Setelah sekian lama membisu berhubung isu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar.
Abdul Murad yang selama ini didesak pelbagai pihak supaya tampil menjelaskan perkara tersebut selepas didedahkan media berkata, beliau memang membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pada masa sama, beliau yang dalam akuan berkanunnya mengakui membayar lebih RM120 juta kepada kroni dan organisasi tertentu atas arahan Anwar memberitahu, bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki.