Translate

28/05/2012

NIK AZIZ ISLAMKAN LIM GUAN ENG ???

Nik Aziz tidak kisah siapa jadi Perdana Menteri

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam. Beliau berkata, Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara. 

"Bukan Melayu tidak apa, asalkan Islam. Islam dipimpin oleh pelbagai bangsa di atas muka bumi ini. Di Turki, Perdana Menterinya bukan orang Arab. 
 

Tujuh Prinsip Sebagai Panduan Rakyat Hadapi PRU-13 - DS Najib


Image Detail
Beliau berkata tujuh prinsip itu dikemukakan berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad UMNO telah berjasa kepada negara.

“Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? Barisan Nasional!”

“Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri… sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal.

Kenapa Skandal Seks Berleluasa Dalam Pakatan Haram?


PENULIS sebenarnya benar-benar tidak faham dengan Pakatan haram pembangkang.  Sejak Anwar ‘berjaya’ meloloskan diri dari kecaman ahli-ahli partinya dengan taktik ‘looks like me but not me’, semakin galak pulak pemimpin Pakatan haram yang lain mengikut jejak yang sama.

Seronok melakukan perkara terkutuk tersebut tanpa ragu-ragu dan takut-takut seperti dulu.  Maklumlah, sudah ada precedent case yang boleh dijadikan rujukan untuk mengatakan bukan dia yang terlibat (walaupun terakam).

27/05/2012

DEBAT TERHEBAT DIRANTAU ASIA YANG DITUNGGU2 OLEH RAKYAT MALAYSIA

debat-anwar-eskayxx
Kalau nak sebut tentang debat...inilah sebenarnya debat yang amat ditunggu-tunggu oleh segenap rakyat di negara ini.Jangan sebut soal debat Najib VS Anwar kerana yang pasti 100 kali ganda meletop sakan tentulah Anwar VS Eskay.
 
Sudah lama semua orang tunggu kebenaran dari isu yang didedahkan pada awal tahun 2011 itu.

Anwar selama ini hanya buat 'penafian kosong' tentang dakwaan itu yang melibatkan pendedahan aksi seks dan CCTV naik turun lif di apartmen bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah.

Ada berani?...ramai bertaruh, kerat jari pasti Anwar menikus.

JUTAAN HADIR KONVENSYEN BELIA SELANGOR - HEBAT,HEBAT, HEBAT

beliaselangor2xx
 
Jatuh kemaluan Khalid Gagap ???
 
MALU BESAR...itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak 'lawan tetap lawan' dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.
 
Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.

Ucapan Penuh Perdana Menteri Sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 26/5/2012

26/05/2012

IRSHAD MANJI JUGA DIKECAM DI INDONESIA


 

KERAJAAN PERLU MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS MENANGANI MASALAH INI.

"Malaysia mengharamkan buku penulisan saya kerana tidak mahu golongan muda di negara itu terpengaruh dengan isi kandungannya," katanya kepada The Jakarta Post.

Karya penulisannya yang berjudul 'The Trouble with Islam Today' sebelum ini turut diharamkan di Malaysia.
 
Banyak lagi artikel berkaitan Irshad Manji baca dan KLIK DISINI

Drama Lawak Pakatan Rakyat




NIZAR JAMALUDDIN SEBAGAI SEORANG YANG ROSAK AKIDAH ???

Image Detail
Ustaz Hassan Basri melabelkan  Nizar Jamaluddin yang juga bekas menteri besar boneka rejim DAP adalah seorang yang telah rosak aqidah apabila sanggup menyembah mendiang Teo Beng Hock sambil memegang lilin bersama-sama dengan pemimpin cina DAP.

Bukan itu sahaja Nizar mempunyai ciri-ciri munafik yang jelas iaitu apabila bercakap berbohong, bila ceramah berbohong, bila berbohong ceramah itulah sifat yang ada pada Nizar Jamaluddin. Dia sanggup berbohong kepada rakyat bahawa YAB Datuk Seri Dr Zambry melakukan ancak sedangkan majlis fatwa yang telah bersidang telah mengisyhtiharkan itu bukan ancak. Sifat munafiknya semakin jelas apabila Nizar kehilangan jawatan menteri besar boneka.

