Translate

11/06/2012

TANAH PERKUBURAN CINA DI BACHOK DIJADIKAN TEMPAT MAKSIAT / PENAGIH


 Jirat jadi lokasi perbuatan tidak bermoral

BACHOK - Pengerusi Persatuan Perkuburan Cina Bachok Kelantan, Datuk Dr Alex Ong berkata, akibat perbuatantidak bermoral itu, jarum suntikan dan kondom banyak ditemui bertaburan di kawasan tersebut.

Menurutnya, untuk mengelak kejadian sama berulang, pihaknya membersihkan kawasan jirat tersebut secara berkala.

“Kami amat kesal dengan perbuatan tidak bermoral yang dilakukan di kawasan ini. Ia menjadi tumpuan golongan penagih dan perbuatan sumbang disebabkan lokasinya di pedalaman dan jauh dari laluan utama.

500 hadir majlis sumpah keramat TIBAI

500 hadir majlis sumpah keramat Tibai
Penasihat Tibai, Senator Ezam Mohd Nor berkata, kunjungan kumpulan ini ke Kelantan adalah sebagai usaha untuk menegakkan kebenaran dan memberitahu rakyat Kelantan mengenai pembohongan yang dilakukan Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini merupakan kunjungan pertama di Kelantan selepas Selangor dalam rangka lawatan kami ke negeri-negeri, untuk menjelaskan mengenai isu Anwar yang banyak berdolak-dalik dan menimbulkan sentimen kebencian rakyat terhadap Kerajaan.

Siasatan RM3 bilion disemak - SPRM

KUALA LUMPUR 9 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyemak status siasatan berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai pemilikan 20 akaun induk oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SPRM turut tidak menolak kemungkinan kes pemilikan akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion yang pernah dirujuk kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) itu kali terakhir berada di bawah siasatan pasukan Polis Diraja Malaysia.

Maruah PDRM tercalar lagi ????

KLANG - Polis menahan reman seorang anggota polis trafik berusia 51 tahun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kes kematian Koperal Mustaghni Tabri, 48, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, anggota trafik berpangkat koperal itu terlibat dalam kes itu selepas dipercayai membaling satu objek ke arah mangsa.

Persepsi bercanggah dengan kadar jenayah adakah benar2 menurun ???

SERDANG 10 Jun - Kehadiran pihak berkuasa di sekolah-sekolah di negara ini akan ditambah terutama pada waktu pelajar masuk dan keluar sekolah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas, susulan kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolah berhampiran rumahnya.

10/06/2012

GELARAN DATO' SERI NIZAR TUPAI DITARIK BALIK ???

Kalau masih ada yang marah-marahkan Dato Seri Nizar Jamaludin kerana perbuatannya, ia suatu yang tidak harus dihairankan.

Bagi mereka yang mencadangkan gelaran Dato’ Seri yang dianugerah Istana Perak pada tahun 2008 semasa dia menjadi Menteri Besar, kini  patut ditarik semula, ia juga tak harus dipertikaikan.

Kini terpulang kepada tuanpunya badan sama ada nak pulangkan darjah kebesaran itu sebagai menyatakan penyesalan kerana perbuatan tempoh hari iaitu mempertikai pembidaan nombor plet www1 oleh Sultan Johor.

Nik Aziz nafi pernah 'janji' syurga orang undi Pas - dah nyanyok ???




KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau pernah 'menjanjikan' syurga kepada pengundi yang memilih Pas dalam pilihan raya.

Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, beliau hanya menyebut bahawa orang yang telah mengundi parti itu khususnya pada pilihan raya umum 1990 mendapat pahala. 


09/06/2012

SPRM perlu telus dalam siasatan keatas 20 akaun milik Anwar RM3 Billion???



Ramai dari kalangan pihak yang mengenali Anwar melahirkan rasa kesal dengan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan Ketua Pembangkang itu yang mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Ianya dilihat bakal  boleh mengundang persepsi negatif dalam kalangan orang ramai.

Bagi Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail, maklumbalas dan siasatan sewajarnya  tambahan pula setelah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid membuat pendedahan berkenaan dalam akuan bersumpah hampir 13 tahun lalu.


