Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad berkata, ‘fatwa’ parti
itu sebelum ini yang mengatakan bahawa individu yang mengundi Pas akan
mendapat balasan syurga adalah satu daripada perjuangan sesat Pas yang
sudah terkeluar daripada ajaran Islam.
“Kita masuk syurga hanyalah semata-mata kerana rahmat daripada Allah dan bukannya kerana amalan kita, solat kita atau undi kita.
“Fatwa Pas itu sangat jauh daripada apa yang disabdakan Rasullullah
bahawa manusia tidak akan masuk syurga oleh kerana amalan atau
perjuangannya sebaliknya hanya kerana rahmat Allah," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.