Translate

23/02/2012

TERAPI AYAM - SUKA DENGAR DENDANGAN LAGU DANGDUT !!!

Image Detail
JAKARTA - Dendangan muzik rancak seperti dangdut serta irama muzik perlahan yang diperdengarkan kepada ayam pedaging oleh ratusan penternak di desa Sumbersuko, Tlogowaru, Bandar Malang, Jawa Timur dilaporkan berhasil meningkatkan mutu ternakan mereka sejak tiga tahun kebelakangan ini.

FATWA DUNIAWI BARU DS HADI AWANG !!!

Image Detail

KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

22/02/2012

JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT - ATUR ISU PERDEBATAN (Anuar Ibrahim)

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan agar diadakan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak ada apa yang perlu untuk didebatkan.
Sebaliknya, Tengku Adnan menawarkan diri untuk mengaturkan satu debat dengan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bloggers, Facebookers Mari Berjumpa MB

Image Detail
Penulis blog serta facebook berpeluang meluangkan masa bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, di majlis perjumpaan dan makan malam pada 5 Mac ini, jam 8 malam.

Program anjuran Unit Komunikasi Negeri (Ukom) bakal diadakan di bandar Kuala Terengganu yang akan dimaklumkan kepada penulis blog serta facebook yang terpilih ke majlis itu di dalam kad jemputan masing-masing kelak.

21/02/2012

Malaysia dalam bahaya jika sokong Israel

Image Detail
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel dilihat mampu membahayakan negara ini pada masa depan.

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Shukri Suib berkata, adalah sesuatu yang malang buat individu yang menganuti agama Islam tetapi bertindak mengiktiraf kewujudan Israel.

20/02/2012

Pesanan Ust Fadhil Noor Kepada Anak-anak Muda ( Sempena Ulangtahun Pemergian Ust Fadhil )


“Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”.

“Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang Islam kalau hampa nak manusia puji hampa. Hampa jangan dok perasan macam hampa ulama kalau perjuangan hampa hanya setakat serban, jubah dan kopiah”.

“PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta'ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta'ala”.

Cina Mabuk Kutuk Dr Hasan Ali - APA DAH JADI DENGAN PAS ????


Asdtaqfirullah.....apa dah jadi ngan orang pas ni? kalau dibiarkan perintah, orang kafir yang jadi IMAM...siap boleh main2kan takbir, tapi dia sendiri tak pernah nak sujud kepada ALLAH, boleh cakap pasal iman....tapi diri dia sendiri kafir.

PEMBEKAL, PEMBUAT 'FRAME' PINTU DAN TINGKAP BERKUALITI TINGGI


HUSIN @ AWANG FURNITURE adalah sebuah syarikat anak tempatan yang membekal serta menerima tempahan untuk membuat ‘Frame’ tingkap dan pintu berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kayu jenis CHENGAI DAN JATI.

19/02/2012

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ????


Marang - Inilah dia tindakan yang perlu dipertikaikan dan tidak CAKNA kepada permasalahan yang dialami / dirasai oleh rakyat dipersekitaran. Sebagaimana yang dipaparkan melalui gambar yang dirakam dihadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, rata-rata penduduk setempat menyuarakan perasaan tidak puas hati diatas tindakan pihak tertentu yang melaksanakan tindakan yang tidak jelas dan membiarkannya begitu saja tanpa sebarang tindakan susulan diambil sejak seminggu yang lalu.

Guan Eng elak jawab kritikan


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelihatan hebat ketika memberi ceramah di atas pentas politik tetapi apabila diberi peluang, beliau enggan menjawab beberapa kritikan terhadapnya ketika mengambil bahagian dalam debat MCA-DAP di Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.

18/02/2012

HAYATI DAN FIKIRKAN BERSAMA PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA INI ???