Anuar berpuas hati penajaan 'Bertam Nite' kenapa PAS nak marah ???


Pemuda PAS Pulau Pinang Mahu PKR Ambil Tindakan Terhadap Penaja 'Bertam Nite'

GEORGE TOWN: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendesak pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan terhadap penaja majlis makan malam 'Bertam Nite' anjuran parti itu kerana mempersembahkan tarian seksi untuk tontonan umum.


08/06/2012

Rakyat Kelantan bosan dengan janji Nik Aziz dan mintak lagi duit rakyat ???

Demonstrasi yang berlangsung di perkarangan Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 06 Jun 2012 sebetulnya agak unik dan sinis sekali bagi yang mengerti realiti hidup rakyat Kelantan yang sudah 22 tahun berada dalam pemerintahan PAS.

Unik kerana belum pernah rakyat marhaen di mana-mana tempat datang beramai-ramai ke pejabat MB dengan membawa bersama cangkul, kereta sorong dan peralatan pembinaan usang untuk didermakan kepada kerajaan negeri.

NUAR BERAHIM SEKELUARGA AKAN LARI KELUAR NEGARA SEBELUM PRU KE 13 ???


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak nyenyak tidur kebelakangan ini. Punca utamanya ialah kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diserang saban hari oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan sebarang hasil.
Ini amat mengecewakan Anwar dan kuncu-kuncunya di dalam Pakatan Rakyat. Mereka mengharapkan kerajaan BN akan semakin lemah dan sokongan terhadap terhadap Perdana Menteri pula bertambah menurun.

07/06/2012

Meluat tengok isteri kian tua, lelaki pukul, simbah asid

Image Detail
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Hanya kerana benci melihat isterinya yang sudah berusia, seorang lelaki berusia lewat 40-an tahun bukan saja tergamak memukul wanita berkenaan, malah menyimbah asid ke muka mangsa.
Akibat perbuatan kejam suaminya, mangsa yang berusia 41 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, mendakwa tidak lagi dapat melihat sejak kejadian yang berlaku di rumah mereka di Bangsar, sekitar 10 pagi, 31 Mei lalu.
Mangsa yang tidak dibenar mendapatkan rawatan di hospital, bagaimanapun nekad memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Travers, Isnin lalu dengan bantuan ahli keluarganya.

Bekas ketua SCDF didakwa terima rasuah habuan seks

Hubungan dengan tiga wanita sebagai ganjaran dapatkan keutamaan niaga antara firma dengan SCDF
BEKAS Pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Peter Benedict Lim Sin Pang, semalam didakwa di mahkamah atas kesalahan menerima rasuah daripada tiga wanita dalam bentuk habuan seks.
Butir-butir mengenai salah laku yang didakwa dilakukannya dikemukakan di mahkamah, dengan nama-nama wanita itu dan tempat-tempat di mana hubungan seks itu didakwa dilakukan dalam kes yang telah menarik perhatian umum sejak ia terdedah awal tahun ini.
Lim, 52 tahun, menghadapi tuduhan menerima habuan seks daripada tiga wanita secara berasingan - dua daripada mereka adalah vendor dan seorang berpotensi menjadi vendor - sebanyak 10 kali antara Mei 2010 dengan November 2011.

PAK KADIR BORING DENGAN PAS DAN BUKA PARTI BERSALAMAN ???


Banyak lagi tanah-tanah dibeberapa buah PULAU disekeliling semenanjung, masih belum ditukar nama beliau semasa menjadi MENTERI PENERANGAN DAN KOMUNIKASI, itulah sebabnya Pak Kadir mesti aktif semula dalam politik murahan.

Desas desus yang mengatakan  Bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan menyertai Pas beberapa bulan yang lalu tidak berlaku malah hari ini beliau melancarkan penubuhan parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di mana beliau dilantik menjadi presiden sementara bagi parti tersebut.

Beliau merasmikan penubuhan parti tersebut di sebuah dewan di Hotel Palace of The Golden Houses di Seri Kembangan, pagi ini yang turut dihadiri Kira-kira 200 hadirin.


NIK AZIZ BERGADUH DENGAN HAJI HADI ???


Makin kusut: Nik Aziz nak juga muzakarah walau Hadi tak setuju.


