliau berasa pelik terhadap sistem haji di negara ini.

"Apa yang pelik berlaku di tempat kita, apabila tersenarai nama di Tabung Haji, kena pergi selalu (segera). Nabi Muhammad sendiri tunai haji pada tahun ke-10," katanya. 

Dalil itu, kata Nik Aziz menunjukkan Islam membenarkan penganutnya menangguhkan haji walaupun sudah tersenarai dalam kumpulan yang layak menunaikan ibadat tersebut. 

Najib: Renung 'pembohongan besar' Ketua Pembangkang 16 Sept


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat di negara ini supaya menoleh ke belakang untuk menilai rekod lampau ketua pembangkang yang menurutnya melakukan pembohongan besar kepada rakyat pada 16 September 2008.

Beliau berkata ketua pembangkang mendakwa bahawa 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyeberang ke parti pembangkang pada tarikh itu, sekali gus mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Pada masa itu satu negara dia bohong. Ini merupakan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat...jangan kita mudah lupa sejarah ini," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah yang berharga RM30 juta di sini, hari ini.

16/06/2012

SIASAT TAPI TAK SELESAI ????

Motosikal dibakar
Jika membabitkan orang-orang kenamaan atau VIP tak sampai 1 jam dan selesai kenapa ????

7 motosikal dibakar

SHAH ALAM - Penduduk di Blok A Pangsapuri Pelangi, Dengkil, gempar apabila tujuh buah motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan di situ musnah terbakar dalam kejadian awal pagi, semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur itu dipercayai perbuatan khianat.

Mangsa, Mohd Fahmi Badulrudin, 26, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dikejutkan oleh jeritan jiran yang melihat kejadian tersebut.

PEMILIK LESEN SENJATAPI PERLU DIBERI LATIHAN YANG MENCUKUPI

Kanak-kanak maut tertembak didahi

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak, Muhammad Faris Faizal Noor Hissham, 7, mati akibat tertembak di dahi setelah menyangka pistol milik datuk saudaranya adalah pistol mainan.

Dalam kejadian di rumah nenek mangsa di Ketereh malam tadi, bapa saudara mangsa, Helmi Ghazali, 32 mengalami cedera parah ekoran peluru yang menembusi dahi mangsa, terkena dadanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku pada pukul 9 malam selepas selesai majlis kenduri ibu saudara mangsa.

KENYATAAN DAN FATWA YANG PERNAH DIUNGKAPKAN NIK AZIZ - PART IV



16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...