SENJATAPI SEPERTI BARANG MAINAN DI KOTA BHARU, KELANTAN


KOTA BHARU 17 Feb. - Dua lelaki parah selepas ditembak di dalam sebuah rumah terpencil oleh dua lelaki yang dipercayai turut bertindak membakar rumah itu dan sebuah kereta Perodua Kelisa di Kampung Che Arus, Kok Lanas di sini awal pagi ini.

Kejadian pukul 5 pagi yang dikatakan berpunca daripada dendam itu mengakibatkan Raihan Razali, 25, dan Azrin Mohd. Zin, 23, masing-masing cedera di kaki kiri dan paha kanan selepas terkena tembakan yang dilepaskan suspek.

PENGHIDUPAN DI KELANTAN SEMAKIN MENAKUTKAN RAKYAT

Image Detail
Gambar hanya hiasan saja

'Saya ditetak sebelum ditembak'

PASIR PUTEH 17 Feb. - Salah seorang lelaki yang ditembak di sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas awal pagi ini mendakwa, dia sedang tidur dalam rumah itu sebelum terjaga apabila seorang lelaki menetak tangan kanannya.

Azrin Mohd. Zin, 23, berkata, sebaik sahaja ditetak, dia cuba melawan, namun salah seorang daripada suspek yang menyerangnya melepaskan tembakan mengenai paha kanannya menyebabkan dia tersungkur ke lantai.

Azrin ketika ditemui di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini berkata, ketika kejadian, sebahagian rumah terbakar dan dia percaya kebakaran itu sengaja dicetuskan oleh suspek yang masuk ke rumah.

"Sebaik sahaja menembak saya dan rakan saya, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta. Selepas itu barulah kami berusaha keluar dari rumah kerana api sudah merebak sehingga ke ruang tamu," katanya yang berasal dari Slow Machang, Pasir Mas.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi ini, rakan sekampungnya, Raihan Razali, 25, yang berada di dalam rumah itu turut cedera di kaki kiri akibat ditembak oleh suspek yang tidak dikenali.

Sementara itu, ibu Raihan, Rosidah Zakaria, 43, ketika ditemui di HTA berkata, dia tidak tahu di mana anaknya berada malam tadi dan cuma menyangka anak keduanya itu bermalam di rumah datuknya di Slow Machang.

Menurutnya, berita mengenai Raihan ditembak hanya diketahui selepas dia dihubungi seorang rakannya kira-kira pukul 8 pagi ini.

"Raihan baru dua tahun menamatkan pengajian di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan, Pahang. Dia memang berkawan dengan Azrin yang makcik dimaklumkan sebagai penjaga rumah berkenaan," katanya.

DAP PAKAR WAYANG KULIT

Image Detail
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Selepas dibidas oleh orang ramai termasuk sekutunya, Pas kerana menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran dengan pandangannya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan pendiriannya tidak menyokong negara itu dan mengiktirafkan kewujudannya.

17/02/2012

PAS TERENGGANU SUDAH KETANDUSAN IDEA / ISU - PERBAHARUI LAPORAN STADIUM RUNTUH (ISU LAPOK)


Sejak kebelakangan ini pemimpin tertinggi PAS diseluruh negara telah ketandusan idea/isu untuk menarik minat pengundi-pengundi. Kesemua mereka hanya mencari kesalahan peribadi secara individu demi untuk kepentingan politik yang kian pupus ditelan zaman, tidak seperti zaman Dato' Fadzil Nor. Rakyat sudah muak dan benci serta bosan dengan telatah pemimpin-pemimpin PAS ketika ini.

John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk Anuar

Image Detail

Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

Internet dominasi jenayah siber

Image Detail
Gambar hiasan
Jenayah penipuan internet mencatatkan jumlah aduan tertinggi melibatkan insiden keselamatan siber yang dilaporkan di negara ini awal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia, Prof. Datuk Husin Jazri berkata, daripada 954 aduan yang diterima oleh Pusat Bantuan Cyber999 Januari lepas, 492 daripadanya adalah berbentuk penipuan.

Akhbar Jerusalem Post puji Anwar


Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...