Belum memerintah dah huru-hara tak persefahaman, macam mana nak memerintah ???


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menegaskan bahawa beliau menentang sebarang usaha untuk melonjakkan kalangan bukan Melayu atau bukan Islam menerajui negara ini.

Beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tentunya akan terus memastikan ia tidak akan berlaku.

Katanya, hanya orang Islam yang layak dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mentadbir negara ini pada masa akan datang.

AWAS !! kerajaan pilihan rakyat akan digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara

Pembangkang mungkin guna cara demonstrasi ganas menang PRU-13: Tun Mahathir



KUALA LUMPUR: Pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

25/05/2012

Pas mahu perjanjian angan-angan Mat Jenin dilaksanakan dengan Pakatan Rakyat

Image Detail
SHAH ALAM – Pas Kawasan Pandan menggesa parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menandatangani satu ‘perjanjian pakatan’ yang terperinci sebelum menubuhkan kerajaan.

Yang Dipertuanya, Iskandar Abdul Samad berkata, perjanjian ini penting bagi memperincikan dahulu polisi-polisi utama bagi mengurangkan isu-isu kontroversi yang mungkin timbul akibat perbezaan pandangan dalam pentadbiran kelak.

Menurutnya, perjanjian ini nanti akan mengikat pemimpin kerajaan seperti Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Menteri Besar dan
Exco.

Bayi Lahir Bersama Al-Quran Dari Rahim Ibu

Ulama terkenal dari Nigeria pada Senin (14/5) bergumul di Mushin, Provinsi Lagos, barat daya Nigeria, untuk menyaksikan upacara penamaan seorang bayi.

Bayi tersebut bukan bayi biasanya sehingga harus masuk berita di media, namun bayi yang terlahir pada 7 Mei 2012 tersebut lahir dengan membawa sebuah Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya. Allahuakhbar!

Buku Irshad Manji haram

Image Detail
Kandungan berunsur liberalisme, bertentangan dengan ajaran Islam: JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan tulisan Irshad Manji dalam buku Allah, Kebebasan dan Cinta bertentangan dengan ajaran Islam.
Berikutan itu, JAKIM mengemukakan perakuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kelmarin meminta penjualan buku karya warga Kanada kelahiran Uganda itu diharamkan.


Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.


Pengadil dituduh atur perlawanan Liga Super

SINGAPURA – Pengadil Malaysia, Shokri Nor bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Thana Segar Sinnaiah didakwa di mahkamah Singapura semalam atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan Liga Super antara Lions XII menentang Sarawak di republik itu pada Selasa lalu.
Shokri, 48, dan Thana, 38, yang merupakan seorang usahawan dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Mei lepas di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang selepas mereka didakwa bersetuju menerima suapan RM15,000 setiap seorang.

LIM GUAN ENG PILIHAN UTAMA PERDANA MENTERI - KARPAL SINGH ???

Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

24/05/2012

BONGKAR - APA MOTIF FAUZI SHAARI MASUK PAS ??? WAJIB BACA !!!


Dalam keadaan sekarang,di mana imej pasukan polis di mata penyokong Pakatan haram berada di tahap terendah,sudah tentu ramai yang terkejut dengan tindakan bekas Pengarah Siasatan Jenayah,Bukit Aman,Datuk Fauzi Shaari menyertai salah satu parti komponen dalam Pakatan Haram,iaitu PAS.Ini bukan kita persoalkan kebebasannya yang dibenar dibawah amalan demokrasi untuk menyertai mana-mana parti politik.Itu adalah haknya sebagai individu yang telah bersara dari pasukan polis.

Mereka yang mensabotaj parti perlu disingkirkan segera daripada parti ???

Image DetailTindakan mensabotaj parti oleh ahli yang tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengalami nasib yang lebih buruk berbanding apa yang berlaku pada 2008.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, sejarah hitam pada pilihan raya umum lalu itu tidak akan berlaku sekiranya mereka tidak mempunyai perasaan dendam dan hasad dengki.