Celaru sungguh dalam PAS ketika ini, jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin bukan main tegas lagi tolak muzakarah dengan UMNO, tapi bagi Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat lain pulak nadanya.

Menteri Besar Kelantan itu pada Rabu berkata beliau tetap hendak bermuzakarah dengan UMNO walaupun PAS Pusat tidak setuju.

HOT !!!! - MUNCUL LAGI SKANDAL MAKSIAT PEMIMPIN PAS ???

Sudah banyak kali didedahkan.

Namun inilah kemuncaknya mengenai pemimpin PAS di Kedah.

Menurut blogger kedahan69ers isu hangat mengenai cerita-cerita dalam kelambu sangat banyak di Kedah.

Dan yang paling menariknya, maklumat-maklumat sebegini lebih mudah diperolehi daripada para pemimpin PAS yang gemar memakai lebai dan bercakap tentang pentadbiran Islam berbanding pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih senang menjalankan tugas mereka tanpa melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat.

NIK AZIZ TIDAK BERSENDIRIAN ???


TIBAI & CIBAI

Hadi Terus DiBuai Mimpi Indah..PAS Hanya Penumpang Dalam Pakatan


Layakkan PAS ganti UMNO dalam konteks kepimpinan politik negara?

Dalam pakatan pembangkang, apakah PAS menerajuinya?

Dalam konteks Islam pula, apakah PAS diakui atau diiktiraf sebagai parti yang membela dan menjaga Islam di Malaysia?

06/06/2012

VIP dan lokasi dikenal pasti dalang judi Euro?

Image Detail
KUALA LUMPUR 5 Jun - Beberapa individu termasuk orang kenamaan (VIP) di negara ini dikesan menjadi dalang yang menaja sindiket judi bola antarabangsa yang kini sedang menular sempena kejohanan bolasepak Euro 2012 yang akan bermula Jumaat ini.

Berdasarkan maklumat awal dan pengamatan menerusi Ops Soga yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras jenayah pertaruhan bola pada 1 Mei lalu itu, individu tersebut telah membuat pelaburan besar untuk mengerakkan operasi sindiket berkenaan.

NIZAR PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM PARAH

JOHOR BAHRU 5 Jun - Polis Johor akan merekodkan keterangan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Ipoh, Perak esok.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pegawai polis dari negeri ini akan mengambil kenyataan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak di suatu tempat yang tidak didedahkan kira-kira pukul 2 petang.

05/06/2012

PARTI ANAK BERANAK DAN MADU EMAS ???


Nepotisme: Azmin Sindir Anwar, Kak Wan dan Nurul Izzah


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, baru-baru ini menegaskan bahawa PKR tidak wajar mengamalkan nepotisme di dalam parti itu memandangkan amalan tersebut dianggap tidak sihat bagi parti tersebut.

Kenyataannya itu sangat jelas menyindir pedas Ketua Umum, Anwar Ibrahim, yang juga “madu”nya, yang membariskan isteri, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anak perempuan sulungnya, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR.

SEPERTI LANGIT DAN BUMI UNTUK PR MENANG PRU KE 13 ????


Image Detail
BELUM MENANG DAH HURU-HARA BEREBUT JAWATAN, BEREBUT KERUSI DAN BERMACAM-MACAM LAGI LA....

BENDERA PAS SELURUH NEGARA TELAH BERKIBAR, ATAS POKOK LA... CELAH2 POKOK LA... SERABUT MATA MELIHATNYA.... KALAU CANTIK TU TAK APE.... HANYA BULAN KOSONG.... DAN KOYAK RABAK PULAK TU....

ITU MENUNJUKKAN KEPIMPINAN DAN KEGHAIRAHAN MACAM ESOK NAK PILIHAN RAYA.. SEPERTI KATA PEPATAH, DENGAR HUJAN DILANGIT, AIR SETEMPAYAN DICURAHKAN..... HA..HA...HA...

Ada berita lagi hangat dan segera KLIK DISINI...

LUDAH KOMUNIS.. MAHATHIR CABAR KIT SIANG KE MAHKAMAH..!!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Dipetik Bernama,  Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.

"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," katanya ketika merasmikan KRU Academy di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...