BUTTERWORTH: Jurutera, Chan Hon Keong, 29, semalam dijatuhkan hukuman penjara satu tahun dan denda RM50,000 kerana menghina Sultan Perak dengan menghantar komen lucah dalam sebuah laman web, pada 2009.
Hakim Mahkamah Sesyen, Akmal Hishan Mohd Tajuddin turut memerintahkan Hon Keong dikenakan enam bulan penjara tambahan jika gagal membayar denda itu.
Ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya, Khoo Hui Suang, 28, dilihat menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hukuman.