Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa menghina raja-raja Melayu semasa majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.
Menurutnya, suruhanjaya itu perlu bagi melengkapkan siasatan pihak berkuasa, walaupun enakmen sedia ada sudah ada kerana pihak terbabit wajar diberi pengajaran berikutan tindakan mereka itu.