Pas perlu tampil jawab kenyataan Karpal


Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dicabar untuk membuat kenyataan sama ada bersetuju atau tidak dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu individu bukan Melayu iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perdana menteri.

Cabaran itu dilontarkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat insiden kononnya Karpal hampir tersasul menyebut Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang semalam sebagai bukan disengajakan.

'Saya pernah diajak sertai pembangkang'


Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, beliau pernah dipelawa untuk menyertai sebuah parti politik pembangkang ketika masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Musa yang bersara pada 12 September 2010 berkata, pelawaan itu datang daripada presiden parti tersebut ketika beliau bertugas sebagai Ketua Polis Negara.

"Bagaimanapun, saya menolak pelawaan itu kerana dalam pasukan polis, kami tidak diajar untuk mencampuri urusan politik dan hal-hal lain dengan tugas.

23/05/2012

PESARA KERAJAAN MENYERTAI PEMBANGKANG DIANGGAP PENGKHIANAT ??

Image DetailPengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.

Pelbagai pihak persoal keikhlasan Pas


KUALA LUMPUR 21 Mei - Pelbagai pihak mempersoalkan keikhlasan Pas untuk bermuzakarah dengan UMNO apabila meletakkan syarat untuk kedua-dua parti itu bersemuka demi perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Prof Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, dalam hal itu, Pas dilihat tidak serius membincangkan matlamat itu melainkan meletakkan syarat supaya UMNO patuh dan tunduk kepada mereka.

Jelas beliau, Pas sebenarnya mahu mengalih pandangan masyarakat dengan membangkitkan semula isu muzakarah itu untuk menutup segala kelemahan mereka terhadap pelbagai isu yang berlaku ketika ini.

Dah Diduga Datuk Yusof Bekas Pendakwaraya Kes Liwat Anwar Ibrahim juga kaki liwat ???


Agak riuh hari ini dengan cerita bekas pendakwaraya kes liwat Anwar Ibrahim Datuk Yusof yang hari ini menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim dalam kes rusuhan pada BERSHIT 3.0 tempoh hari. Ramai ulasan mengenai pekara tersebut dan diantaranya:

PEMBANGKANG KATA:

"Terbukti Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat kerana sekarang ini pendakwaraya yang dulunya menentang Anwar Ibrahim telah menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim"

Usaha perkenal media baru kepada veteran

Pengalaman veteran UMNO dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dalam perjuangan politik dan pentadbiran negara akan digunakan dalam membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Mubarak dan veteran UMNO mempunyai peranan penting dalam memastikan Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

22/05/2012

Muzakarah PAS UMNO Batal Dek Kerana Nik Aziz – Part 1

balaci

Memang sahihlah Presiden PAS, Hadi Awang dah tak relevan untuk menentukan halatuju PAS nak ke kiri atau ke kanan mahupun undur ke belakang ataupun maju ke depan. Kurang 48 jam Murshitdul Am PAS, Nik Aziz membuka mulut meletakkan syarat perundingan terus Hadi Awang goyang tarik handbrake.

Tujuan utama Hadi Awang mahu menyelamatkan air muka PAS dari terus menjadi keldai tunggangan pakatan pembangkang disamping untuk menggertak DAP dan PKR terus terkubur tanpa batu nisan – Hadi malu sendiri hilang sudah kredibilitinya sebagai seorang pemimpin utama PAS.
Hasrat sampingan mahu menjaga kelangsungan hidup PAS melalui kerjasama politik dengan UMNO kembali menjadi macam orang berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap dek kerana syarat-syarat Nik Aziz.

PENYAKIT PUTAR-BELIT NIK AJIS MENYANGKIT KEPADA MAJLIS PEGUAM ???

Image DetailKUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Majlis Peguam Malaysia menyambut baik penjelasan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak bercadang menubuhkan sebuah badan alternatif untuk mengambil alih fungsi Majlis Peguam.
Presidennya, Lim Chee Wee berkata Majlis Peguam bertanggungjawab dalam tugasnya untuk menegakkan keadilan, justeru mereka menyuarakan pandangan mengenai undang-undang dan polisi, selain bekerjasama dengan kerajaan, pembangkang serta masyarakat madani.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...