Gambar hanya hiasan |
Kerajaan Terengganu telah menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir, selepas didapati terlibat dalam perhimpunan anjuran Bersih 2.0 di ibu negara tahun lepas.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan Terengganu.